Sunday, November 4, 2012

Kalau Bercerai, Kenapa Nak Nayakan Diri Sendiri?

Assalamualaikum wbt

Seperti tajuk di atas, aku sekali lagi nak cakap...LAMA GILAK TAK HAPDET BLOG!!!
kakaka, post ka lagi tu??

Aku tetiba nak mengupdate blog pulak hari ni..setelah sekian lama menyepi (cewah!)
bukan apa, tadi baca facebook, lepas tu adalah satu post dalam page Ibu-ibu mengandung nie..sorang pompuan tu meluakan kekecewaan hatinya sebab suami main kayu tiga dan dia diceraikan talak tiga...even anak baru sorang..
hmm, macam ni la, aku bukan nak cakap besar ke ape, tapi kalau aku la kan, kalau suami aku nak kawin lagi, aku tak kesah..(buat masa ni lah).. aku pikir, sebab apa aku nak meroyan membantah, sebab kalau suami aku mampu ZAHIR & BATIN, apa salahnya..?
lain lah kalau dia tak mampu, memang aku kerat 44 dia dia ngan minah tu sekali...ekehkehkeh (^_^) ada bran ker??
ni pompuan tu lepas kena cerai, terus buntu, berenti keje, balik kampung, menangis memanjang mengenangkan anak yang masih kecil tak tahu apa-apa...dan memikirkan kenapa suami aku buat macam nie...
sebagai ibu, dia harus tahu..membesarkan anak perlu duit..so yang dia berenti keje buat hape?? kan dah tak berduit sekarang??? pastu balik kampung, for sure orang keliling dok mengata dia, menyalahkan dia, bukannya meyalahkan laki buaya darat dia tu! (isk emo lak haku..=P ) orang melayu kita ni, mentality masih tak berubah even abad dah abad 21. asik-asik salahkan janda..asik-asik salahkan janda.. kesian tau beb..wanita ni udahle lamah, dilemahkan lagi oleh masyarakat sekeliling...
sebagai wanita bekerjaya, aku tak kisah kalau suami kawin lagi..sebab aku mampu menyara diri sendiri dan anak aku, jika ditakdirkan suami aku buat hal. aku redha sekiranya dia kawin lagi, dengan syarat aku tau, hehehe..kawin sembunyi-sembunyi tak gentleman la kawan..kahkahkah =)
tu la pasal, wanita zaman sekarang kena ada kerjaya, jangan mengharap kat suami je..at least kena ada bisnes kecil-kecilan atau satu dua kemahiran. paling senang kemahiran menjahit atau baking. sekarang ni kerajaan banyak sediakan asa kemahiran kepada kaum hawa. free pulak tu..FREE...kena rajin cari je, dan antara nak atau tidak je.
kepada akak-akak dan adik-adik yang tengah bersedih di luar sana, udah-udah le tu menangis mengenang jantan tak guna tu...ayuh bangkit!! buktikan kepada jantan tu anda masih mampu hidup tanpa dia, dan even lebih baik lagi jika dibandingkan time kahwin tu. bila duit dah ada, hati pun senang, makan pakai anak-anak pun dapat dipenuhi. si bekas suami, bolayan je dia.. nanti bila awak dah berduit, dah bergaya balik, dia akan terhegeh-hegeh nak awak semula. time tu, terpulang pada awak nak terima atau tidak dia semula dalam hidup.
ANDA TENTUKAN NASIB ANDA SENDIRI...

Monday, February 27, 2012

Pengalaman scan 4D baby

Alhamdulillah...selamat jugak urusan 4D scanning semalam, 26 Feb 2012 di klinik Umra. sampai jam 1.35 pm, tapi kena panggil masuk jam 3.20 pm. mungkin lambat sebab ramai mommies yang ada appoinment hari yang sama dengan aku kot. aku masuk bilik scan dengan husband aku. aku baring dan prosedur pun dimulakan.

waa!!! bestnya dapat tengok baby!! mula-mula tu muka baby masham, mungkin sebab kitaorang tunggu turn lama sangat kot..hehe. baby kecik-kecik pun dah pandai marah ek..comey comey (^_^) lepas tu doktor tu (ntah, doktor kot..) tunjuk tangan, tunjuk kaki. then dia tunjuk jantina baby (^_^) walau apa pun jantina baby, aku dan husband tak kisah. yang penting baby sihat walafiat.

(adeh..adehh!! baby tendang perut lak sekarang..adeh..!!)

lama jugak dia scan perut, then tiba-tiba baby senyum!! waa!! best tengok baby dalam perut ni senyum. tengah tido, tapi boleh tersenyum pulak kan. then baby pun posing la puas-puas. letak kaki kat muka la, letak jari kat mulut la, tersengih la dia, dan macam-macam posing lagila (^_^)

Alhamdulillah, baby tau semalam dia nak amik gambar, pandai sangat dia posing. kitaorang perasan, ada satu mummy tu tunggu lama sangat dah. dia sampai pun sebelum kitaorang datang. maybe baby dia tutup muka kot. maybe dia tengah pujuk baby supaya pusing badan or tunjuk muka kat gynae, hehe (^_^)

Lepas scan, doktor bagi DVD dan print out picture 2 keping. pastu bayar kat kaunter RM 100.00. ni sebab aku buat appointment sendiri, via facebook 3D 4D Scan Malaysia. kalau suruh Klinik Umra yang setkan appointment, dorang charge RM 120.00. jimat 20 hengget aku...kikiki (^_^)

ok, adios. nak berehat jap. baby sayang tengah aktif joget kat dlam perut ibu ni. joget la e, ibu tak kisah (^^)

Assalamualaikum

Friday, February 24, 2012

Baby Dalam Perut, Ligatnye.. (^_^)

Hihi, baby dalam perut ni bukan main lagi ligatnya.. tendang sana, guling sini. senak perut ibu, baby sayang ooii.. takpe-takper, main la kat dalam tu puas-puas ye, ibu sayang baby (^_^)

Hari ni encik hasben balik rumah..windunye!! Penat kawin PJJ ni, berdua je kat rumah ngan baby, kan baby kan?? Nanti abang bawak jalan-jalan shopping barang baby. Eeee..tak sabar nak shopping (^_^) Plan nak tengok-tengok kat Anakku Seksyen 9, pastu tengok-tengok kat The Store jugak. Pastu nak tengok-tengok kat Seksyen 13 sekali, ada Opening Sale kat sana.

Antara barang yang nak beli dah set dalam kepala:
1) baju baby yang lubang-lubang tu - 3 helai
2) baju baby yang lengan pendek tu - 3 helai
3) baju baby yang jumpsuit tu - 3 helai
4) rompers - 3 helai
5) bedung - 2 helai
6) barut - 5 helai
7) stokin tangan dan kaki - 5 pasang
8) topi - 3 kot...
9) ....apa lagi ek?? blank la pulak..

Barang mandi:
1) tuala - 4 helai
2) mandian baby -  1 set terus je lah
3) tuam perut - 1
4) minyak yuyi - 1 botol
5) ...apa lagi ek??

Thursday, February 23, 2012

Update Yang Pertama Kali

Assalamualaikum semua =)
First time nak menyonteng belog ni. Actually banyak gak nak tulis, tapi malas...hahaha!!
Kalau tengah duduk diam-diam kat rumah, banyak lak idea. Tapi malas nak bukak laptop..cess.

Sekarang ni mengandung dah 7 bulan. Minggu depan dah masuk 6 bulan. Ahad ni nak pegi buat 3D scan dengan encik hasben kat Klinik Umra, Shah Alam. Membayar la aku RM100.00 untuk misi tersebut., hohoho. Tak sabar rasanya nak scan, nak tengok je keadaan baby macam mana kat dalam ni. Tapi ingat tak mau tau jantina baby. Nak buat surprise, hehe. Tapi kalau dah ternampak, aku ngan encik hasben sengih je la =)

Minggu ni kerja agak rilek. Baguslah, sebab pinggang sakit wo..lenguh je selalu. Tapi tetap bersyukur Alhamdulillah, tak mo merungut banyak-banyak, sebab yang dibawa dalam perut ni baby yang ditunggu sekian lama dan disayang-sayang selalu (^_^)