Monday, October 12, 2015

Cantik Storage Perlu Rebranding?

Assalamualaikum wbt / Salam Sejahtera.

Pagi ni post serius..
Hahaha, eh gelak pulak?
Ok, tajuk hari ni "Cantik Storage Perlu Rebranding?" ????
Perlu tak perlu? Dari dulu lagi, seawal tahun 2010 penubuhan Cantik Storage, aku masa tu memang main hentam je letak nama cantikstorage ni. Masa tu kat Sungai Dusun, tengah pikir nama apa yang elok letak ye..?
Then terdetik lah nama Cantik Storage....
Tahun demi tahun, akhirnya Cantik Storage memutuskan untuk masuk majalah Dara.com. Masa jumpa Marketing Officer majalah tu, dia tanya apa nama company. Masa tu, aku akui...aku sendiri malu dengan nama Cantik Storage... huhuhu, maaf ye cantikstorage ku sayang...mummy malu sikit je, sebab nama kampung sangat dan nama ni rojak bahasanya...(BM ampur BI, rojak la kan..).

Sehingga lah tahun 2014, aku memikirkan nama By Dhausi. Yang ni plan asal ialah untuk product wanita-wanita korporat, high end fashion dan harga yg kebabom mahal, setanding kualiti fabrik dan jahitannya.

Selalu jugak aku memikirkan supaya close je nama Cantik Storage ni. Dalam erti kata lainnya, rebranding. Tukar terus ke nama By Dhausi atau Dhausi, dan register untuk trademark! Namun Encik Suami menghalang dan mengatakan nama Dhausi tak international. Habis, nama Cantik Storage tu iternational lah sangat ye..???

Namun pada pagi ini, Isnin, 12 Oktober 2015, aku dikejutkan dengan satu facebook page yang menggunakan nama CantikStore Online.. Huwaaaaaa!!! Nama seakan-akan Cantik Storage. Ko dah apekehal?? Nama bisnes seakan sama ngan aku punya...
Kalau tak caye, tengok printscreen ni..



Wah! Wah! Waah!!!
Cantik nama bisnes ko dik.
Dah takde idea nama lain ke?
Ni macam dah kembar siam separuh iras dah nama bisnes kita ni dik.

Takpe lah, ini dah menguatkan niat aku untuk rebranding nama Cantik Storage ni ha. Akan datang hanya nama By Dhausi atau Dhausi sahaja yang akan bermain-main di bibir hijabister dan macik kakak adik di bandar mahupun kampung.

Encik Suami, please baca post kali ni dengan mata real. Bukan mata hati. Cantik Storage akan rebranding!
INI KALILAH..!!


Wassalam,

Renjer Jutawan
yang sakit hati!

Monday, October 5, 2015

Berbagi Rezeki

Assalamualaikum & Selamat Pagi.

Hari ni rasa nak menulis pulak, sambil dengar lagu Mirae, hehehe.
Sepertimana tajuk di atas, kali ni saya nak ceritakan tentang Berbagi Rezeki.
Sejak Cantik Storage memikirkan untuk keluarkan produk sendiri, sudah tentu kami akan melibatkan orang lain. Contoh, pembekal fabrik dan kilang jahit pukal.
Cantik Storage start buat produk sendiri pada tahun ini yakni 2015. Sempena Raya dan sempena dapat masuk Zalora.
Ye le kan, takkan masuk Zalora tak nak buat produk pengenalan jenama Cantik Storage?
Mesti lah nak. Dan, segala ajaran Puan Ainon, saya nafikan semata-mata menurut hawa nafsu nak keluarkan produk sendiri. Maafkan daku Puan Ainon. Anak murid tidak bertauliah ini derhaka pada ajaran Puan Guru.
Hehehe :D
Banyak benda yang aku belajar dari pengalaman membuat produk sendiri ni. Memang dapat pusing balik modal dan ada untung sedikit. Sepertimana awal penulisan ku sebelum ini, tujuan utama aku masuk Zalora ialah untuk branding dan kumpul database kan? So, duit terbakar di tangan tu aku anggap sebagai yuran yang perlu dibayar. Alhamdulillah, sudah ada repeat customer dan sekrang ni aku dalam proses follow up semua pelanggan Zalora tu.

Berbalik pada tajuk di atas, aku membeli kain dari pembekal fabrik. Nah, ini salah satu perkara yang merangkumi tajuk Berbagi Rezeki.
Betul tak?
Lepas tu, hantar kain ke kilang jahit pukal. Di sini saja, pekerja yang terlibat agak ramai. Secara tidak langsung, bayaran yang perlu aku bayar kepada kilang tersebut turut menyumbang sedikit percentage dari gaji mereka. Alhamdulillah, berbagi rezeki sekali lagi.
Lepas tudung dah habis stok, aku contact kilang sekali lagi. Tapi jadual mereka penuh.
So mau tak mau, aku rela paksa (hehehe) guntng sendiri kain dan hantar jahit tepi ke kedai Si Nico.
There you can see, ada lagi perkara Berbagi Rezeki di situ kan?
Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah, semoga rezeki yang kami berbagi-bagi ni berkat dan bersih.

Sekian dulu dari Cantik Storage dan ByDhausi :)

Wassalam,
Renjer Jutawan

Monday, September 21, 2015

Pung Pang Pung Pang!

Pung pang pung pang!

Hahaha!
Intro tak boleh blah :D

Tadi aku dengar lagu kat You Tube. Biarkanlah, dari Drama Band.

Aku jatuh cinta..!
Kat lagu tu.
Miahahaha..!
Bukan dekat orang yg nyanyi tu ea..
(kikiki).

Dulu dulu kan, masa aku bujang muda belia la kononnya, verangan nak cari couple pandai main gitar. Angan-angan, aku nyanyi, dia petik gitar.Verangan juga nak yang pandai bersilat. Supaya kalau aku in danger, dia jadi hero selamatkan aku. Puiii...berangan tak hengat. Sekali dapat husband aku sekarang ni, jauh bebenor dari yg aku angan-angankan tu. Hahaha. Anyway, aku tetap cintakan kau, Mohd Firdaus....muah muah muahh kat mulot! hahahahahaaaa, kesian korang, geli siottt.

Hari ni kerja aku online je, beli novel. Best kan, makan gaji buta..kikiki. Oh ye, kejap lagi nak packing jubah. Ada orang order Azannah Basic Jubah keluaran Cantik Storage. Hahahaha, tak boleh blah statement aku hari ni.

Alhamdulillah, bisnes tetap jalan walaupun orang kata ekonomi gawat. Setakat ni paling laku keras ialah Farhanna Semi Instant Shawl. Tak tahu la kenapa...mungkin sebab harganya yang murah, kot. Lepas ni ingat nak servay balik kat semua customer yg pernah beli. Nak dapatkan testimonial dari mereka secara paksa rela, kikiki. Kena ada teknik ye, nak dapatkan testimonial ni. Aku pun masih terkial-kial lagi, tengah belajar ayat manis.

Ni, aku download video bebudak Drama Band, lagu Biarkanlah.



Kalau lagu ni aku dengar masa aku putus cinta dengan laki orang tak guna dulu tu, konfem aku gagal Diploma aku dulu. Kalau aku ingat balik kisah cinta hampeh tu, sampai sekarang aku rasa macam.....*7^3!

Chow dulu.

Wassalam,
Renjer Jutawan.




Tuesday, September 8, 2015

Seminar Free



SEMINAR BISNES
==============
Saya nak share pengalaman saya hadir ke seminar anjuran orang kaya kaya ni (muehehe).
Masa tu saya mengandungkan anak kedua. Perut memang boyot, masa tu mengandung 7 bulan rasanya.
Sampai di luar dewan seminar, MasyaAllah..ramainya orang!
Pintu dewan ceramah dah dibuka.
Saya kat belakang sekali.
Dari jauh, saya dengar crew melaung "Warga emas, ibu mengandung, masuk dulu..!"
Alhamdulillah, saya dapat potong Q yang berselirat tu. Hehehe.
Dah jadi antara yang masuk awal ke dewan, for sure saya akan pilih tempat duduk yang terbaekk.
Barisan hadapan sekali, menghadap stage.
Semangat berkobar-kobar...(puiii)
Tunggu punya tunggu, akhirnya program pun start...
Lagu omputih ntah tajuk apa, melodi rancak yang amat, berkumandang di seluruh dewan SACC tu. Dah macam lagu MLM tarik mangsa la pulak, hehehe.
Then keluar la sorang mamat berkot, ucap selamat datang bla bla.
Semua hadirin diminta berdiri dan menari chicken dance.
What the fish..!
Saya mula-mula buat dono...gila ke hidup? Mengandung macam tu nak menari bagai.
Saya terdengar suara minah sumbang kat belakang "Kak, kena lah berdiri nari sama. Bagi semangat sikit"
Dik, puii sungguh semangat ngko.
Saya pun berdiri je la, sebab segan saya sorang je duduk masa yang lain terkinja-kinja, berpusing pusing, mengepak ngepak..
Lepas tu saya penat...penat berdiri sambil mengelak kepakan orang kat kiri dan kanan yang tengah berkobar-kobar (^_^)
Kemudian, keluar la sorang mamat yang saya pasti lahir kat Malaysia, tapi pakai baju Jepun. Siap ada gimik pentas.
Sekali lagi, semua hadirin diminta berdiri.
Sebab dah penat berdiri lama, saya pun duduk.. Mungkin ada lagi beberapa orang yang duduk sama.
Si mamat berbaju Jepun kemudiannya berkata "Kita kalau nak belajar, mesti mencari seorang guru. Dan kalau guru tu berdiri, seharusnya anak murid berdiri sekali. Agak kurang sopan kalau si murid duduk"
Tersentap saya dengan kata-kata tu...
Agak-agak le...ibu mengandung ni..nak berdiri lagi.
Sebab sentap, saya pun berdiri.
Seminar pun dimulakan.
Slide demi slide...kebanyakannya testimonial customer dia yang dah berjaya ratusan ribu malah jutaan hengget.
Dan promot seminar berbayar dia yang mesti diikuti jika nak berjaya ratus ribu juta juta.
Adoi...lamanya saya berdiri. Kepala pun dah berat.
Tak tahan...saya terus duduk bertenang, angkat handbeg dan keluar dari dewan.
Terus menuju ke tandas, cari singki dan muntah..... Serious, punyalah saya penat, sampai muntah.
Alhamdulillah, hilang segala stress dan penat.
Kesian baby dalam perut masa tu..
Sorry ye baby, ibu join seminar hampeh.
Moral of the story:
Kalau nak masuk seminar free, masuk je lah.
Tapi jangan memasang harapan setinggi langit, sebab seminar tu hanya untuk promot produk dorang je.
Orang Melayu (kebanyakannya) silap masuk seminar.
Minat nak berniaga, tapi masuk seminar motivasi.
Rugi masuk seminar berbentuk motivasi ni.
Semangat kobar-kobarnya hanya sekejap sahaja.
Keluar dewan, hilang kobar-kobar ko, dik...sebab lepas tu ko blank.
Kalau nak kobar sangat, banyak video motivasi ada kat you tube.
Better masuk seminar FB Ads ke, Seminar anjuran ABS Puan Ainon ke, Seminar Brand Hero Tuan Fazli, atau Seminar SEXY anjuran ELLE ZADA Academy.
Seminar-seminar ni, dorang ajar the real case. The real person.
Belanja duit masuk seminar-seminar macam ni.
Baru lah betul!
Selamat berniaga.


Wednesday, July 29, 2015

Bau-bau Bacang

Tak tahu nak letak tajuk apa. HAHAHAHA!!!

Actually banyak benda nak tulis.
Cantik Storage
Zalora
Sales
Kerja gomen
Am I beauty??

Cantik Storage & Zalora & Sales

Tak tahu la aku ada silent reader tak dalam blog ni.
Tapi nak tulis je la. Buat reference di kemudian hari.
Alhamdulillah Cantik Storage buat sales yang bayka masa bulan Ramadhan hari tu.
Alhamdulillah, atas kehendak dari Allah, Cantik Storage dapat berkolaborasi bersama Zalora.
Mulanya Cantik Storage hanya dapat masuk Zalora Marketplace.
Tapi selepas 2 minggu berjualan, Zalora offer masuk ke dalam Main Magazine.
Traffic harian purata 2 juta orang.
Alhamdulillah.
Azannah Basic Jubah yang jahit kat kilang hari tu rasanya ada dalam 69 helai, kalau aku tak silpa.
Sehingga ke saat entry in ditulis, hanya 7 helai sahaja yang tinggal.
Semi instant shawl Farhannah sold out, licin cincau.. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Untung tak banyak mana pun sebenarnya.
Banyak duit aku digunakan untuk kos jahitan di kilang.
Ada kilang yang claim boleh bg harga rendah.. Tapi bagaimana dengan kualiti jahitannya??
Aku tak sanggup tanggung risiko, takut customer baru tak dapat, nama buruk plak yang melekat.

Lepas payment dari Zalora masuk nanti, aku ingat nak mula second production....fokus tudung je.
Kumpul modal, nak jahit kat obersea pulak lepas ni. Target raya tahun depan!


Kerja Gomen

Umum sedia tahu, aku juga staf gomen full time.
Berniaga ni part time sahaja.
Dalam mengharungi dan memikul amanah staf gomen ni, memang semput jugak.
Dalam masa buat kerja gomen, teringaT-ingat order customer yang perlu diproses.
Semua ni meletihkan...huhuhu. Cabaran buat aku. Baru nak merangkak semula. Naik semula. Selepas tidur sekian lama.
Minat berniaga ni ada dalam badan aku sebenarnya.
Kalaulah minat atau kerja meniaga ni aku buat full time, aku rasa kebebasana kewangan mungkin hampir aku kecapi.


Am I Beauty

Sekarang ni kan, aku dah mula bergaya-gaya tau.
Kikikiki
Pakai foundation dan lukis kening. Pakai blusher jugak. Kalau outing weekends, aku pakai eyeshadow. Hahahaha!!!
Anak dah besar sikit, so boleh le nak touch up touch up khennn, :D
Tapi....semenjak dua menjak ni, semenjak aku rasa aku dah kurus sikit (ok, sebenarnya aku dalam proses berdiet secara perlahan-lahan), semenjak aku melawa sikit (sikit je melawanya, tak banyak pon!) ada je yg cakap, aku cantik le.. tegur hai morning la, melepak kat cubicel aku la...
Adoi...tujuan aku melawa to more kepada my own kepuasan, you know.
Jangan lah dok menempel kat aku, bukan aku tak suka, tapi aku segan dan rasa bersalah sangat2.
Dan, satu benda yang aku tak akan buat, pakai perfume ke pejabat.
Even perasaan nak pakai perfume tu sangat lah membuak buak buak buak...aku tahankan je.
Sebab last aku pakai perfume kat opis, tahun 2011. Masa tu aku pakai Paco Rabbane XS tu.
Mamat ni aku anggap dia mamat yg baik, tapi mungkin hari tu dia terlepas cakap.
Dia terkata: "wanginya amoi...rasa macam nak gigit"
Lepas dia cakap tu, dia macam tersedar, dan malu giler..
Aku paham, dia tak ada tujuan apa-apa pon..mungkin cuma terzahir je apa yg ada di hatinya masa tu.
Aku pun terus, ok ni last aku pakai perfume kat luar rumah.
Lepas ni pakai kat rumah je.
Pakai depan husband.

Since then, aku bertemankan bau ketiak je masa datang ke pejabat. Hahahaha!!


Oh ye, ada satu lagi.

Aku dalam proses nak cari staf part time kan..?
Adalah satu cikpuan yang tanya, dan macam biasa discuss discuss kan.
Sampai part resume dia, OMG aku tergamam..
Beyond my expectation..
Gaji ribu riban dalam resume tu.

Oh hai, aku tak mampu nak menggajikan kau, dik.
Aku pun tak amik gaji dari Cantik Storage.
Dapat duit, pusing balik dalam bisnes.
Dia mcm mengharap.
Aku kata paling banyak aku boleh bagi RM200 untuk 5 content marketing.

Dia ask for 2 CM for that salary (RM200).
Or 5 CM for RM500

Hurm...aku terpikir.
CM tu dia just cari kat Google je.
Then tambah logo Cantik Storage if necesarry.
Minimum 5 CM setiap hari.
Just sit and taip-taip.

Aku memang tak boleh nak fokus buat CM.
Sebab kerja hakiki di opis memustahilkan ianya terlaksana.
Dan pabila pulang ke rumah, fokus on my family first.
Takde masa nak bukak laptop..
DAN, sekarang ni pun motherboard laptop aku terbako..

Ya Allah, mudahkan lah semuanya...
Amin amin Aminn Ya Allah...


Renjer Jutawan.









Wednesday, June 3, 2015

Bisnes Dengan Zalora

Agak busy semenjak dua tiga bulan ni..
Busy dengan kerja hakiki sebagai renjer, busy sebagai ibu dan isteri, dan busy jugak dengan bisnes Cantik Storage. By Dhausi? Silent kejap eh, sebab Cantik Storage pun tak larat nak manage...huhuhihi :D

Baru-baru ni dapat offer dari Zalora Marketplace.
Alhamdulillah...
Ini offer yang bagus untuk mengukuhkan branding cantik Storage.
Setelah sekian lama, saya start bisnes ni dari tahun 2010, akhirnya mula menampakkan hasil sedikit demi sedikit.
Masa yang diambil memang agak lama, 5 tahun bak hang...
Tapi ini mungkin kerana saya yang masih berstatus full time worker di government sector, so fokus untuk bisnes terenjut enjut sekejap, menyebabkan adanya on off di dalam perkembangan bisnes ini.

Saya sedar, marketing adalah komponen penting dalam sesuatu bisnes.

Oh ya, balik kepada Zalora.
Zalora offer untuk join marketplace dorang.
Tanda sebarang fee yang mahal-mahal tu.
Hanya bayar komisyen je pada Zalora, if ada produk yang terjual.

Bincang punya bincang, akhirnya sain kontrak (yahuuu).
Lepas tu pegi training, belajar setup data kat Seller Centre dorang.
Alhamdulillah, selesai.

InsyaAllah, seminggu dari sekarang, produk Cantik Storage boleh didapati di dalam Zalora jugak.

Actually ada juga dapat offer dari Channel lain, seperti 11Street dan Shopify.my.
11street baru menjengah pasaran Malaysia tahun ini. Online shop ini sama seperti Zalora, cumanya dorang mula bertapak di Korea. Duta pun si Lee Min Ho tu ha. Hensem mamat tu. Cair gigi aku tengok, miahahaha.
Lagi satu, Shopify.my ni pulak satu perisian telefon, senang kata, hanya pengguna Mobile dan Google Apps je boleh reach.
Zaman sekarang, semua orang klik klik kat handphone je. So, peluang dengan Shopify.my juga tidak harus dilepaskan.

Again, berbalik kepada Zalora, masa training hari tu, bukan aku seorang yang datang. Ada lagi sorang awek, dari Klo***Ki** datang untuk training. Full name taknak bagi, hahaha :)
Sepanjang training, amat seronok.
Trainer pun hensem, miahahaha.

Ok, nanti sambung lagi.

Wassalam.

Wednesday, April 29, 2015

First Task As A Wildlife Ranger

Assalamualaikum =)

Pagi nak coret pasal pengalaman masa mula-mula kerja kat Sg Dusun, as a renjer. Hehehe.
Pagi nan indah..
Udara yang segar...
Pepohon akasia melambai-lambai... hahaha
Ko ingat pokok kelapa je pandai melambai-lambai, hahahah!!

Lepas punch card, baru tahu Pengarah PERHILITAN Selangor masa tu, yakni En. Azhar datang ke PKHL Sg. Dusun.
Sebagai pekerja baru, semangat tu lain macam sikit.
Apatah lagi, tempat kerja baruku ini bukannya ofis macam di Gribbles tu.

Pagi tu, kami disuruh turun berhimpun di paddock (sangkar yang menempatkan tapir-tapir kiut).
Sampai di sana, dah nampak En. Azhar tengah dibodek oleh pekerja lain. Hahahaha, yang ni aku tipu je, hahaha! Tak bodek, diorang tengah sembang je.

Setelah semua staf baru sampai, En. Azhar memberikan mukadimah berliannya.
Kami diberikan first task, bersesuaian dengan tugas kami sebagai Wildlife Ranger (Pembantu Hidupan Liar/Renjer Hidupan Liar).

Tugas tersebut ialah: SILA BARINGKAN TAPIR INI DENGAN APA CARA SEKALIPUN.

Mak aih....aku gulp gulp gulppp entah berapa kali.
Peluh betina mula menitis dari tepi dahiku, hahaha. Bukan peluh jantan, hahahaha!

Aku tidak memvolunteerkan diriku sebagai orang pertama yang ingin melakukan tugas itu.
Aku pun lupa siapa yang first buat, Shahrul kot...

Aku jadi orang ketiga.
First Sharul buat, tak dapat. Berlaku adegan kejar-mengejar di dalam paddock yang sempit tu.
Hahahahaha...aku dok gelakkan orang. Nasib aku tak sure lagi.

Sampailah giliran aku. tu pun bukan aku yang volunteer.. Encik Azhar yang bagi arahan. Mungkin dia tengak aku gelak jin sebentar tadi kot.

Aku melangkah masuk ke paddock.
Dengan but pua chu kang ku, tapi warna hitam la.
Masuk dari celah besi, bukan dari pintu.
Masuk, pastu tu merenung tapir tu, dengan harapan dia tunduk.
Ya, Tuan Puan! Memang dia tunduk!
Tapi lepas tu dia kejar aku.
Huwaaaa!!
Aku berlari keluar dari paddock, ikut celah besi tu jugak. Tak dan nak keluar ikut pintu.

Pastu aku try masuk lagi...takut memang takut. Kalau aku digigit macam mana??
Adegan sebelum ini berulang kembali. Kejar-mengejar di dalam paddock.

Lastly, aku surrender, macam dua orang sebelum ni.

Doktor veterinar kemudiannya mendemokan bagaimana nak baringkan tapir.
Ceeehhhh....atenye tak demo awal-awal?
Hahahaha!

Rupanya ada caranya.
Nak tahu tak?

Takut nak tulis kat sini, nanti korang buat sendiri la pulak... Benda ni merbahaya tau. Tak boleh dipraktikkan terhadap tapir liar yang korang terjumpa kat tepi highway tu.

Leps vet tu tunjuk caranya, kami pun berjaya baringkan tapir.
Manja siot tapir tu kena gosok-gosok, sipa mendengus-dengus lagi, hehehe.

Aku suka kerja baruku ini.
Kerja lama pun syok jugak.
Alhamdulillah..

Harap korang enjoy baca.

Aku kan renjer.
Renjer Jutawan.


Sunday, April 26, 2015

Business Model Canvas (BMC)

Apa itu BMC?
Sebagai seorang peniaga atau bakal peniaga, anda harus tahu apa itu BMC.

BMC merupakan garis panduan sama ada bisnes yang sedang atau akan anda jalankan itu akan berkembang, maju, untung atau akan tutup, kandas, rugi.
Ada erti?

Saya suka dengan bahan bacaan yang ada di dalam Facebook Page: Puan Ainon Mohd.
Maklumat yang beliau sampaikan cukup jelas dan terang, sambil dibantu oleh pengkomen-pengkomen yang ikhlas berkongsi pandangan based on their real experiance.



Apa yang penting dalam berniaga ini ialah Chanel.
Sebelum menjual, sebelum memikirkan apa produk yang ingi dijual, paling penting ialah Chanel.

Boleh refer gambar di bawah ye.
ini ialah BMC.
Ada beberapa column. Dan semua column itu penting.
BMC saya, masih ada column yang kosong...


Seperti yang saya katakan tadi, Chanel amat penting. Fikirkan chanel anda dahulu, sebelum fikir apa barang nak dijual, apa harga nak diletak, dan sebaginya.


Sila follow Puan Ainon untuk lebih info.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Sekian dari saya.
Renjer Jutawan.