Monday, May 29, 2017

Temuduga Program Pertukaran Belia Ke Korea 2017

Assalamualaikum dan Hayyy 💋💋💋

Amboih, tiga kisses aku bagi, hahahaha. Kawan-kawan, seperti sedia maklum tahun lepas yakni 2016 aku ada tulis satu post tentang temuduga program pertukaran belia Malaysia Korea kan. Cerita interview last year ada kat sini 💙. Tapi dalam temuduga tu aku tak berjaya walaupun dah shortlisted ke dalam 18 orang yang final. Depa nak pakai 15 orang je, so mengikut hasil risikan (cewah!) aku terkandung dalam 3 orang yang rejected tuh 💔 aduhh, patah hati gua, hehehe. Takpe takpe, takde rezeki. So aku cuba lagi yakni tahun ini, 2017. Bermula lah cerita yang aku nak kongsi pula pada kali ni.

Proses permohonan macam biasa:
- iklan keluar kat eSila
- isi online
- print out, hantar ke HQ
- HQ setel dan hantar ke JPA
- dapat panggilan temuduga
- pergi lah ke temuduga tu 😊

Aku interview pada 9 Mei 2017, yakni hari kedua. Rupa-rupanya iv dah mula pada 8 Mei lagi. And, bab study, aku hanya boleh kata aku study macam biasa. Mana point penting tu aku cuba ingat dan hadamkan. Berbekalkan pengalaman iv tahun lepas, insyaAllah aku boleh menghadapinya walau lutut menggigil, haha. Pagi tu husband hantar aku ke JPA. Alhamdulillah, husband aku memang sangat-sangat supportive. Aku sayang husband aku sangat-sangat...huhuhu... Abang, i love you.. 💘💘💘 (korang kalau muntah please scroll down lelaju ye, hahaha).

Sampai je ke lokasi iv, aku daftarkan diri dan serah fail pada staf yang ready kat situ. Kalau kau tengok fail sijil-sijil aku, mesti korang kata aku show off atau pun korang gelak. Sebab apa, selain sijil aktiviti, keratan akhbar muka aku masuk surat khabar pun aku selitkan sekali dalam fail tu, kikiki.. 😀 Ada lah 3 atau 4 story yang ada muka aku dalam surat khabar, ada kat dalam tu. Hahahaha, terkezut orang JPA tu tengok fail aku. Masa tu muka aku jangan cakap la...tebalnya entah berapa inci. Tapi demi ke Korea, biarlah aku malu sekarang, dari menyesal kemudian. Ececehhh...

Bahahaha!! Show off giler. Macam ni pun aku sanggup nak masukkan dalam fail 😁

Sijil ni aku tak sempat taip nama. Aku sumbat je dalam fail ni. 😀

Sijil lama-lama pun aku sumbat jugak. Saja nak penuhkan folder, haha.

Ni bukti aku selalu masuk hutan. Kena bubuh jugak nih. Dulu rajin HQ sediakan sijil. Sekarang kurang, maybe sebab bajet tak de kot.

Latihan menembak. Setiap tahun mesti ada punya.

Ni paling latest muka aku masuk paper. Tahun ni jugak kot. Geram je aku tengok gambar ni. Muka aku macam kena lempar dengan tepung gomak!



Keratan paper online pun aku print. Saje je... 😉

Sekali pandang, aku nampak nama aku dimasukkan ke dalam kumpulan B. Dengan pantasnya akal aku berfikir, oh aku dapat bilik interview berhuruf B, kot. Aku pun duduk lah di hadapan sekali (sebab kat depan tu je ada seat kosong. Seat lain, penuh, hurm..) Pintu depan aku tu, aku rasa bilik untuk dorang rehat-rehat, minum pagi dan sarapan kot. Sebab ada je orang keluar masuk bawak cawan, bawak pinggan. Dan, ada juga muka penemuduga yang aku pernah nampak last year, tahun ni ada lagi sekali untuk interview kitaorang. Aku perati je sorang-sorang....sambil tengok baju warna apa dia pakai. Rambut style apa pagi tu. Senyum dia macam mana pagi tu. Moody ke tak.. Eye contact.. Fuh, macam aku pulak yang nak menemuduga, ye tak? Puiii ramai-ramai.

Tak berapa lama menunggu, seorang staf JPA pun sampaikan taklimat awal dan bagi aku, orangnya peramah dan mudah mesra. Lastly dia bagi peluang untuk sesiapa bertanyakan soalan. Aku angkat tangan, dan bertanya tahun ni ada berapa orang yang layak temuduga. Serius sebenarnya aku tak ingat berapa figure yang Puan ni sebutkan. Tapi kalau aku tak silap yang dapat temuduga adalah dalam 300 lebih orang. Dan yang diperlukan hanyalah 15 orang sahaja. Keputusan yang berjaya akan keluar pada bulan Julai atau Ogos. Dan program ke Korea tu pada hujung bulan Oktober.

Ok lah, kita skip ke situasi interview aku lah ye. Start je iv, nama aku dan 3 orang lagi dipanggil. Glad to hear aku dalam group pertama yang dipanggil untuk pagi tu. Fuh, semangat dan ketakutan aku tu, lain macammm... Seram sejuk aku dibuatnya. Aku orang ketiga yang masuk, tapi aku orang pertama yang kawan-kawan suruh duduk. Kau ghase?? Huwaaa...nak tak nak aku duduk kat seat hujung sekali. So, aku tak sure aku orang pertama yang akan jawab soalan atau orang yang last sekali 😭😭😭

Panel penemuduga bagi ucapan alu-aluan hai hai morning dan perkenalkan diri masing-masing. Yang seorang tu alumni, yakni En. Faez. Encik Faez ni, kalau kau search dia kat FB, mesti kau jumpa punya. Dia kerja kat RTM rupanya. Dia lah orangnya yang buat video travelog ke Korea tu. Yang sorang lagi nama dia En. Firdaus, wakil JPA. Terus terang aku cakap, staf JPA nama Firdaus ni kan, kiut weh.... hahaha. Orangnya kecik-kecik kurus je. Tapi dia ada style dia tau.. Rambut panjang (takdelah panjang sangat pun, tapi rambut dia memang smart wa cakap lu), dia letak pomade setin kot buat sapu rambut dia bagi kemas. Hahahaha. Adoi sorry, msa taip ni pun aku tengah gelak sakan 😁 Rasa macam nak belikan dia pomade Amran Fans je. Hahahaha. Tap mata dia, tajam je. Macam mata Spizaetus cirrhatus (ko google..) I loike, mencabar gittew 😁😁😁

Ok lah, merapu je aku ni kan. Kita terus ke soalan penemuduga ye. Staf JPA mulakan sesi iv, Dia suruh kitaorang introduce diri sendiri dalam bahasa Inggeris. Ok, ini memang sudah diduga. Sama macam tahun lepas. Yang ni kami semua jawab dengan baik pada pendapat aku.

Soalan kedua, ditanya oleh En. Faez (alumni). Kenapa anda memohon program pertukaran belia ini? Dan apa kaitannya dengan kerja anda? Masa ni panel tanya dalam bahasa Melayu. So kitaorang pun jawab dalam Malay jugak.

Akak no. 1: 
Jawapan dia bagi aku memang ikhlas. Akak ni cakap terus-terang dan dari hati. Takde dia nak bagi reason yang berkait pasal kerja sangat. Dia kerja bahagian pencen, Jabatan Imigresen. Dia kata dia tak pernah naik kapal terbang. Dia tak pernah keluar dari Semenanjung Malaysia. So dia mohon program ni sebab nak merasa berjalan ke luar negara, sementelah anak-anak pun dah besar dan tak perlu risau sangat. Dia tambah lagi, kalau dapat peluang ke Korea dia nak ke sini, ke sana, ke sinun. Aku respek betul kak akak ni. Betul aku tak tipu, bukan aku nak propa ke, sindir sinis ke. Tapi kalau kau ada kat sana masa tu, kau boleh rasa harapan akak ni yang betul-betul nak travel ke negara luar. Sebab sepanjang hidupnya dia hanya duduk di tempat yang sama. Tapi aku tak tahu dari sudut pandangan panel penemuduga macam mana. Dorang suka atau tidak. Korang rasa jawapan akak ni macam mana? Ok atau tidak kalau terlalu berterus-terang? Jum bincangkan 😉

Abang no. 2:
Abang ni kerja kat Transportation. Yang ni pun satu, orangnya cakap terus-terang je takde tipu-tipu. Dia kata dia dah pernah pergi ke Korea bersama isteri. Under program company isteri dia. Tapi dia kata dia tak puas nak pergi. So dia mohon lah program pertukaran under JPA ni. Masa dia cakap macam ni, aku perati je muka panel. Aku tengok silih ganti. Lepas tu abang tu bagi jawapan yang relate dengan kerja dia, yakni dari segi pengangkutan di Korea. Banyak juga ulasan abang ni. Aku dengar je. Ulasan daripada panel penemuduga pulak, En. Faez ni kata, bagus abang ni sebab ada pengalaman ke Korea. So kalau abang ni terpilih, senang kawan-kawan nak refer. Aku tengok macam abang ni ada harapan kat situ even dia kata dia dah pernah pergi Korea. So korang jangan lah takut bercerita yang betul dan benar ye. Kita menjawab biarlah ikhlas dari hati. I've learnt a lesson from this kakak and abang. 

Akak no. 3:
Ha, yang ni kau jangan pandang sebelah mata. Aku yakin dia betul-betul study hard untuk interview ni. Apatah lagi dia menggunakan reverse psychology untuk ambil hati dan attention para panel. Dan dia berjaya grab attention En. Firdaus JPA tu. Tapi si Firdaus ni cepat tersedar dan back to serious mode dia macam takde apa benda berlaku sebelum tu. Heh..gotcha. Ingat ai tak perasan Encik punya excitement jumpa orang Tawau? hahaha 😜 Aku serius lupa akak ni kerja kat mana.. Pertanian? Putrajaya? Arghh..kenapa aku boleh lupa point penting nih.. And one more, kalau kau rasa kau dah google semua jawapan tentang pertukaran belia Malaysia-Korea ni, trust me.. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut akak no. 3 ni sebijik yang ada dalam google. Kalau kau tengok dia punya hafal tu, kau mampu nak hafal setiap point? Dengan dia punya body languange, memang confident betul akak ni aku tengok. Aku kat sebelah dia, gulp gulp gulp telan air liur..cuak beb.

Turn aku:
Masa ni aku dah pucat dan gelabah... Habis lah, sebab semua point penting akak no. 3 ni dah sapu. Takkan aku nak ulang balik semua point yang dia dah sebut.? Sebab aku rasa kami sama-sama bergurukan guru yang sama, yakni En. Google! Parahhh.. Dalam tak keruan, aku cuba bertenang dan ambil nafas. Aku yakin aku boleh jawab soalan gajus ni.
Permulaan jawapan aku, aku mengakui aku bersetuju dengan ketiga-tiga kawan seinterview aku. Frankly speaking, aku kata aku mohon ni sebab kalau nak harap aku pergi dengan duit sendiri, memang tak jalan lah aku gamaknya. Bila masa duit aku boleh cukup untuk support perjalanan aku ke Korea. Alhamdulillah, panel alumni senyum dan angguk kepala pada aku. Syukur ya Allah, ada jugaklah keyakinan aku tu datang balik. 

Lepas tu, aku relatekan dengan kerja aku sebagai renjer. Aku kata aku tak sangka Korea ada Taman Negara yang dijaga elok. Info tentang Taman Negara Korea ni pun aku tahu melalui video travelog yang En. Faez sediakan. And, panel tu excited sebab aku sebut pasal video dia kat You Tube tu. Dia tak sangka kot ada peserta yang tengok video tu. Kau gila tak tangok video tu..?? Kau kalau dapat interview kau mesti tengok video tu. Kau mesti..! Hehe. 

Lepas tu aku sebut satu point penting hasil perguruan aku dengan En. Hazir Haron. Aku sebut tentang sikap pali-pali yang ada di kalangan orang Korea. Kau nak tahu tentang pali-pali? Please google. Ni tips penting ni. Aku share dalam blog ni ha. Tinggal korang rajin nak google je supaya lebih faham apa tu pali-pali. Google taw..jangan ngelat, babap kang 😜

Ni, gambar masa black out kat ruang menunggu temuduga kat JPA tu. Kau nampak tak gigi aku? Tengok bebetul. Sempat weh aku selfie dalam gelap nih 😄


Fuh, panjang benor elaboration pasal soalan yang kedua ye. Kini kita beralih pada soalan ketiga. Dia tanya 'kalau anda diberi peluang untuk bawak keluarga angkat datang ke Malaysia, anda nak bawak dorang ke mana?' 

Akak no. 1:
dia nak bawak ke Melaka. Lepas tu dia elaborate..

Abang no. 2:
aku tak ingat jawapan dia. kikikiki. Sorry bang, sorry.. Abang ensem bang, jangan marah bang.. 😝

Akak no. 3: 
dia nak bawak jalan-jalan ke Sabah. sebab akak ni orang Sabah, so dia selesa dengan negerii ni.

Aku:
aku nak bawak dorang ke Taman Negara. Camping dan tidur kat hammock. Tengok wildlife dan tengok hutan. Aku elaborate la sikit. Takkan aku nak jawab simple macam ni je kan. 


Soalan ke-empat. "Kononnya anda ialah Ketua Delegasi. Mengetuai perjalanan dan kawan-kawan sepanjang program di Korea nanti. Tiba-tiba ada ahli kumpulan yang tak sebulu. Senang kata, bergaduh le.. Apa tindakan anda sebagai Ketua dan apa anda akan katakan?" 

Akak no.1:
dia kata dia bagi nasihat. Lepas tu dia elaborate la sikit..

Abang no. 2:
dia kata dia akan bagi contoh tauladan yang baik. Komunikasi berkesan. Nasihat baik-baik. Lepas tu dia elaborate lagi.

Akak no. 3:
dia kata sebagai rakyat Sabah, dia lebih terbuka dan senang berkomunikasi dengan orang lain. Sebab di Sabah, masyarakatnya majmuk dan menghormati sesama agama dan bangsa lain. (ni kalau orang kuat politik dengar ni, boleh buat pont berdebat nih, hahahah. Aku, no comment). Lepas tu dia elaborate lagi.. Aku tengok panel angguk-angguk dan senyum je. Memang suka senyum panel alumni ni. Kalau panel JPA tu, muka dah macam Tuan Anas Mikael. Serious mode: ON.. 😝 Nasib baik Encik ni hensem, haha. Jangan marah Encik Firdaus. Encik kalau marah maybe bertambah handsome, hihu.

Aku:
sekali lagi aku terpaksa bersetuju dengan kesemua point yang kawan-kawan dah sebutkan tadi. Kau rasa perasaan aku masa tu macam mana? Dorang dah sebut semua point penting dowh. Komunikasi berkesan, nasihat baik-baik, bermusyawarah, taaruf, dan pelbagai lagi. So, apa point yang tinggal untuk aku?? Aku mahu tak mahu memang kena explain juga. Aku kata first sekali kita kena ingat, apa tujuan kita ke Korea ni. Selain tugas rasmi, for sure sebab kita nak berjalan, happy-happy. Kalau tiba-tiba ada yang buat muka masam manis macam kimchi, mana seronoknya tu? Asyik gaduh je.. So, kita kena berbincang face to face. Selidik punca masalah. Cari solusi. Bincang elok-elok. Muhasabah diri di bumi asing. Last kalau tak jalan jugak, aku sebagai Ketua Delegasi akan bawak dorang yang bergaduh ni pergi karoke! Ambik kau jawapan merapu aku. Panel bantai gelak, aku tak boleh buat apa..

Soalan ke-lima "Nanti masa kat sana, ada malam kebudayaan. Saya bagi awak masa 2 minit bincang nak persembahkan apa masa malam kebudayaan nanti" 

Kami pun berbincang sakan. Akak no. 3 rekemen kitaorang buat tarian Sumazau. Aku tengok muka akak no. 1 dan abang no. 2 dah lain macam. Muka tak setuju. Walaupun aku sendiri orang Sabah, aku tak berapa berkenan kalau kami menari Sumazau. Sebab tarian ni jenis slow motion. Sedangkan bagi aku kalau nak buat persembahan untuk orang luar, haruslah yang rancak, havoc, happening dan tepuk-tepuk tangan. So aku cadangkan sama ada boria, dikir barat ataupun joget. Alhamdulillah kami sepakat dengan tarian joget. Nasib baik boleh bukak You Tube, so aku cadangkan kat akak no. 3 untuk pilih lagu Joget Pahang nyanyian Siti Nurhaliza. 

Kami bangun dan aku susun kerusi ke belakang sikit. Supaya senang kami nak berjoget 😆 Once lagu berkumandang di udara, aku bagi peluang kat akak no. 3 untuk nyanyi dulu. Aku dan yang lelain berjoget dengan muka selamba je. Masuk rangkap kedua lagu, aku tengok akak no. 3 ni macam tak bagi chance orang lain nak nyanyi je, hahahaha. Aku yang memang hafal lagu tu, terus nyanyi je rangkap kedua tu. Kami sama-sama nyanyi. Sambil nyanyi aku tengok akak no. 1 dan abang no. 2. Dorang bagi signal supaya joget sambil tepuk tangan. Aku pun follow, tepuk sekali. Lepas tu abang no. 2 bagi signal supaya buat joget sambil pusing belakang. Ewah cik abang, tadi malu-malu nak berjoget. Lepas tu, sakan ye bang...hahahahaha. Kita sama je bang oi. Lagi-lagi kerja renjer ni, keluar hutan mesti mau nyanyi punya.

Masa kitaorang berjoget tu, rupanya ada rakaman video you ollss.. Wakakakaka. Bila aku tengok balik video kitaorang menari tu, aku memang malu. Tak sangka aku boleh seselamba badak macam tu. Tapi ini lah usaha aku nak ke Korea dengan tajaan penuh. Mudah-mudahan ada rezeki aku kali ni. Keluar je dari bilik temuduga, kami dihujani dengan soalan kawan-kawan yang menunggu giliran. Aku share je semua info. Dorang pun tak sangka bab joget tu, sebab dari luar dorang boleh nampak kami berjoget, menyanyi, gelak-gelak.  

Itu lah isi kandungan temuduga yang dapat aku kongsikan. Semoga bermanfaat buat korang semua. Oh ye, kalau ada soalan, feel free to ask me. Tapi sebelum tu, aku mohon maaf sebab tak perasan komen korang kat post aku last year. Serius aku tak perasan weh..sorry sangat-sangat.. Aku bukan sombong tak nak reply tau. Tapi aku tak perasan.

So, kalau ada yang nak tanya apa-apa, feel free untuk follow aku kat Facebook Sharinah Abdul Lahit atau Instagram @amoi_eton. Tanya kat sana ye. Sesiapa yang terror dalam stalk stalk orang ni (macam aku 😉) boleh jumpa phone number aku, memang aku respek abis kat kau. Kita memang perisik terhebat.

Aku stop dulu ye.
Panjang dah aku taip. 
Semua font warna biru tu, itulah soalan yang ditanya. Itu je soalannya.
Kalau group lain, aku tak tahu apa soalan dia.

Semoga post ini bermanfaat buat korang. Aku halalkan semua info yang aku kongsi. Mudah-mudahan ada rezeki aku nak ke Korea tahun ni. Aku dah berusaha sebaiknya. Keizinan suami pun aku dah tanya sebelum aku isi permohonan lagi. Mak dan anak-anak aku pun mendoakan aku sama-sama agar berjaya ke Korea pada kali ni. Ya Allah, mudah-mudahan aku dapatlah peluang ni. Amin amin amin Ya Allah..


Sekian dan wassalam,
Amoi Eton
Si Renjer Jutawan.
~jutawan tak semestinya kaya duit. tapi kaya iman dan kasih sayang, insyaAllah
💗💗💗


Cerita interview tahun 2016 ada kat sini 💗💗💗

Monday, May 8, 2017

Inventori Hidupan Liar Di Hutan Simpan Kekal Bukit Bauk, Dungun

Assalamualaikum awak.

Renjer yang gagah perkasa walapun injured. Haha


Aku baru je balik dari Dungun. Ada kerja masuk hutan kat sana. Tak tahu le, nak update macam mana ni. Nak bubuh gambar je ke, atau nak tulis karangan, hahaha.

Ok lah, kita buat intro dulu lah ye. Untuk makluman awal, just nak bagitahu, aku dah lama tak masuk hutan. Hutan yang aku maksudkan ni, hutan tebal macam Taman Negara ye. Method masuk hutan yang aku maksudkan ni pun, ialah masuk hutan style trekking. Bawak haversack berat tu, bekalan makanan, hammock, flysheet, untuk kau tidur dalam hutan tu. Selama tak masuk ni, setakat masuk hutan kecil-kecil under Selangor ni memang lah aku selalu masuk. Itu pun, tidur kat basecamp dan trekking badan kosong je, bawak parang.

So, kali ni aku minta kat HQ nak masuk balik. Alhamdulillah, takde masalah dan nama aku naik balik untuk program under KBD, HQ. Maka, bermula lah semula aktiviti masuk hutan aku pada 17 April 2017 yang lepas.

Whole team.


Ha..ni group aku. Masuk ikut Bukit Bauk.

Tak ku sangka, 21 April 2017, itu lah tarikh keramat aku jatuh dalam hutan. Jatuh bangun perkara biasa. Tapi ini jatuh dan injured, beb. Meletup tempurung lutut aku. Berdengkot-dengkot aku jalan dalam hutan tu ha. Sakit dia tak payah lah dikata. Group member aku siap offer nak buat stretcher, tapi aku tolak cara baik. Bukan sombong tak nak orang bantu. Tapi aku tau azab bawak orang kat stretcher ni macam mana, sebab aku pernah rasa dulu masa Ikhtiar Hidup kat Kuala Koh. Fuhhh...penat woih :p

Few hours before jatuh. Masa ni jam 12 tengahari kot. Berehat sebentar,


Ko tengok lah gaya renjer sejati ni :p


Pagi sebelum jatuh. Masa ni dah siap packing khemah semua. Tinggal nak gerak je untuk second basecamp.


Haversack 60kg kat belakang aku gagah bawak sendiri. Jalan dengkot-dengkot pun takpe, sebab member sudi tunggu. Tapi aku cuak jugak la, takut tak sempat cari basecamp sebab jam pun dah tunjuk hampir pukul 5 petang. Dalam hutan kau jangan buat main. Lebih cepat gelap sebab pokok banyak kan. Nak cari punca air lagi, nak pasang hammock lagi. Azab beb..azab...

Macam mana ye aku boleh jatuh? Ha, mari aku cerita. Boleh jadi pengajaran buat korang jugak ni. Masa tu, kami berjalan menuruni bukit. Aku orang ketiga dalam line. Tak ku sangka, tanah yang ku pijak rupanya timbunan jaun mati dan di bawahnya ada akar berselirat. Tenggelam je kaki aku dalam daun tu, hujung jari tersangkut kat akar pokok. Maka, tersembam lah aku ke hadapan, sambil beban di belakang turut menyumbang kepada kejatuhan. Hahahaha :D

Pergh...gambar 2007 ngan 2017 lah beb. Haversack sama, orangnya pun sama. Aku sayang haversack aku, kiki.


Masa jatuh tu, aku boleh dengar bunyi meletup kat tempurung lutut. Lepas dah buka beg, aku cuba berdiri sendiri. Dapat je berdiri, aku jatuh balik. Rupanya kaki kiri aku tak boleh berdiri tegak. Kaki aku longlai tiba-tiba. Makanya berdiri lah aku dengan kaki kanan je. Sambil tu, aku cuba hayun-hayunkan kaki kiri aku ke belakang dan hadapan. Lepas tu terdengar semula bunyi meletup. Macam tempurung lutut dah balik ke lokasi asal dia :p

Aku cuba berdiri dengan dua kaki semula. Boleh la sikit-sikit. Lepas rehat seketika, aku decide untuk gerak sebab hari makin petang dan kami ada 3 km lagi nak dihabiskan. Fuh, untuk orang injured macam aku, jauhhhh tu...

Setelah cuba bertahan, akhirnya aku terpaksa ekluar hari Ahad tu. Jatuh hari Jumaat. Sabtu cuba bertahan untuk stay. Ahad aku dipaksa keluar walau aku tak rela. Uwaaaa....

Korang tengok lah pagar tu. Dah keluar dari hutan, still ada cabarannya. Kena pan jat pagar. Hahaha.


Team rescue datang jemput aku kat exit Kuala Dungun. Pujuk punya pujuk akhirnya aku tak perlu balik KL. Aku boleh stay kat Terengganu sampai last day supaya aku boleh bantu group aku buat report dan presentation slides. Alhamdulillah....dalam kepala aku sempat jugak fikir pasal sotong celup tepung! Hahahaha..!

Aku stay kat kuartes Perhilitan Kuala Berang. Dari Dungun aku gigih ambil teksi, Bayaran dia RM80 selepas tawar menawar. Aku pejam mata je bayar teksi tu, hahaha. Hope Pengarah aku tak potong la claim ot dan TNT aku. Potong kalu, hati aku terhiris sama, haha.

Sampai Kuala Berang dah malam. Aku pun dah penat. Dengan haversack aku, baju masuk hutan, adidas kampung, parang lagi, so aku memang tak plan nak pergi hospital malam tu. Lepas makan, kami (aku dan Gilmore) terus balik rumah dan zzzz. Sempat jugak la aku selfie kaki aku sekeping gambar.




Esok, lepas sarapan je, aku request Gilmore untuk bawak aku ke hospital. Dia memang incas yang baik. Dengan kelam-kabutnya dia pusing stereng Hilux tu dan aku dengan selambanya berkata, "Rilek Encik. Lagipun hospital sebelah sini". Hahahaha, Gilmore salah jalan daa... Sampai je Hospital Kuala Berang, yang buka cuma Emergency. Sebab cuti umum hari tu, hari perlantikan Agung. Ok lah, daripada tutup langsung kan. Macam biasa, daftar, panggil nama, soal-soal sikit, jumpa doktor, x-ray, jumpa doktor balik, sembang-sembang, ambil ubat. Korang tahu, memang terbaek lah Hospital Kuala Berang! Staf dan doktor dia, kalau lah boleh aku bubuh emoji 'terbaek' tu kat sini, aku bubuh 2 perenggan, kikikikiki!

Tu je lah aku nak cerita. Korang layan gambar ye. Sehingga berjumpa lagi. Oh ye, esok aku ada interview Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea. Doakan lah aku berjaya. Ya Allah, jika memang rezeki ku tahun ni, bantu lah aku Ya Allah. Hilangkan lah nervousku. Terangkan lah hati dan otakku. Jangan lah biar aku melalut menyanyi lagu Hang Pi Mana sebagaimana tahun lepas. Amin amin amin Ya Rabbal Alamin...


Sekian, dari si renjer jutawan.
Amoi Eton.