Friday, March 17, 2017

Boleh Jadi Diary Tak?

Assalamualaikum Cik Blog. Awak sihat? Lama saya tak jenguk awak kan? Hehehehe...

Sorry Cik Blog, bukan kita tak nak jenguk awak selalu. Kita sibuk sangat, nak makan pun kadang tak sempat. Alih-alih perut dah pedih, rupanya lapar....lunch box yang patut kita makan time tengahari alih-alih kita ngap jam 5 petang. Adehh...nampak tak busy kita macam mana tu?

Cik Blog..
Kita banyak sangat nak luah, nak tulis. Kadang-kadang nak tulis perihal peribadi, alaaa macam tulis diary tu. Nak tulis pasal family la.. pasal kerja la.. pasal baju yang sama asyik ulang pakai macam tak ada baju lain la.. hah, pasal instagram kita pun kita nak tulis tau Cik Blog.

Tapi apakan daya...kita busy...

Cik Blog,
Baru-baru ni kan, kita post gambar kita snorkelling hari tu. Adalah kawan-kawan kita dok bubuh komen. Tapi kan, ada satu mamat ni, dia bubuh komen tak senonoh, Cik Blog... Huhuhu, terkedu kita. Adakah patut dia kata dia nak #%*kan  kita. Nak kena penampar mamat ni agaknya kan Cik Blog. Dia ingat kita ni cikaro ke ape? Huh, terus kita padam komen dia. Pastu kita padam juga gambar-gambar kita kat Facebook tu. Tak suka la...kita nak kongsi cerita kat Fb pun dah tak best. Hurm..kita kongsi kat instagram je lah. Kat sana tak ramai kaki sibuk. Padan muka mamat tu. Kita dah bubuh dia dalam senarai Restricted List. Kacau lagi bini orang, haaa padan muka kau mamat sangap. Eh..tergeram pulak kan Cik Blog kan..ahaha :)

Cik Blog,
Sekarang kan, kita dah start jogging. Yippieeee..!
Kita jogging kat tasik Seksyen 6 je. Kat situ kan, tenang je, orang pun tak ramai. Masa kita sampai jam 5.20 petang tu, tak ada orang lagi. Kita warm up dulu, baru kita lari satu round. Masuk round kedua, dah mula ada orang. Seronok jogging kat sini, sebab tak ramai orang. Kalau kat tasik Seksyen 7, mak aihh...orang ramai sangat. Nak lari pun tak boleh nak fokus, takut terjeling abam sesado..ahahaha. Gedix angat..! Kita stop jam 6 petang. Dapatlah satu round jogging, satu round jalan kaki, satu round jogging plus workout. Kita hentam je masa workout tu. Dalam kiraan lima je. Al maklum, badan sekarang tak macam dengan badan masa jadi Princess dulu (^ ^)

Ooo Cik Blog,
Kita tak lama lagi nak dapat penolong pegawai G27 yang baru. Dengar kata dia dari Kuantan. Dulu memang kerja bahagian kuatkuasa jugak. Habis la dia Cik Blog kan..... jadi mangsa buli terbaru orang tu. Kita ni nasib baik mengamalkan Prinsip Pareto masa bekerja. Hahaha...
Bukan tak kerja sungguh-sungguh Cik Blog.. Tapi kita penat asyik muka kita yang buat kerja tu. Ni kalau hylobates lar tu tahu kita ada diploma, mau kita dikerahnya buat kerja ala JUSA. Kita tak nak... Bukan sebab kita tak ikhlas nak bekerja, tapi kita tak nak jadi mangsa BULI. Cukuplah kenangan awal-awal masa masuk kerja dulu.

Oh ye Cik Blog,
Ingat tak plan kita nak masuk kelas Mandarin kat UiTM tu? Cik Blog tahu...harga yuran dia dah mahal...huhuhu... Nak cari sugar daddy la kalau macam ni. Sugar daddy yang bagus, ikhlas nak tolong perempuan yang nak pandai dan majukan diri sendiri. Eh...ada ke sugar daddy macam tu Cik Blog? Wasap number dia please..... agagagaga. Bertuah nak dapat SD macam tu. Yang ade tu, semuanya kaki ngap je kan? Eleh...tak mengaku le tew... :p
Eh..apa kita melalut ni Cik Blog :)
Cik Blog, memandangkan kelas kat UiTM tu harga dia dah naik, kita still tak putus asa. Finally kita jumpa kat INTAN. Kita ambil short course je dulu Cik Blog. Kita tengok, kita boleh tak hadam bahasa Mandarin ni. Kalau tak boleh, duit nak belajar Mandarin tu kita joli! Gagaga..

Cik Blog,
Kita nak main paragliding tau. Hehehe..sukanya kita! Nak ajak member ofis main. Kat Jugra je.. Kita rindu nak main tali payung tu Cik Blog. Rasa macam ralat pulak kenapa tak ambil lesen paragliding masa muda-muda dulu. Tapi kita tak kisah pun Cik Blog. Kita pun bukannya tua lagi kan? Ngeee..
Nanti kita amik video banyak-banyak masa gliding tu ye. Nanti kita upload kat instagram. Jangan upload kat FB. Banyak stalker kat sana. Kaki sangap pun iye. Kita main instagram je. Sebab kat insta ni gay je yang ramai. Ahahahahaha....

Ok Cik Blog,
moga kita bertemu lagi.

Je t'aime.

Amoi



Monday, March 13, 2017

Balik Kampung - KLIA Part

Yeeayyy...hari ni ada masa terluang. Sempat lah nak update blog. Banyak benda nak story ni, tapi tak tahu nak tulis mana satu, hahaha!

Ok, kita sambung balik cerita aku balik Sandakan hari tu ya. Aku balik kampung agak lama kali ni. Lone ranger, tak bawa suami dan anak-anak. Bujang sekejap weh. Pagi tu flight aku jam 10.25 am sebenarnya. Tapiii....jam 9.00 am aku masih ada kat rumah a.k.a Shah Alam! Dah la gerak lambat, minyak kereta pun tak isi lagi... Hurm...time management = FAILED.

Ok lah, dipendekkan cerita sampailah aku ke KLIA. Yezzaaaaa...kali ni naik Malaysia Airlines, beb. Selama ni kalau guna waran, memanjang naik Air Asia. Kali ni tiket beli sendiri, so aku dengan suka hatinya membeli tiket MAS (now dikenali sebagai MAB kot..). Sampai je airport, aku bergegas ke kaunter nak drop bagasi. Syukur alhamdulillah. Aku sempat drop beg 4 saat sebelum ada pengumuman operator pasal kaunter untuk ke Sandakan ditutup. Fuuuhhhhhhhh nasib baik..hahaha.

Tiket flight aku. Nasib baik sempat drop bagasi kan, hehehe.


Ok ok..kita shortkan terus ke pintu berlepas. Habis je imigresen check IC bagai, aku terus keluarkan monopod, selfie dan rakam video. Yiihaaa! First time ada monopod, kebaruan lah pulak, haha.

Tapi, sedap-sedap tengah selfie aku teringat aku tak beli lagi roti yang Nadia kirim. Aku pusing balik dan round kedai yang ada kat level t. Siap tanya kak polis. Takda awak...huhuhu. Aku pun buatlah rakaman memohon maaf kepada Nadia, hahaha poyos.



Sabarlah Nadia. LAin kali aku ingat, aku belikan kau roti Gardenia tu ya. Hahahaha. 

Kali ni bukan main lagi aku selfie. Mementang lah lone ranger kan, takde benda nak jaga sangat, aku asyik dengan monopod aku je lah. Kau layan lah gambar aku yang sekeping dua ni ye. Overall perjalanan balik kampung aku kali ni smooth je, takde benda-benda yang menakutkan, alhamdulillah. 

Oh ye, cumanya aku kan dah lama tak naik MAS. Sekarang ni, kat seat kau duduk tu, kau boleh tengok movie, dengar lagu bagai tau. Cabin crew siap agihkan headphone. Aku suka giler ooiiih. Cuma satu je masalah aku. Aku tak tahu nak cucuk mana tang headphone tu, hahaha. Hanya lagi 30 minit sebelum landing, baru aku tahu kat mana nak cucuk benda alah tu. Rupanya tempat cucuk dia kat tempat duduk kau weh. Kat tempat letak tangan tu. Aku terus bantai dengar lagu Anuar Zain.

Ohh Anuar....aku minta maaf kerana kadang-kala terpaksa menduakanmu. Sebab Chakra Khan dan Afgan pun super cool jugak :p


Aiihh...kau tengok gambar je lah ye. Lepas ni aku akan post story aku masa kat kampung pulak.
Haaaaa...yang ni ada cerita best. Aku terjumpa dengan bekas-bekas calon mak mertua aku. Choiii...macam banyak pulak boypren aku kan, kah kah kah. Kau bayangkan weh..masa kenduri tu, dorang macam buat reunion pulak. Aku masa tu memang segan gila dah. Apatah lagi, masing-masing dok tegur aku tanya khabar. Adoiii...nanti-nanti aku cerita ye. Next post. Sekarang korang layan gambar dulu ye. 

Nah muka floles aku tepek. Hasil buat carbon laser dan sedikit wudhuk (kot) ahahahaha!

Ni lah dia hiburan aku. Yang aku kebaruan sangat tu.. uhuk uhuk


MasyaAllah....indah sungguh ciptaan Tuhan. Teringat pepatah Sunan "Awan, kalau dapat kucapai, maka saktilah hamba.."




Hah, jangan nak kutuk. Puji tak apa. Ngee...



Wednesday, January 11, 2017

Rancangan Balik Kampung

Hai semuaaaaa :)

Mak aih, panjangnya semua tu kan? Ahahaha. Awak semua, saya just nak bagitahu, saya akan balik ke Sandakan 14hb Januari 2017 ni. Yahuuuuu, balik kampung! Banyak benda nak buat masa kat kampung nanti. Monopod pun aku dah beli, kikiki. Plan nak berselfie dan rakam video travelog daripada rumah di Shah Alam ni sampai ke KLIA, Sandakan, rumah, bandar, Semporna, dan yang paling penting masa travel ke 5 pulau nanti. Pulau Bohey Dulang, Sibuan, Mantabuan, Mabul dan Kapalai. Ya Allah, moga perjalanan ku ini selamat pergi dan balik. Amin amin amin, Ya Allah.

Ni short post sahaja. Post panjang nanti saya update lepas balik dari Sabah ye.

Taraaaa


Friday, December 16, 2016

Susah ke Menjaga Hati?

Hurm...tajuk post kali ni kan... Menjentik kalbu, hahaha.

Di umur 30-an ni, dah bersuami dan anak-anak, aku tak rasa aku nak attract mana-mana guys lagi. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku suami yang super baik. Anak-anak, keluarga, keluarga mertua, kawan-kawan, semuanya baik-baik, alhamdulillah.

Cuma, bila kau rasa kau ok, dan kau ok dengan semua orang, ada orang yang tersilap letakkan perasaannya. Kesilapan yang jika disambut, aku rasa kau akan jadi manusia yang paling tidak bersyukur di muka bumi ini. Kenapa ya tiba-tiba aku tulis macam ni? Sebab aku rasa aku nak meluah. Penat menghadap perasan orang yang sengaja membiarkan dirinya melorong ke jalan yang kabur, tapi hakikatnya ianya jalan yang salah.. Hurm, pusing habis ayat aku. Haha

Korang, aku pernah bertanyakan satu soalan pada kawan sekerja aku. Dia ni pangkat pakcik lah pada aku. Seorang senior yang dah lama kerja dan banyak pengalaman hidup. Aku tanyakan padanya:

"Encik Man, apa kita nak buat kalau ada orang suka kat kita?"
Dia bertanya "Suka yang macam mana?"

Aku terjeda seketika... "Suka yang macam suka. Bukan suka sebab bersahabat. Lebih dari tu"

Senang sahaja jawapan Encik Man. Mungkin dia nak senangkan hati aku, hahaha. Dia jawab:

"Kalau ada orang sukakan kita, biar je lah. Itu perasaan dia. Kita tak boleh halang. Tapi hati kita kena tengok balik. Apa kita nak buat? Nak terima atau tolak? Semua terpulang pada pihak kedua jugak. Skandal takkan terjadi kalau setakat satu pihak"

Padu jawapan dia. Betul kata senior aku ni. Biarlah orang tu suka kat kau. Sebab dia memang jenis tak faham bahasa punya orang. Hahaha. Kalau perasaan suka tu jenis yang tak boleh disambut, jangan lah terima. Tetapkan hati kau, dik. Jangan terima! 

Pesanan buat orang tu.

>> Awak nak suka orang tu, awak punya pasal. Tapi orang tu, bolayan awak. Awak carilah yang lain. Yang available dan yang penting, single! Dunia ni luas, wak. Bunga banyak sangat-sangat. Janganlah pilih bunga berduri. Jari awak terluka, kelopak bunga turut terburai sebab awak paksa juga nak petik.

Sekian luahan hati

:)
(p/s: buat pembaca blog, jangan pernah sukakan bunga di taman larangan)

Monday, September 26, 2016

Aku Rindu Arwah..

Ya Allah...tiba-tiba rasa sebak. 
Sedih sangat-sangat, nak menangis. Tapi sebab sekarang ni aku kat ofis, dikelilingi kawan-kawan, aku cuba tahan air mata.

Pagi ni sekali lagi aku teringat kat arwah. Sejak dua hari lepas lagi, lepas baca post FB Nadia, aku dah start sebak. Dalam post tu, ada gambar ni... Dad ~ Calling



Allah, aku rindu arwah bapak... Malam tadi masa bagi Husna tidur, aku nangis. Tapi aku tak nangis kuat sangat, tak nak Big Boss dengar. Big Boss bukan boleh tengok aku nangis, cuaknya menjulang sampai ke pokok akasia. Husna yang nampak aku nangis dalam diam, pun sebak sama. Sayang Husna..

Arwah meninggal tiba-tiba. Tak ada tanda apa-apa. Arwah meninggal dalam kereta, lepas agihkan kad kahwin Andui. Ahhh...tak nak cerita lebih-lebih, mata aku dah start banjir. Lagipun aku pernah cerita pasal ni dalam post terdahulu..

Dulu arwah selalu call. Boleh kata hampir setiap minggu. Sekarang? I'm totally empty. Kalau bukan sebab mak, rasanya aku dah down. Aku masih ada mak. Masih ada Big Boss. Masih ada Husna dan Huda. Masih ada adik-beradik. Masih ada keluarga mertua yang baik hati. Dibandingkan dengan orang lain yang nasibnya yatim piatu, tiada sesiapa... Nikmat Allah yang mana harus aku dustakan lagi..?

Sebagai anak yang sulung, aku selalu tunjuk dekat mak, aku macam tak rasa apa-apa... Tapi soul aku, Allah je yang tahu. Among kami adik-beradik, aku yang paling kurang sebut pasal arwah. Paling kurang (maybe tiada) repost gambar-gambar arwah, and tak pernah langsung tulis dalam wall FB. Luahan aku pada Big Boss? Tak pernah. Yup, tak pernah. So mungkin sebab ni Big Boss ingat aku ok. 

Pak, semoga tenang di sana.. Semoga Allah memberikan bapak ganjaran syurga, atas kebaikan bapak memelihara kita sekeluarga, dan atas kebaikan hati bapak yang selalu membantu tidak pernah mengenal darjat sesama insan mahupun apa jua. Semoga bapak dijauhkan dari seksa kubur dan dijauhkan dari seksaan api neraka. Semoga kubur bapak sentiasa luas, bercahaya, dan harum sementelah menunggu tibanya hari pembalasan. 

Terima kasih, pak.. Membesarkan kami tanpa sebarang rungut kata. Tanpa sebarang kekesalan. Membesarkan kami sebaik ini dan menerima balasan kebaikan itu seadanya kerana kami anak yang alpa. Kadang teringat, kerap terlupa. Tiada lagi suara garau bapak. Tiada lagi tangan insan bergelar ayah yang boleh aku salam. Tiada lagi gurau tawa bapak. Semoga segala amal baik bapak diterima Allah. Semoga doa kami adik beradik diterima sebagai doa anak yang soleh. Semoga tenang di sana, pak..







Salam sayang,
Sharinah Binti Abdul Lahit
Shah Alam,
Selangor.
~ selamanya anak bapak..dari Sandakan


Tuesday, September 20, 2016

Surat daripada Ketua Pengarah

Alhamdulillah. Pagi ni masih diberi kesempatan untuk menulis di blog yang tak seberapa ni.

Pagi ni masuk kerja, ofis agak sunyi (teramat sunyi sebenarnya, huhu..).
Kawan-kawan ramai yang masuk hutan, kursus PTM, dan kerja luar kawalan hidupan liar.
Aku? Jadi penunggu ofis la gamaknya, kikiki. Tinggal aku berdua je ngan Justin. Hurm, tak semangat aku nak tengok muka albino Justin. Kah kah kahhh. 



Rutin biasa aku lepas on komputer, aku akan check emel rasmi. Rutin ni dah bertahun aku amalkan selepas hadir kursus anjuran NPC (sekarang dikenali sebagai Malaysian Productivity Corporation, MPC). Dan aku akan login ke dalam emel rasmi aku ni lebih banyak daripada aku login dalam facebook. Ah, poyooo...

Login je dalam emel jabatan, ada dua emel baru aku terima. Satu daripada Bos, arahan untuk bantu siasat dan rakam percakapan OKT. OKT ni aku dah trace sejak bulai Julai lagi. Tapi batang hidung dia memang tak nampak-nampak. Aku dah plan nak pasang khemah depan rumah dia tunggu dia keluar tunjuk muka. Ini lah cabaran seorang Renjer. Bukan kera je yang kau kena jaga. Orang perangai serupa kera pun kau kena ambil perhatian tau. Nampak gayanya, arahan Bos kali ni serius. Baik, Bos. SYMP. Tapi OT dan elaun saya jangan potong ye Bos. Saya buat kerja betul-betul ni, bukan cobaan. Saya tak ngulor, Bos... saya baik orangnye. Arghhhhh, poyo poyo. Depan bos je tunjuk rajin. Siapa yang tunjuk rajin depan bos tu Moi? Kau lah. Kau yang tengah baca blog ni, siapa lagi? hahaha

Emel ke-2, ialah emel dari Ibu Pejabat. Tajuk dia je dah buat aku tertanya-tanya dan perasaan nak baca sangat tu timbul. Eager to read kata omputih. 

Surat Pekeliling Ketua Pengarah Bilangan 1/2016

Ha, apa kau rasa bila baca tajuk macam tu? Untuk makluman awaa, ni surat pertama daripada KP yang baru. KP lama dah pencen. KP baru ni boleh dikatakan muda dan beliau bermula dari bawah. Maksud aku, dia masuk kerja dalam Perhilitan sebagai pegawai biasa. Dan dia buat semua kerja even kerja rencam. Setakat kau masuk hutan sekali dua, lepas tu kau nak sembang kat dia kata dalam hutan tu ada rimau besar gua , sekian trek ni, kau tak payah nak eksen la bhai. Tertelan tenuk kau nanti. 

Selesai sahaja aku baca surat ni, apa yang aku fikir selama ni memang betul. KP baru ni akan bawa Jabatan Perhilitan lebih maju ke hadapan. Dengan perancangan beliau, aku bersemangat semula untuk kerja. Pergh....macam mula-mula masuk kerja lah pulok, haha.

Antara intipati surat ialah:
  1. Integriti ~ hah, siapa kaki makan rasuah tu ha? 
  2. Kecergasan fizikal ~ setiap staf perlu capai BMI yang telah ditetapkan. Salah satu kriteria kenaikan pangkat ialah BMI. Pergh...
  3. Kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris ~ ini kacang, bhai... ahahahaha
  4. Menguasai lain-lain bahasa ~ ini terbaik! Wo ai ni. Sarangheyo. Je t'aime. Ich liebe dich. Mahal na mahal kita. Ahahahaha, apasal cakap cintan cintun je ni.
  5. Seni mempertahankan diri ~ masa baca ni, aku tiba-tiba macam lost. haha
  6. Menggalakkan inovasi 
  7. Menggalakkan penulisan saintifik ~ Ya Allah...! Gembira betul aku bila sampai part ni. Selama aku menulis sikit-sikit pasal isu penguatkuasaan dan perlesenan, nampaknya berguna juga segala catatan tu. 
Banyak lagi intipati surat, tapi tak perlu lah aku nyatakan semuanya di sini. Kang tak ada pulak istilah P&C. 

Eh, tetibe ada pulak soalan:"Sayam, ape tu P&C?"
Aku pun jawab, "Abam, P&C tue.... Private & Confidential. Bukannye Pikat & Curi hatinyee.
Ahhh, gedik la kau.

Nah, sayam belanja satu gambar time bujang dulu. Maaf, sayam malu nak tengok kamera. 

Acah-acah baca paper. Taboleblaaa :p


Sekian dulu. Nanti kita sembang lagi ye.
Assalamualaikum.





Tuesday, September 13, 2016

Site Visit Kajang Perdana 2

Alhamdulillah.

Baru-baru ni berkesempatan buat satu site visit sebijik rumah flat di Kajang Perdana 2. Ejen aku yakni Ejen Aliff berusaha sebaik mungkin untuk carikan aku rumah, selepas rumah pertama di Sri Muda dulu tidak mencapai standard rumah patut dimiliki. Cerita NGERI pasal site visit rumah di Sri Muda aku tak cerita lagi rupanya kan? Lain kali lah ye, InsyaAllah, ehehe.

Ejen Aliff forward beberapa keping gambar berkenaan flat di Kajang Perdana 2 tu. Berdasarkan pemerhatian mata enggang aku, (uiiiiihhh...enggang? tak padan ngan rabun granular) aku dapati rumah ni agak OK. Tapi tak boleh lawan tengok dengan mata sendiri secara direct.

Sehari selepas dapat gambar, aku dan Big Boss setuju untuk ke Kajang. Boleh tahan jauh jugak ye nak ke sana, tapi mungkin sebab kami lalu jalan jauh (SKVE). Kalau lalu Federal rupanya tak jauh pun, siap lalu HQ Perhilitan pulak tu. Hurmm..takpe jauh perjalanan luas pemandangan. Padahal bermula tol SKVE je aku dah zzZzzZ. Hahahaha. Aku terjaga masa siput gendeng kami lalu Sate Willy. Pandai kan aku, lalu port makan best aku terjaga. Malang sebab bukan rezeki Big Boss aku dapat makan sate willy hari tu sebab urusan di Kajang Perdana 2 lebih penting. Lepas tu mata aku celik-celik ayam. Aku tengok banyak jugak flat di kawasan tu. Dari sini aku buat penilaian kasar. Kawasan Kajang ni kawasan HOT. Hah korang, ape terkebil-kebil. Ko ingat istilah HOT tu untuk aweks je ke... :p

Tapi dalam banyak-banyak tempat, tiba-tiba mata aku tertancap pada bangunan UniKL. Weehuuuu....budak amin muka senyum beriman study kat sini rupanya.... Mata bersinar sekejap, kikiki.

Akhirnya, sampai lah kami ke kawasan Kajang Perdana 2. Perghh, area tu aku ibaratkan satu kawasan baru naik. Bukan baru nak naik ye, tapi memang dah naik dan sedang naik lagi. Tanda aras utama yang tak boleh diambil mudah ialah:
  1. Ada Mc Donald
  2. Ada kedai runcit baaaaanyakkkk
  3. Ada 99 Speedmart
  4. Laluan highway
  5. Dikelilingi rumah orang kaya kayap
  6. Rumah berciri flat di kawasan tu hanya ada dua iaitu Kajang Perdana 2 dan Vista Perdana.
  7. Kawasan padat
  8. Jarak nak ke HQ cuma 15 minit. So, kalau lah aku tiba-tiba transfer ke HQ, aku tak payah dah risau pasal rumah.
  9. Dekat dengan budak amin muka senyum beriman (ok, ini bukan reason, tapi gedik)

Kami sampai awal dari masa yang dijanjikan. Ini mesti woo, sebab aku nak riki-riki dulu kawasan tu sendirian. Tapi aku hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Sampai je aku ke bawah flat tu, rupanya Ejen Aliff dah sampai. Dowh....awalnya brader sampai. Efisien dan efektif betul ejen aku nih.

Kami berhai hai dan bertegur sapa. Lepas tu aku dan Big Boss terus di bawa berjumpa owner rumah. Alhamdulillah, site visit berjalan lancar. Owner pun baik dan lembut je air muka. Tapi luaran bukanlah pengukur peribadi seseorang. Akak ni muka je lembut, soft spoken, tapi bab harga, dia bagi diskaun RM 1 ribu je. Mulanya ku target dapat diskaun dalam 10 ribu. Sekali dapat 1 ribu je der.... ahahaha. Akak memang lucu :p 
Aku cuba nasib kot-kot owner nak bagi free gift, sebab aku tengok katil, tilam, almari dan mini sofa dia macam cantik jeee :) Ejen Aliff aku ni memang jenis tak pandai pujuk. Adoi la brader, aku rasa macam nak deal sendiri je. Takpe, sebab aku baik, aku bagi can. (baik lah sangad..)

Setakat ni semua urusan ok dan lancar. Mudah-mudahan langkah pertama kami ni membawa hasil. Korang cuci mata lah tengok gambar ye. Aku memang tak snap gambar perempuan. Korang jangan hampa sangat. Kalau nak sangat, nanti aku upload gambar Mak Mah.

Ruang tamu. Kau boleh lihat rumah ni dah siap pasang tiles. Satu point di sini.

Rumah menghadap jalan besar aka highway. Depan rumah ni lapang, so suasana berangin dan mata kau tak semak tengok orang jemur spenda kat ampaian.

Keadaan dalam tandas pertama. Ni pun kau mesti tengok. Check tandas sumabt ke, flush rosak ke.

Keadaan dapur yang so so. Takde renovation sangat. Takde kitchen cabinet. Tapi still ok buat aku.

Ni dalam bilik tidur kedua. Aku segan sebenarnya masuk bilik orang ni. Aku berdiri kat pintu je. Ejen Aliff yang banyak snao gambar.

Yang ni bilik tidur utama. Lagi lahhh aku segan nak masuk bilik orang. Korang tak tahu, aku ni memang pemalu ..... krik krik krikk

Tiba-tiba ada gambar aku, Big Boss dan tuan rumah. Encik Ejen nak kena babap nih...amik gambar dari belakang pulak.. 


Sekian, Assalamualaikum wbt.

Dari aku, Renjer Jutawan.
~ berguru dengan Abang Ensem, memang tak rugi.