Wednesday, August 10, 2016

Temuduga Program Pertukaran Belia Ke Korea 2016

Assalamualaikum wbt & Hi, rakan-rakan.

Alhamdulillah, pagi ni ada kesempatan untuk update blog Renjer Jutawan ni ha. Kali ni aku nak cerita tentang pengalaman aku ditemuduga untuk program pertukaran belia Malaysia ke Korea untuk tahun ini, iaitu 2016. Oh ye, masa aku start tulis ni jam menunjukkan sekarang ni jam 8.40 pagi. Kita tengok nanti jam berapa aku habis tulis. Hahaha

Haa, korang semua yang dok google keyword interview program pertukaran belia korea tu mesti nak tahu pasal soalan-soalan masa temuduga, kan? Jangan nak kata tidak...wa tau maksud lu, miahaha :p

Ok, masa mohon program ni secara online hari tu, memang tak menaruh harapan sangat untuk berjaya dipanggil temuduga, even syarat-syarat minimum tu aku yakin aku dah lepas. Sebab iye lah kan, mana lah tahu tetibe ada kriteria lain pulak yang JPA tetapkan semasa menapis calon-calon untuk temuduga tu.

Pada 02 Ogos 2016 tu, aku dapat sms dari nombor 15888. Biasanya kalau nombor 5 angka macam ni aku malas nak baca, sebab banyak iklan kasino online je. Tapi last-last baca lah juga. Lepas baca tu excited sungguh, sebab rupanya itu sms dari JPA untuk maklumkan calon yang dipanggil temuduga boleh semak keputusan masing-masing mulai 01 Ogos 2016 hingga 05 Ogos 2016.

Aku pun apalagas, terus huru-hara buka laman web JPA dan cari info pasal tu. Jumpa link berkaitan, klik sana klik sini, key in IC segala, lepas tu aku tengok aku BERJAYA untuk temuduga tu. Alhamdulillah, happy nya aku masa tu. Kawan aku yang sorang lagi yang mohon sama-sama dengan aku, pun berjaya jugak. Dalam surat tu ada sebut kami kena sediakan salinan buku servis dan bawa sijil-sijil aktiviti luar.


Aku dan kawan aku memang cuak. Kami ada tempoh lebih kurang seminggu untuk prepare apa yang patut, sebab interview tu dibuat pada 09 Ogos 2016. Kawan aku tu aku tengok memang buat ulang kaji, google maklumat tentang Korea dan soalan dalam temuduga based on pengalaman orang lain sebelum-sebelum ni. Dan aku? Sepanjang minggu sebelum temuduga tu, kerja aku melambak-lambak. Banyak report kena siapkan. Dan perlu dihantar ke Ibu Pejabat sekian sekian tarikh pulak tu. Aku hanya dapat menelaah pada 8 Ogos, iaitu sehari sebelum interview. Tapi sebenarnya selepas aku submit permohonan bulan Mei hari tu, aku ada study sikit-sikit pasal Korea dan aku ada juga terjumpa blog-blog yang tulis pasal interview ni. So, ada sedikit lah maklumat yang melekat kat kepala ni ha.

Google punya google, aku jumpa satu blog ni, www.hazirharon.blogspot.my . Aku baca keseluruhan post dan lepas tu aku baca komen-komen kat bawah. Aku pun hantar komen dan tulis something. Lepas tu kan, tup tup owner blog pun tulis komen dan tulis nombor telefon dia. Aku like....what... Aku save nombor dia, pastu aku wasap. Pantas beb, tindakan kena pantas. Tak pantas, haruslah kau tertinggal, kikiki.

Apa yang aku wasap kan pada tuan punya blog biarlah menjadi rahsia. Apa yang boleh aku katakan, aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat Illahi sebab bantuan yang aku terima dari En. Hazir ni amat-amat membantu. Beliau sangat supportive dan menjawab apa jua kemusykilan yang aku kemukakan. Korang kalau bersungguh nak hadir ke interview ke Korea ni, contact lah beliau. 

Baik lah, aku cerita kan pulak hari kejadian ye (hari interview). Aku dan kawan aku sampai agak lewat dan kami pun memang cuak sebab kelewatan 16 minit tu. Sampai je, kami serahkan salinan buku servis dan fail sijil pada urusetia, sain kehadiran dan kami masuk ke dalam bilik menunggu.

Apa yang aku lihat, ada yang duduk di meja bulat dan study (aku rasa dorang tengah study pasal Korea lah kan). Ada yang berbual sesama sendiri. Ada yang lone ranger. Namun satu benda yang aku boleh pastikan ialah, di tangan masing-masing ada nota atau handphone. Masing-masing aku tengok khusyuk menelaah atau online. Aku masuk dan duduk. Aku bukak beg dan ambil nota. Aku bukak handphone, on wifi dan cari pasal maklumat Rumah Hijau sebab malam sebelum tu tak sempat google.

Kawan aku pun aku tengok memang study, sambil tu kami sembang-sembang dengan kawan-kawan sekeliling. Lama-lama, aku stress pulak, wakakaka. Pening dah aku dok menghafal apa yang patut. Lepas tu kan, jam 9.10 am ada orang JPA yang bagi taklimat ringkas. Hurmm.. hensem orangnya. Kah kah kah :D Segak bersut lengkap. Macho lah awak, Encik JPA :) ngeeeeee

Habis je taklimat, aku ambil handphone dan tengok eh, ada wasap baru le.. Rupa-rupanya En. Hazir. Dia tanya dah sampai ke belum kat JPA? Pastu dia siap gelak, katanya eh dia gelabah macam dia pulak yang interview. Kikiki. Kami sembang ringkas sekejap. Pastu aku dok termenung tunggu giliran sambil usap perut sebab tak sempat sarapan. Hehehe. Oh ye, aku interview kat JPA, Kompleks C3, Aras 4. Sesi pagi. Kat aras 1 tu, ada kantin tau. Tapi nak turun makan kat situ, cuak sebab takut nama kena panggil untuk masuk bilik interview.

Lepas panel semua dah bersedia, satu demi satu kumpulan dipanggil. Ada 5 bilik temuduga. Setiap bilik ada 2 panel penemuduga, sorang dari JPA dan sorang lagi ialah Alumni, iaitu peserta yang dapat pergi ke Korea sebelum-sebelum ni. Seramai 5 orang di dalam setiap kumpulan untuk setiap bilik dipanggil pada masa ni.

Akhirnya sampai lah giliran aku.. Ada 3 orang dalam group aku. Tiga-tiga perempuan. Aku salam dan berkenalan ringkas sebelum kami masuk ke bilik temuduga. Kami dapat bilik nombor 3. Aku ketuk pintu, bagi salam dan buka kan pintu untuk kawan-kawan masuk. Aku tutup pintu dan aku tengok kerusi kat tengah-tengah dikosongkan, so aku duduk lah kat tengah-tengah. Aku tengok panel, sorang pompuan (Alumni) sorang lelaki (JPA). Panel lelaki tu black black sweet hensem orangnya. Wakakaka!! Aku cakap dalam hati, apasal staf-staf JPA ni semuanya hensem-hensem? :D Panel wanita tu aku tengok lembut air mukanya, dan sentiasa tersenyum, sejuk hati dan mata aku... Alhamdulillah.

Ok, lepas briefing daripada Panel, kami pun start interview tu. Panel JPA tu minta kami kenalkan diri. Dia berbahasa Melayu masa tu. Orang di kiri aku mulakan sesi introduction. Sampai giliran aku, aku tarik nafas dan ingat pesanan En. Hazir. Aku perkenalkan diri dalam bahasa Inggeris. Kenapa dalam English? Sebab ada extra mark di situ. Tips ni aku dapat dari En. Hazir yang baik hati. Walaupun English aku mungkin agak ke laut, berjaya jugak aku habiskan sesi berkenalan tu. Huhu.. Yang penting usaha beb, usaha..

Soalan aku yang kedua ialah kenapa awak nak ke Korea? Kenapa Korea? Hah...ni rasanya soalan wajib kot. Sebab peserta tahun-tahun sebelum ni pun ada tulis soalan yang sama kat blog masing-masing. Jawapan aku, aku kaitkan dengan kerja yang aku buat sekarang. Jawapan orang kat kiri, sebab budaya dan dia nak jalan-jalan. Jawapan orang kat kanan, sebab kerja dia ada kena-mengena dengan integriti, dia nak tengok betul ke orang Korea ni berintegriti, menepati waktu dan tekun bekerja. Dia nak tengok sikap integriti orang Korea. Yang ni Panel suruh kita orang jawab dalam bahasa Inggeris.

Soalan aku yang ketiga ialah pasal time management. Hambik aku... Soalan yang aku tak jangka langsung. Ini bukan soalan, tapi Panel create satu situasi tentang masa, bagaimana aku bercakap dengan orang Korea tu tentang masa. Bayangkan Panel tu orang Korea, aku Malaysian. Yang ni jawab dalam bahasa Inggeris jugak.

Soalan aku yang keempat, juga harus dijawab dalam bahasa Inggeris, pasal corruption. Panel tanya pada aku, aku setuju atau tidak Malaysia ni negara yang tinggi ambil rasuah? Aku masa tu dalam hati...what the kaki? Gila mencabar soalan dia. Aku harap korang set lah jawapan terbaik korang siap-siap. Sebab untuk soalan ni aku memang tak jangka langsung.

Actually banyak juga soalan-soalan berbentuk situasi, pendapat dan fakta yang Panel kemukakan. Ada sesetengah soalan, aku ambil sedikit masa dalam 5-6 saat gitu sebelum jawab. Aku bagitahu Panel, tunggu sekejap Encik, sebab saya blank (huhu sangat, kan?) Dapat soalan yang tak dijangka,macam soalan rasuah tadi, for sure lah blank kan...hadoi..

Lepas menjawab beberapa soalan dalam bahasa Inggeris, kami mula berbahasa Melayu. Alhamdulillah, perbincangan kami semakin rancak, dan kawan-kawan kumpulan aku amat-amat sporting! 

Akhirnya sampai ke soalan berkenaan apa yang awak nak tunjuk kat orang Korea nanti? Panel awal-awal dah sebut tak boleh buat acah-acah memasak, sebab kat bilik temuduga tu takde dapur katanya (dia bergurau dan kami gelak ngeh ngeh, hehe). Panel black black sweet hensem tu hanya bagi dua pilihan, sama ada menari atau menyanyi. Adoiiiii...yang ni takde dalam senarai jawapan aku. Masa bincang dengan En. Hazir malam sebelum tu, aku tak jangka langsung aku takde pilihan selain menari dan menyanyi ni. Sebab dulu En. Hazir tunjukkan bakat bermain permainan tradisional.

Panel Alumni suruh nyanyi lagu yang ada ciri-ciri Malaysia. Kalau orang Korea dengar, dia boleh tahu itu lagu tentang Malaysia. Kawan kat kanan aku nyanyi lagu Sehati Sejiwa, sempena kemerdekaan akan datang katanya. Dia berdiri (sempoi + sporting dia ni, aku memang salute lah) dan menyanyi. Mak aihh..suara dia memang sedap. Habis je dia nyanyi, aku dan yang lain-lain bagi support, tepuk tangan ramai-ramai.

Then sampailah giliran aku. Aku sempat cakap, sebenarnya aku expect benda lain tapi tak ada pilihan selain menyanyi. Begini lah lebih kurang perbualan aku ngan Panel lepas tu...kikiki

Aku: Saya sebenarnya memang boleh menari, boleh nyanyi. Kalau dah keje renjer tapi tak reti karaoke, memang tak sah lah, Encik.

Panel gelak pastu tanya aku nak nyanyi lagu apa.

Aku: Encik, saya ingat saya nak nyanyi lagu yang tengah in sekarang la, boleh tak Encik?

Panel: Ha, boleh boleh! Apa lagu tu?

Aku: Saya nak nyanyi lagu Hang Pi Mana.

Aku pun nyanyi la.... Sambil nyanyi aku angkat tangan kanan macam Karam Singh Walia. Lirik lagu yang aku dok nyanyi hanyalah 'Hang pi mana pi mana pi mana pi mana pi mana pim mana pi manaaaaa...' sambil tangan aku tak reti-reti nak stop terawang-awang. Baris kedua selepas lirik tu, dan part chorus aku tak nyanyi langsung, gabra katak.

Lepas tu aku kata: Tu je , Encik.

Ya Allah, kitaorang gelak ramai-ramai masa tu. Panel-panel tu sampai tutup-tutup muka sebab gelak. Aku rasa masa ni mesti orang kat luar boleh dengar kami gelak macam tengah tengok Maharaja Lawak Mega. Gila tak lawak, aku menyanyi dah ke laut cina selatan kot! :D

Ada beberapa soalan lagi selepas tu. Kemudian Panel kata beginilah interview nak ke Korea. Kita fun fun, ketawa ketawa. Tak serius pun katanya. Memang betul kata Panel JPA black black sweet hensem tu. Aku rasa kami memang banyak sangat gelak. Memang gugup aku hilang melayang. Macam tengah sembang dengan kawan-kawan je rasanya. Plus, kawan sekumpulan yang aku memang respek sangat-sangat. Kerjasama terbaik dorang ni bagi. Takdenya nak pulun jawab soalan tu sorang-sorang.

Akhir kata, Panel ucap terima kasih. Ada rezeki, dapatlah korang ke Korea katanya, sambil dia senyum-senyum. Senyummmm je Encik JPA ni, dah le hensem, senyuman dia pun memang aduh duh duh.

Aku sempat bergurau lepas tu. Aku kata, kami pun terima kasih sangat sebab sudi interview kami, sudi bagi peluang untuk datang ambil pengalaman. Dan kalau boleh, kami tiga-tiga nak dapat peluang dapat pegi ke Korea tu. Kami bertiga satu group pakat iye iye angguk kepala dan senyum-senyum. Panel senyum lebar dan kata InsyaAllah....!!

Selepas ucap salam dan terima kasih, kami pun keluar. Kami bertiga bersalam-salaman dan masing-masing mengucapkan good luck sesama sendiri.

Oh ye, soalan-soalan yang aku dah aim contohnya:
- apa perbezaan ketara Korea - Malaysia?
- apa masakan Malaysia nak bawa ke Korea?
- apa sikap orang Korea?
- apa budaya orang Korea?
- teknologi yang ada di Korea?

dan banyak lagi soalan berbentuk fakta, memang tak ditanya langsung. Aku tak sure Panel di bilik-bilik yang lain dorang soal macam mana. Sebab peserta kat bilik-bilik lain, lepas habis interview je, kebanyakannya menonong keluar cepat-cepat. Mungkin sebab dorang rasa insecure kot duduk situ lama-lama, takut peserta yang masih belum masuk tu tanya soalan macam-macam.

Aku pun like, hurm... Jangan lah kedekut informasi sis & bhaii. Sharing is caring. Aku keluar je dari bilik Panel, aku cerita kat kawan-kawan apa yang disoal. Bagi aku, ini memang satu persaingan. Tapi tak salah berkongsi maklumat, apatah lagi sebelum dipanggil masuk bilik tu, kami ramai-ramai sembang pasal GTP, NKRA, kadar jenayah, isu semasa kakitangan awam. dan sebagainya. 

Secara peribadi, aku puas hati dengan sesi temuduga aku. Namun aku tak lah berharap sangat, aku sudah berusaha sebaiknya. Ada rezeki, dapat lah aku ke Korea dengan gembiranya. Takde rezeki, aku anggap ini salah satu pengalaman berharga dalam hidup dan aku gembira berkongsi semua ni di dalam blog Renjer Jutawan.

Apa-apa pun, awak awak awak yang tengah cari info pasal ni, yang penting yakin diri, happy happy, jangan sombong dan jangan jadi lone ranger ntah apa apa. Ringankan mulut berkenalan bersembang ngan peserta lain. Tak rugi berkawan. 

InsyaAllah, aku akan update status terkini aku sama ada berjaya atau tidak ke Korea tu.
You all, stay tune ok :)

Muah ciked! :p


Wassalam,

Renjer Jutawan.
~ post ini habis ditulis tepat jam 1.02 petang :)


UPDATE STATUS TEMUDUGA:
Aku tak berjaya. Tapi tak apa, aku cuba lagi tahun depan, 2017.

UPDATE CERITA INTERVIEW KE KOREA TAHUN 2017 ADA KAT SINI 💖💖💖

Monday, July 25, 2016

NEXT PROJECT FROM CANTIK STORAGE

Assalamualaikum wbt & Hi, everyone.

Today I'm trying my best to write in English. So today the content will be short, clean and clear, kikiki.

As the world know, right now our latest collections are Zoey & Mika Long Top. And the response just so..so.. I'm try to think that maybe it's because of lack of advertising from my side, (I admit it).

Last month, my husband and I went to Kuala Lumpur and meet this one guy named Haji Ishak. He is one of biggest supplier in textiles especially in shawls and clothing purpose. Nice soft spoken guy, and ready ti give help and advice anytime to anyone. And when I reach home, I know that I have to start over my shawls business!

That's all today. As I said earlier this time my post will be short, hahaha.

Meet you again, InsyaAllah.


Farhanna Semi Instant Shawl ~ one of best seller In Cantik Storage. Hundred pieces sold in it's First Batch.


Wassalam,
Renjer Jutawan

Monday, July 18, 2016

Produk Apa Paling Laku?

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya 2016, Maaf Zahir & Batin buat pembaca-pembaca Renjer Jutawan :)

Ini post pertama selepas Raya dan Ramadhan.
Kali ni saya nak tulis pasal produk apa paling laku di Cantik Storage.
Setakat ni Cantik Storage dah jual/produce skirt, long cardigan, dress, tudung ala Fa***da, shawl, tudung/shawl labuh, basic jubah dan yang terbaru long top aka tunic.

Dalam banyak-banyak produk, long top ni paling susah nak jual.
Saya confident long top yang Cantik Storage hasilkan menepati kehendak pasaran. Cantik Storage dah produce sejak Nov/Disember 2015. Sehingga hari ini, Julai 2016, stok ni masih bertapa dalam almari, hahaha.

Kenapa jadi macam ni? Ok, biar saya ceritakan kenapa.
Pertama: kebetulan semakin banyak kerja pejabat yang bertambah di bahu nan dua ini. Dan saya sentiasa beringat, jangan combine urusan bisnes dalam waktu kerja, supaya gaji yang saya dapat ada keberkatan di dalamnya, amin amin amin. Tapi kadang-kadang terbabas jugak, dik. Urusan pos dan reply whatsaap customer paling banyak.

Kedua: Oleh kerana kekangan masa, amat sedikit aktiviti marketing yang saya jalankan untuk produk ni. Boost post amat jarang saya buat, apatah lagi marketing untuk tambah Like di page FB Cantik Storage.

Ketiga: Takde masa nak post something kat FB Page dan Instagram Cantik Storage. Kekangan masa, masa dan masa. Kuota untuk Latergram pun dah habis.

Huhuhu, banyaknya alasan untuk orang yang malas kan? Saya lah tu, kikikiki. Mohon jangan kecam. Laptop saya dah berbulan kiok. Nak repair kena tambah around RM600 macam tu untuk tukar part yang rosak dan sebagainya.

Gajet yang ada sekarang cuma handphone dan komputer di pejabat. Apalah gambar yang saya boleh edit guna handphone ni dik... Selama ni guna Adobe Photoshop dalam laptop. Laptop dah kong, saya install satu app ni (apa nama ntah...tak ingat) kat handphone. Last-last handphone hang dan saya terpaksa delete app tu.

Nak edit-edit bahan iklan dalam komputer pejabat, rasa bersalah sangat-sangat sebab guna masa kerja. Adoiiii.

Oleh itu, saya renung balik database. Kenapa long top ni tak habis jual lagi. Based on database, baru lah saya tahu, kebanyakan produk yang laku keras di Cantik Storage ialah shawl dan tudung.

Saya nekad, habis je stok long top ni, duit jualan tu saya akan fokus tudung dan shawl sahaja. Saya akan pelbagaikan pilihan warna dan saiz bermula dari saiz L. Hasil kajian berbulan-bulan, saya dapati pelanggan Cantik Storage lebih prefer untuk beli tudung berbanding baju atau jubah.

Tahun lepas masa raya 2015, memang Cantik Storage produce jubah. Syukur alhamdulillah, jubah tu habis jual, sebab kebetulan jubah masih in trend dan saya pun bubuh dalam Zalora juga. Alhamdulillah, masa tu walapun untung tak nampak sangat sebab dah tolak komisyen yang Zalora ambil, saya masih bersyukur sebab stok tak terperam lama-lama dalam almari macam yang long top saya hadapi sekarang ni.

Ya Allah, saya bermohon kepada-Mu, habiskanlah stok long top dalam almari tu secepat yang mungkin. Buka lah pintu hati orang-orang di dunia ni untuk membeli di Cantik Storage. Semoga perancangan si amoi ni untuk fokus kepada tudung dan shawl selepas ini dimudahkan oleh Mu Ya Allah. Amin amin amin... Alhamdulillah, ramai yang membaca doa ini. Mudah-mudahan makbul doa kalian, hehehe :)

Fokus utama di sini, kalau nak tahu produk apa paling laku yang kau dah jual, semak balik database. Kira one by one. Berapa dah customer korang yang beli tudung. Saiz apa? Berapa pulak customer yang beli baju? Berapa lama boleh sold out? Produk apa yang terperap dalam almari lebih dari 3 minggu? Database ini memang penting giler wa cakap lu. Ada peniaga yang tak reti buat database. Saya bersyukur dapat masuk Zalora, sebab dari Seller Centre tu, saya boleh tarik database customer, dan saya boeh tahu apa isi kandungan database yang berkualiti. Guna excel je pun rupanya... Basic yang perlu ada, nama, alamat, nombor telefon, produk yang dibeli, kaedah pembayaran dan berapa kali dia membeli dari kau.

Jangan terkejut, ada peniaga yang sanggup beli tapak asas untuk database ni. Even perkara ni senang dan basic, percayalah, saya pun baru setahun ni kumpul database pelanggan based on contoh yang saya dapat di Zalora. Bayangkan dik, saya mula berniaga sejak 2010. Dan saya mesti rajin untuk taip balik one by one data customer tu. MESTI RAJIN wa cakap lu. Sebab apa, lebih mudah dan murah kos menjual pada pelanggan lama berbanding kau keluarkan kos marketing untuk mencari pelanggan baru.,

Kalau info kali ni bermanfaat, jemput share link blog ni dalam FB atau blog masing-masing.
Saya izinkan siap-siap.

Kalau niat nak blame Cantik Storage, mohon jangan lah dik ooiii. Huhuhu

Jumpa lagi di lain post, InsyaAllah.

Wassalam,
Renjer Jutawan

Thursday, June 9, 2016

Cover Design FB Ads Dari Tacap Design

Assalamualaikum wbt & Hai :)

Hari tu dah janji kan, nak share hasil cover design dari Tacap Design. Saya request satu design yang ala-ala islamik tapi urban. Ha kau, macam mana designer tu nak interpret apa kehendak aku ni kan, hahaha :)

Mula-mula dia ada bagi satu design, then aku tak puas hati. Sebab bagi aku, design yang dia buat tu aku boleh buat sendiri. Then aku minta dia tukar bakcground dan jenis font untuk tulisan. Bercinta jugaklah dorang ni nak ikut kehendak aku. Sampai dia bagi 4 designs terus, suh aku decide. Masa tengok keempat-empat designs tu, aku rasa masih tak puas hati, terutamanya dari segi background dan pemilihan gambar.

Aku minta dia letak background yang ada ciri-ciri islamik. Dalam bayangan aku, ada ciri-ciri kubah masjid lah kan. Tapi malangnya aku tak suarakan bayangan tu, so dorang buat ikut kreativiti dorang. Kemudian, aku diminta pilih design mana yang aku suka, tapi aku memilih untuk berdiam diri. Hurm...agak lama juga aku diam tak reply whatsap designer ni. Sampai lah dia approach aku balik dan tanya decision aku. Aku berterus-terang aku masih tak suka design tu. Dorang kata tak apa, kalau masih tak suka, boleh bagitahu apa yang kurang dan dorang akan repair. Tapi aku pilih untuk diamkan diri. Hahahaha! Kejam wei aku.. Aku biar designer tu terpinga-pinga, hahaha. Sorry ye awak. Lagi pun saya memang tengah banyak kerja kat ofis semenjak dua menjak ni. Fail kes menimbum, senarai periksa premis pun banyak beratur, belum bab lesen Murai Batu lagi.

Sampai lah satu hari, aku bagi keputusan, aku suka dengan design nombor 1A. Aku tak minta dia edit apa-apa dah. Aku hentam je, hehehe. Bagi aku, memang aku bayar service dorang untuk design cover fb ads ni, tapi aku tak perlu lah kekwat dan demand gila. Salah aku sendiri sebab tak suarakan betul-betul apa yang aku mahu.

Untuk makluman, pakej yang aku ambil ni mengandungi 3 designs (3 keping gambar lah senang cakap). 1 gambar adalah based on yang request, lagi 2 gambar terpulang kat designer nak design macam mana. Aku yang pada mulanya just so so dengan hasil rekaan dorang, akhirnya gembira sebab aku dah ada bayangan sendiri untuk next cover design yang aku boleh buat sendiri, hehehe :)

Ni ha designs tersebut ye. Jemput cuci mata. Kepada En. Fuad dari Tacap Design terima kasih banyak-banyak sudi layan saya yang busy memanjang ni. Servis korang memang cun. Dan sesiapa kat sini buat service design-design poster atau cover ni, drop your details dekat comment ye. Nanti kita chit chat chit chat.

Layanzzz

Ha, ni design yang aku request tu. Ada ciri-ciri islamik la jugak, based on bakcground dia yang bercorak abstrak.

Yang ni design yang designer tu buat sendiri. Not bad kan?

Ha yang ni pula, dari designer tu juga. Yang ni aku guna untuk jadi profile pic kat FB dan Instagram Cantik Storage.


Sekian dan wassalam,

Renjer Jutawan
www.cantikstorage.my


Monday, May 16, 2016

Pengalaman Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, wahai rakyat sekalian :) hehe



Kali ni, aku nak cerita tentang pengalaman ke Pesta Buku Antarabangsa 2016 (PBAKL 2016). Pesta buku kali ni pecah tradisi, sebab dijalankan di MAEPS, Serdang. Kebiasaannya, PBAKL dilangsungkan kat PWTC, Kuala Lumpur. Tahun 2016 ni beralih lokasi lah pulak... Best tak best lokasi baru ni, awaa pikir lah sendiri lepas membaca pengalaman aku ni ye.

Ok, aku pergi last day Pesta Buku iaitu 9 Mei 2016, Isnin. Dengan harapan orang tak ramai kat hujung-hujung event nih. Namun , harapan tinggal hope. Hahaha :) Pagi tu aku sempat masuk ofis, siapkan permohonan pelupusan barang kes dan isi borang cuti, hehehe (baru nak isi..) Gedebuk gedebak, aku sampai kat komuter Shah Alam dalam jam 10 am gitu, siput tak siput aku hari tu?

Seribu langkah ke PBAKL 2016. Kasut jogging baru beli kat Jualan Gudang Bata. First time pakai, selesa!


Sampai KL Sentral, aku ambil keputusan sarapan dulu. Sarapan roti canai dan teh ais mamak je. Lepas sarapan dan sembang-sembang dengan pakcik sebelah. Tak salah jadi peramah, jangan gedik sudah, ehhh... 

Flatlay tak berapa nak jadik :)


Lepas melantak roti canai liat dan teh ais cukup susu, aku bergerak ke kaunter untuk beli tiket KTM ke Serdang. Setakat ni alhamdulillah, urusan dimudahkan Allah. Sampai je ke platfrom kat bawah tanah tu, aku teringat! Adoiii...aku nak borong buku, tapi aku cuma bawa beg galas je. Aku berperang dengan perasaan sendiri (poyo!) sama ada nak naik balik beli beg beroda tu atau tidak. Memikirkan aku akan kepenatan membawa buku-buku yang berat tu, aku nekad naik atas balik untuk beli beg beroda. Aku pun naik ke tingkat atas satu lagi, jenguk booth booth yang ada. Sebab masa aku naik ETS ke Ipoh hari tu, aku memang ada nampak booth yang jual beg macam tu. Akhirnya, aku pun jumpa.... Tapi, harga macam tak berbaloi. Beg troli tu, dia buka harga RM90.00. Lepas tawar menawar, dia bagi RM55.00. Tapi aku tanya, ada lagi tak yang lebih murah, dia tunjuk satu beg, ala-ala macam beg bowling gitu, aku langsung tak berkenan, huhuhu...

Lepas tu, aku kata aku fikir dulu, ucap terima kasih dan blah. Aku naik turun naik escalator KL Sentral tu dua tiga kali. Lepas tu aku ambil keputusan beli tiket LRT ke Masjid Jamek, pegi Mydin dan beli beg. Syukur, beg dengan saiz yang aku nak ada di sana dan harganya cuma RM29.90. Fuhhhh...lega dapat beg yang diidamkan dan aku sempat cuci mata tengok mamat hensem, sabar lah korang dengan statement aku!

Aku tengok jam, dah hampir jam 12.00 tengahari, huhuhu.. Aku bergegas balik ke KL Sentral, dan akhirnya sampai ke stesyen Serdang jam 1.10 petang. Keluar je dari stesyen Serdang, aku mencari-cari bas yang diwar-warkan untuk membawa pengunjung yang nak ke PBAKL 2016 kat MAEPS. Aku tak jumpa, wei..! Cuaca amatlah panas terik, shawl yang aku pakai dan lencun di bahagian belakang baju dan muka. Berpeluh sakan aku masa tu. Terkejar-kejar sejak usaha mencari beg sampailah usaha mencari bas ke MAEPS. Dalam berpikir-pikir mana peginya bas tu, aku tergerak menengok ke arah seberang jalan. Dari jauh, aku lihat ada tiga buah bas ekspress parking di bus stop jalan seberang. Aku ni rabun. Serious rabun.. Sebab kerabunan aku ni lah, aku tak berani join apa jua operasi menembak yang jabatan buat. Kang tertembak benda lain, naya aku masuk penjara. Eh..cerita tersimpang lah pulak.

Alhamdulillah, Allah gerakkan hati aku untuk melihat ke seberang, dan aku nampak bas. Aku nekad, naik jejantas untuk ke seberang. Dari kejauhan aku memang tak nampak arah tuju bas tu nak ke mana, tapi makin aku dekat ke bas tu, aku nampak dengan jelas ada sticker PBAKL 2016 pada badan bas. Alhamdulillah, ucapku penuh syukur. Aku tengok bas tu macam nak gerak dah. Aku sempat naik dan aku kata, 
"Assalamualaikum, Encik. Saya nak ke pesta buku. Nak bayar berapa ye?"
Aku tahu tiada bayaran dikenakan, atas makluman penganjur (PBAKL) tapi aku ada baca dalam post FB orang yang dah pegi, pacik bas kenakan bayaran tiket. Biarlah dia nak cas, aku tak kisah.

"Waalaikumsalam. Bas ni tak pegi pesta buku, dik. Bas ni nak ke Putrajaya"

Erkk...aku dah gubra sedikit. Then aku tanya macam mana nak naik bas ke pesta buku.
Katanya, tengok signborad kat depan bas. Lepas ucapkan terima kasih, aku pun turun balik.
Lepas tu, aku tengok bas yang kedua. Aku tengok ada signboard PBAKL 2016 kat depan bas. Aku pun bergegas ke arah bas tu. Hampir je dengan bas tu, ada sorang mamat comel (hensem jugak le) yang laung "Pesta Buku.. Pesta Buku..!" kat aku. Then dia kata, "Nak ke pesta buku ke dik?" Aku angguk, bagi senyuman manis madu kat mamat tu. Hah, terkedu ko dik, kah kah kah!

Aku naik, tanya berapa tambang. Pakcik bas kata singgit. Aku bagi, dan cari seat kosong dan duduk. ALHAMDULILLAH...!

Sepanjang perjalanan, aku dapati agak jauh jugak PBAKL 2016 kali ni. Aku merasakan kalau hati tak kental macam aku ni, tak payah berangan nak lone ranger nak ke PBAKL. Ceh, ayat riakkk.. :p 
Sepanjang aku dari Shah Alam - KL Sentral - Masjid Jamek - KL Sentral - Serdang - MAEPS ni, aku sentiasa update kat Big Boss. Dia macam biasa, kalau tak sinis, tak sah..kah kah kah :) Konon tak suka pegi pesta buk bagai, tapi sampai je aku kat rumah, dia orang pertama rembat buku yang aku baru beli. Baca sambil sengih sorang-sorang... Ek eleh.

Sampai je kat MAEPS, kami diturunkan berhampiran dengan dewan D. Kat bawah dewan ni, ada food court. Aku singgah kejap, beli air mineral sejuk harga RM1.50. Aku minum dengan rakusnya...hahaha. Aku perasan, ada yang tengok aku sambil tersengih-sengih. Aku tak tahu la, dorang gelak tengok aku minum atau dorang tengok beg roda yang aku bawak. Aku perhati sekeliling...eh, aku sorang je ke bawak beg macam ni. Macam biasa, aku tak peduli. Lepas minum, aku bergegas naik. Sampai je tingkat atas, aku disambut dengan booth BSN. Aku ignore, sebab aku nak cari buku. Aku jalan terus, dan aku lihat ada khemah besar sepanjang jalan tu. Cuaca yang panas tidak terasa. Orang agak ramai tapi suasananya masih aku anggap selesa. Masa ni aku tak ambil gambar. Aku malas, haha. Sepanjang laluan khemah besar tu, ada artis-artis yang buat lukisan karikatur. Aku betul-betul nak singgah, minta dorang lukis muka aku. Tapi serious aku segan. Kalau ada geng sekepala, boleh singgah.

Antara reruai yang ada di PBAKL 2016

Di hujung jalan, aku berjumpa dengan dewan A. Sebelum tu, ada dewan B dan C. Aku ignore dulu, sebab nak ke dewan A. Sampai je dewan A, aku perhati sekeliling. Aku jalan sampai ke hujung dan jumpa reruai Kaki Novel. Aku teringat Noridah ada kirim novel Dia Semanis Honey. Sampai je aku blank.. Eh, apesal rak buku Kaki Novel ni banyak yang kosong? Mana pegi buku semua? Aku blank di situ sampailah ada suara macho menegur? Ehh..

"Cari ape? Nak saya tolong?"
Aku menoleh ke belakang... Ada dua tiga orang staf yang aku fikir staf Kaki Novel. Sorang tu tengah makan nasi bungkus. Yang dua lagi duduk-duduk. Berehat rasanya. Iyalah..dah tengahari pun, lunch time.
Aku pun tanya "Kenapa banyak rak kosong? Mana pegi buku semua?"
Korang boleh agak tak, soalan cepu cemas aku tu. Terkebil-kebil mamat tiga orang tu. Sambil senyum, yang sorang tu kata "Buku banyak dah habis semalam. Hari ni last day, kita tak tambah stok buku dah.."

Nampak tak rak-rak yang kosong tu? Begitu jugak lah hati akak, dik. Kosong dan tandus macam di Gurun Sahara. Ehh..

Aku mengeluh kecil dan menoleh ke arah bunting (ko baca bunting/banner. Bukan bunting pregnant tu dik..) Dia Semanis Honey yang tergantung tepi rak.
 "Buku ni ada lagi?" tanyaku
"Buku-buku yang masuk tv awal-awal lagi dah habis..." sahutnya.
Aku berhuhu di dalam hati. Kesian ko Noridah, buku ko takde.
"Banyak ke buku nak beli?" tanya sorang lagi.
"Banyak lah jugak nak borong, tapi sedey sebab rak dah nak kosong..Nape korang tak tambah..?" eh, apesal aku ni. Kemon Moiiii..jangan gedik wei.. kah!
Lepas sembang-sembang aku pun blah. Misi seterusnya, mencari reruai Dubook: LIAR & ANGKUH!

Banyak reruai yang aku nampak dan singgah. Aku yakin, walaupun aku tak beli, sekurang-kurangnya jika penulisnya ada di situ, aku rasa mesti dia gembira sekurang-kurangnya ada orang berhenti dan capai buku dia, even hanya baca sinopsis kat belakang buku dan belek-belek isi buku. Aku pun kalau ada rezeki buat buku sendiri, mungkin aku pun berperasaan yang sama. 

Tagline berkesan. Liar & Angkuh.

Akhirnya aku sampai ke reruai Dubook. Seperti yang dijangka, ramai orang kat reruai ni. Aku buat tak peduli, dan cari buku-buku yang aku dah target. Antaranya The Amran Fans, Aku Bukan Ustak Yutiub dan lain-lain lagi. Tapi buku The Amran Fans tiada kat rak. Aku tak puas hati.. Aku tau buku ni dah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Tapi atas rasa ingin tahu, aku mencari juga buku ni. Aku lihat ada dua tiga orang staf Dubook yang duduk kat meja tepi. Aku berjalan ke sana dan tunjuk skrin telefon aku. Aku suruh dia baca. Lepas tu dia kata
"Buku ni dah diharamkan lah kak.."
Aku bengang.. Lepas tu aku buat suara garang sambil cekak pinggang tak berapa nak kerengga ni "Habis tu buku ni takde langsung lah??"
Mungkin dia terkezut dengan kegaranganku..dan dia bisik "Ada kak, ada.. Akak beli kat kaunter".
Lepas sembang dua tiga patah, aku pun ke kaunter. Sambil tu, aku sempat capai buku lain. Masa nak bayar tu, aku bagitahu aku nak buku TAF. Dia bagi, aku bayar, isi borang cabutan bertuah dan aku blah dengan penuh gembira. Horey horey, hip hip horey..! Oh ya, kat Dubook masa ni, ada promosi. 3 buah buku, harga cuma RM50.00 sahaja. Sempat jugak mata aku melilau, dan aku ternampak buku Hafiz Hamidun perasan hensem tu. Buku selfie, syok sendiri (orang yang kata..aku tak kata taw). Ada juga komen kat fesbuk yang kata dalam banyak-banyak gambar, ada satu gambar tu nampak bulu hidung si Hafiz Hamidun ni. Aku tak dan laaaaa nak belek-belek buku tu nak tengok gambar bulu hidung dia. mau aku tak lalu makan sebulan, hu hu... Sorry Hafiz, bukan aku tak nak beli buku kau, tapi aku tak berapa minat la.. Sorry ek. Kita masih kawan, kan? Ehh.. :p

Bukan setakat buku selfie, katanya :)


Aku berjalan-jalan lagi, dan aku jumpa reruai Idea Kreatif. Kat sini banyak gila buku aku nak beli. Senarainya memang aku dah save dalam handphone aku siap-siap. Sampai je kat situ, orang tak ramai, tapi rak banyak yang dah nak kosong. Aku start cuak... Adakah insiden di Kaki Novel akan berulang kembali...huhu..
Aku tegur sorang staf, dan tanya novel-novel ni ada tak, sambil tunjuk skrin telefon. Dia dan staf yang lain pantas membantu aku dapatkan novel-novel yang ada dalam list tu. Tak sampai 1 minit, tadaaaaaa, buku idaman dah ada depan mata. Hehehe, happy happy happy! Aku bayar, masuk buku dalam beg roda, ucap terima kasih banyak dan jalan lagi mencari reruai In-Team. Staf kat Idea Kreatif sempat berguran, katanya :Besar bebenau beg akak ni. Nak beli boleh lagi, banyak lagi tak beli tu" 
Keh keh keh je aku :D

Masuk dalam dewan C, aku mencari reruai In Team. Berpusing mencari, aku dah mula rasa nak pening. Adoiii..ramai orang kat dalam dewan ni. Maybe sebab ada reruai Ana Muslim dan PTS kot. 

Diskaun kaw kaw kat reruai PTS

Antara yang best seller katanya

Aku terus berjalan dan terjumpa reruai Telaga Biru. Aku plan nak singgah, tapi tapi tapi...Masya Allah, ramainya abang sado lagi hensem kat Telaga Biru nih. Macam mana aku nak singgah belek buku, wu wu wuu.. Tak khusyuk aku wei.. Nak ambil gambar reruai pun dah segan, apatah lagi bersembang dan bertentang mata, kahh..! Aku berusaha menahan pandangan. Aku ni bukan boleh percaya sangat, keramahanku boleh mengundang skandal. Korang je yang tak tahu, hahaha. My Big Boss, don't worry ye, i love you olwez :D

Akhirnya selepas bersusah-payah mengharungi bermacam-macam jenis orang dan tak lupa reruai Grolier yang approach aku macam monster...aku jumpa jugak reruai In Team akhirnya. 

Antara buku yang ada di reruai In Team. Salah satu buku idaman ada dalam gambar ni :)

Di sini, aku sempat sambar tiga buah buku. Memang aku ke sini untuk buku-buku ni. Buku lain jangan sedih please... InsyaAllah ada rezeki, buku lain pun aku akan beli ye. Di sini, aku sempat bersembang dengan staf. Memang peramah semuanya, tapi tak sempat bergambar dan tanya nama. Sembang gitu-gitu je. Manis mulut orang kata. Masa ni ada tiga staf yang entertain aku. Korang jangan salah faham pulak dengan perkataan entertain tu. Kalau korang baca sambil sengih, sah le korang kaki clubbing. ha..

Buku dari reruai In Team.

Aku tak berlama-lama di PBAKL 2016 ni. Lepas dapat je semua buku idaman, aku terus turun ke food court. Aku tak dan nak cari food truck bagai, malas la... Aku bukan kaki makan style style macam ni, harga ok, sedap, perut kenyang sudah la.. Sampai je food court, aku singgah makan dan jumpa Sup Adudu. Hahahaha, nama sup tak boleh blah. Lepas tu beli air tembikai, harga boleh tahan, RM4.00. Hurmm...korang nilailah sendiri, berbaloi tak air tembikai tu dengan portion yang aku dapat (based on kuantiti ais dalam bekas tu).

Sup Adudu

Air Tembikai 4 hengget. Ko tengok ais dia banyak mana.. Air aku dah minum habis dah. Haus weii..penat tengok abang sado ramai sangat kat reruai Telaga Biru :)

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat aku nak ke PBAKL 2016 ni. Even aku lone ranger, naik turun komuter dan bas, akhirnya sampai jugak aku ke MAEPS ni, dan selamat sampai ke rumah. Big Boss tak nak pergi, it's okay for me. Last but not least, ni lah dia hasil rembatan aku. Setakat ni, masih ada yang aku belum habis baca. Baca perlahan-lahan tak apa, yang penting isinya sampai ke otak dan juga hati. Baca lah apa jua bahan bacaan, sebab bagi aku membaca tidak sesekali akan menjadikan kau lebih bodoh. Paling sikit, aku pasti akan ada satu point atau isi ilmu tu yang akan melekat kat minda dan hati kau. Percaya lah dik, akak dah rasa.

Perjalanan mencari ilmu sama ada susah atau mudah adalah rezeki masing-masing. Ya memang diakui lokasi PBAKL 2016 kali ni memang jauh. Dan banyak komentar negatif yang aku baca di Facebook mengenai lokasi baru ini. Aku tak menaruh harapan tinggi. Sebab aku berpendapat, pertama kali penganjuran program besar seperti ini di lokasi baru sudah tentu ada kepincangan di mana-mana.

Bagi yang datang dari jauh, tentu merasa perit. Tapi sabarlah dik, kakak, abang. Ini kali pertama PBAKL di MAEPS, kita bagi chance ye. Bagi cadangan penambah-baikan. Kalau next time masih ulang pincang yang sama, kita hambat penganjur, hehe :)

Cabaran yang aku hadapi mungkin sedikit, jika dibandingkan dengan mereka yang membawa anak atau rombongan besar. Jadikan lah ini satu panduan kepada diri masing-masing. Aku akui, ruang di MAEPS ini lebih selesa jika dibanding dengan ruang laluan di PWTC. Dan akses ke MAEPS juga renyah sedikit bagi yang tidak berkereta. Membaca luahan mereka yang menunggu bas ketika hujan lebat meninggalkan rasa sedih pada aku yang membaca. Mohon kepada penganjur fikirkan penyelesaian masalah ini. Ramai yang mengeluh kerana terdengar berita yang PBAKL akan dianjurkan selama lima tahun di lokasi baru ini. Ramai yang membantah (termasuk aku, hehe). Apa pun, kepada pihak penganjur fikirkan situasi menang-menang antara pengunjung-penerbit/pengkarya-penganjur. Bagi aku yang penting adalah pengunjung. Kalau pengunjung sikit, maka kuasa beli di PBAKL juga akan menurun. 

Budaya membaca di Malaysia masih belum menyamai budaya membaca di negara maju lain seperti Jepun dan Korea Selatan. Semoga dengan adanya program buku seperti ini, rakyat Malaysia lebih suka membaca, menjadi insan yang lebih berperibadi tinggi, berilmu dan berwawasan.

Seperti yang aku katakan tadi, bacalah apa jua bahan bacaan, yang penting kau membaca dik. Kalau selama ni kau selalu baca bahan bacaan berunsur blue, ko beralih la pada bacaan indie. Buat perubahan la derr.. Dah boring baca indie, kau bacalah cerita kanak-kanak. Jangan ambil serius sangat, jangan penting kau dapat isinya walau sedikit. Lepas kau dah boring baca semua tu, kau rasa nak baca novel cinta-cinta anak raja dan CEO kau bacalah novel pulak. Berlambak novel macam ni. Aku pun layan jugak. Ada je pengajaran yang aku dapat even ramai yang hentam novel cinta orang kaya orang miskin ni cliche. Anyway, ada aku kisah.. Lepas dah boring baca novel cinta, mungkin kau boleh beralih kepada yang sedikit serius. Ada je bahan bacaan yang macam ni. Antara penerbit aku sebut di sini (maaf pada yang aku tak sebut) PTS, In Team, Dubook Press, Fixi, Telaga Biru, Ana Muslim, Hijrah Indie, Kaki Novel, Idea Kreatif dan baaaanyak lagi wei. 

Hasil rembatan di PBAKL kali ni aku snap gambar ye. Ni mesti ada lah yang dok hentam aku, awat banyak novel cintun je. Mana bahan bacaan yang kononnya serius tu?
Bhaiii...buku yang kau nampak ni sikit jee. Buku lain saja aku tak ambil gambar.



Sekian, wassalam.

Renjer Jutawan







Thursday, April 28, 2016

Cover Design FB Ads Yang Bagus

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Namaste.

Apa khabar pembaca Renjer Jutawan sekalian? Semoga sentiasa sihat hendaknya. 
Di permulaan antry ini, saya suka mendoakan pembaca sekalian dengan doa yang baik-baik. Sebab, pembaca suka dan akan singgah Renjer Jutawan berkali-kali, heh :D :D :D

Hari ni nak cerita pasal cover design untuk pengiklanan, yang mana gambar-gambar ini berpotensi menjentik emosi audien untuk singgah melihat iklan yang Cantik Storage jalankan. Okay, gambar di bawah ni antara gambar-gambar yang pernah saya gunakan ketika promosikan Cantik Storage. Semua ni buat sendiri, menggunakan Adobe Photoshop. Belajar sendiri, google sana sini, refer kat you tube, dan kadang-kala tebalkan muka tanya kat sesiapa yang terror, (tapi tak semua yang ditanya sudi berkongsi ilmu, peliknyaaa, huhuu..). 





Ini lah di antara hasil cover design yang saya buat sendiri. Nampak sangat amaturnya kan? Hahaha :D
Setiap gambar ni memang ambil masa untuk siapkannya. Dengan hanya menggunakan basic tools yang ada di PS3  dan PS6, saya hanya godek-godek mana yang saya tahu.

Tapi sekarang, saya dah penat buat cover design.... Kerja full time sebagai renjer lagi, mana sempat curi masa nak buat cover ni semua. Kalau buat juga, maksudnya saya dah curi masa kerja saya dengan buat perkara sampingan, dan saya selalu fikir tentang keberkatan gaji yang hilang...gulppp!

Akhirnya semalam, saya buat satu lagi keputusan besar. Move on dari zon selesa. Labur sedikit duit bisnes untuk perkara baru ni. Semalam, saya dah buat payment kepada Tacap Design, untuk reka satu cover design utk Mika dan Zoey dari Cantik Storage. Harga yang mereka charge ialah RM230.00. Pakej ni dikenali sebagai Lite Pakej. Saya akan dapat satu servis design fb ads, satu fb cover + pic profile, dan satu e-book marketing. Macam best kan? Macam mahal kan, untuk saya yang first time upah designer untuk benda alah ni. Ini lah namanya pelaburan. Bila lagi saya nak merasa upah orang untuk buat kerja Cantik Storage. Msa ni memang duit caukup-cukup makan, tapi saya kena berani.

Pagi ni saya baru hantar material untuk Tacap Design create cover design ni. Dorang kata ambil masa 3 hari untuk siapkan. Tak apa lah, saya boleh tunggu. Semoga hasilnya menakjubkan mata saya dan bakal audien yang memandang. Kebetulan pula, iklan FB Ads yang Encik S handle hari tu rejected by Mark Zuki, so alhamdulillah saya ada tambahan masa untuk fikir penambah baikan untuk iklan yang akan running nanti.

So setakat ni, untuk marketing Mika dan Zoey, saya dah laburkan:
RM 100.00 duit akaun bisnes - iklan yang saya run sendiri
RM 178.00 - berupa dua helai Zoey yang dijadikan hadiah kepada pemenang kuiz
RM 350.00 - iklan yg Encik S run
RM 230.00 - payment kepada Tacap Design

So, total RM 858.00 untuk start marketkan Mika dan Zoey...
MasyaAllah....banyaknya..huhuhu. 
Susahnya nak jual Mika dan Zoey kan? Hahaha, takde lah susah mana, yang penting kena rajin buat marketing dan branding. 
Ya Allah, majukanlah perniagaan Cantik Storage.
Berilah Si Sharinah ni, yakni taukeh Cantik Storage ni kekayaan yang melimpah ruah lagi BERKAT supaya Si Sharinah boleh bantu mak, suami, adik-beradiknya memperolehi kehidupan yang bebas kewangan. Nak pergi umrah tiap-tiap tahun. Nak bagi mak duit banyak-banyak. Nak bagi mak driver peribadi, sebab mak suka jalan jumpa family. Nak bagi pendidikan terbaik buat anak-anak. Nak bantu orang lain, nak bagi pancing bukan ikan, nak bagi peluang pekerjaan.

Amin amin amin Ya Allah.

Sekian dulu buat kali ini. Nanti Tacap Design dah siapkan cover design tu, saya cerita sambungannya ye.

Wassalam,
Renjer Jutawan.



Monday, April 18, 2016

APABILA KAWAN MINTA DISKAUN ATAU FREE


Hari ni nak tulis post yang agak sentap. Sebagai orang yang berniaga, pernahkah anda mendapat pertanyaan atau request dari kawan-kawan, sedara mara, dan sebagainya untuk dapat barang secara murah atau lebih dashyat lagi, nak FREE je??

Kalau saya, saya jawab SELALU! 
Huhuhu... Apabila berhadapan dengan orang dan situasi begini, saya hanya boleh menangis dalam hari. Nak ditolak, serba salah. Nak diturutkan je, balik modal belum tentu. 

Dulu masa mula-mula berniaga tahun 2010 tu, aku mula menjual di pejabat. Pada mulanya aku memang tak mahu menjual di pejabat, tapi aku berubah pikiran lepas membaca tip-tips keusahawanan di google. Tapi nampak gayanya tips ini hanya memakan diri aku sendiri. 90% pembeli (yang merupakan staf pejabat aku) membeli dengan harga minta diskaun. Senang cakap, harga diskaun dorang tu ialah harga modal aku membeli di jalan TAR! Stress aku masa ni. Tambah pulak aku tak pandai say NO masa tu. Dorang tekan aku sampai aku rasa serba salah nak up harga. Please la orang-orang yang macam ni, support bisnes kawan kena dengan cara yang betul. Jangan ambil kesempatan ke atas kawan atau saudara sendiri. Selepas tu, cukup sekali aku menjual kat ofis. Aku hanya fokus jual kat Mudah dan website je.

Sering kali aku tengok kawan-kawan atau ahli keluarga yang bisnes, kalau aku rasa tak nak beli, aku tak akan tanya-tanya konon-konon nak beli. Tak perlu aku bagi harapan. Tapi kalau betul aku nak beli, aku tanya, aku beli. Aku takkan minta diskaun langsung. Bukan nak mendabik dada sendiri, tapi ini lah salah satu bentuk sokongan terhadap kawan atau ahli keluarga yang bisnes. Aku tak ambil kesempatan nak diskaun bagai, sebab aku boleh agak berapa sangat untung dia.

Kalau nak diikutkan, harga jualan yang ditetapkan oleh orang yang mula nak berniaga ni, murah je. Sebab dorang ni tak pandai lagi kira hidden cost. Dorang ni hanya kira harga modal je. Contoh kiraan aku tunjuk ye. Harga ni ialah harga yang aku pun sendiri tetapkan masa awal-awal meniaga dulu.

Harga kos sehelai tudung: RM 12.00
Harga sekodi: RM 12 x 20 helai = RM 240.00
Harga runcit (aku jual sama harga dengan Jalan TAR): RM 20.00
Untung kasar: RM 8/helai.

Tapi, aku terlupa nak kira kos minyak kereta/kos parking/kos tiket ktm + kos upah aku penat jalan kaki pusing habis satu Jalan TAr semata-mata nak cari tudung the best in town.
Kalau kau tak rasa lagi macam mana penatnya jalan kaki pusing habis Jalan TAR cari tudung nak buat bisnes, I challenge you, dik non. Try la sekali. Balik rumah kau tengok, kaki kau landing kat mana lepas tu...

So, kalau diikutkan untung RM 8 sehelai bukanlah amaun yang boleh dibanggakan. Sebab selepas aku jual kat rakan pejabat, dorang punya minta diskaun dari harga RM 20 tu, terus jadi RM 15 sehelai je. Cuba kau tolak dengan harga modal, dapat berapa?

Harga modal: RM 12
Harga jual: RM 15
Untung kasar: RM 3 ...!!

What the fish..?? Tu untung kasar je kak. Kalau aku tolak kos minyak kereta, tol, tiket KTM dan Monorail, upah kaki sakit, confirm habis dah untung RM 3 tu.

Ni kiraan aku. Lepas aku kira balik berapa untung yang aku dapat, memang tak le aku nak jual kat ofis lagi. Lebih-lebih lagi lepas dah tahu perangai orang kat ofis ni macam mana.. Bukan nak support bisnes, tapi ambil kesempatan je banyaknye. Nak murah, silakan beli sendiri kat Jalan TAR. Tu pun korang tak kan dapat harga murah macam tu melainkan korang beli borong kodi.

Sebagai peniaga part-time, sekarang ni memang aku akan kira segala hidden cost sebelum tetapkan harga jualan. Juga tak dilupa, aku juga tak akan sailang harga pasaran. Kalau harga pasaran dan RM 89, dan terbukti ramai orang sanggup bayar untuk harga ni, kau jangan lah gatal nak letak harga jualan ko RM 49, konon-konon nak bagi laku habis kau punya barang. Tak payah dik non...kau hanya akan untung jangka pendek. Jangka pendek ni berapa lama? Depends dengan berapa cepat barang kau habis. Sebab kalau ikut pengalaman aku, customer yang kau dapat memang ramai, tapi bukan jenis yang setia. Customer macam ni, akan sentiasa mencari yang murah, yang boleh penuhi permintaan diskaun mereka. Apabila dorang jumpa peniaga lain yang boleh bagi harga sailang yang dorang suka, dorang akan tinggalkan kau. Kitaran ini akan berterusan. Kau akan penat mencari pelanggan-pelanggan baru, sentiasa.

Berbalik kepada isu kawan minta diskaun tadi, kalau kau berat hati nak jual pada dorang, kau juallah sekali sahaja. Tapi kau sebut awal-awal, ni kau bagi diskaun untuk kali ni je. Lepas ni takde diskaun dah. Bagi dia kefahaman sikit. Kalau tak bagitahu awal-awal, nanti dia ingat dia akan sentiasa dapat diskaun.

Aku hargai kawan-kawan dan ahli keluarga yang bisnes. Aku tak akan sesekali minta diskaun kerana aku tahu jerih payah mereka mencari rezeki. Kita tak akan berbisnes kalau duit gaji kita cukup. Disebabkan kos taraf hidup yang semakin meningkat, sebab tu ramai orang yang berniaga sekarang ni. Kalau kau setakat kenal dia kat facebook, then kau PM dia konon macam dah kenal sejak zaman hingus meleleh, tak payah la nak minta diskaun bagai. Hargailah networking yang ada. 

Sekian dari Renjer Jutawan Cantik Storage yang pipi gebu macam pau.

Wassalam,

Renjer Jutawan Cantik Storage