Sunday, November 4, 2012

Kalau Bercerai, Kenapa Nak Nayakan Diri Sendiri?

Assalamualaikum wbt

Seperti tajuk di atas, aku sekali lagi nak cakap...LAMA GILAK TAK HAPDET BLOG!!!
kakaka, post ka lagi tu??

Aku tetiba nak mengupdate blog pulak hari ni..setelah sekian lama menyepi (cewah!)
bukan apa, tadi baca facebook, lepas tu adalah satu post dalam page Ibu-ibu mengandung nie..sorang pompuan tu meluakan kekecewaan hatinya sebab suami main kayu tiga dan dia diceraikan talak tiga...even anak baru sorang..
hmm, macam ni la, aku bukan nak cakap besar ke ape, tapi kalau aku la kan, kalau suami aku nak kawin lagi, aku tak kesah..(buat masa ni lah).. aku pikir, sebab apa aku nak meroyan membantah, sebab kalau suami aku mampu ZAHIR & BATIN, apa salahnya..?
lain lah kalau dia tak mampu, memang aku kerat 44 dia dia ngan minah tu sekali...ekehkehkeh (^_^) ada bran ker??
ni pompuan tu lepas kena cerai, terus buntu, berenti keje, balik kampung, menangis memanjang mengenangkan anak yang masih kecil tak tahu apa-apa...dan memikirkan kenapa suami aku buat macam nie...
sebagai ibu, dia harus tahu..membesarkan anak perlu duit..so yang dia berenti keje buat hape?? kan dah tak berduit sekarang??? pastu balik kampung, for sure orang keliling dok mengata dia, menyalahkan dia, bukannya meyalahkan laki buaya darat dia tu! (isk emo lak haku..=P ) orang melayu kita ni, mentality masih tak berubah even abad dah abad 21. asik-asik salahkan janda..asik-asik salahkan janda.. kesian tau beb..wanita ni udahle lamah, dilemahkan lagi oleh masyarakat sekeliling...
sebagai wanita bekerjaya, aku tak kisah kalau suami kawin lagi..sebab aku mampu menyara diri sendiri dan anak aku, jika ditakdirkan suami aku buat hal. aku redha sekiranya dia kawin lagi, dengan syarat aku tau, hehehe..kawin sembunyi-sembunyi tak gentleman la kawan..kahkahkah =)
tu la pasal, wanita zaman sekarang kena ada kerjaya, jangan mengharap kat suami je..at least kena ada bisnes kecil-kecilan atau satu dua kemahiran. paling senang kemahiran menjahit atau baking. sekarang ni kerajaan banyak sediakan asa kemahiran kepada kaum hawa. free pulak tu..FREE...kena rajin cari je, dan antara nak atau tidak je.
kepada akak-akak dan adik-adik yang tengah bersedih di luar sana, udah-udah le tu menangis mengenang jantan tak guna tu...ayuh bangkit!! buktikan kepada jantan tu anda masih mampu hidup tanpa dia, dan even lebih baik lagi jika dibandingkan time kahwin tu. bila duit dah ada, hati pun senang, makan pakai anak-anak pun dapat dipenuhi. si bekas suami, bolayan je dia.. nanti bila awak dah berduit, dah bergaya balik, dia akan terhegeh-hegeh nak awak semula. time tu, terpulang pada awak nak terima atau tidak dia semula dalam hidup.
ANDA TENTUKAN NASIB ANDA SENDIRI...