Monday, May 16, 2016

Pengalaman Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, wahai rakyat sekalian :) hehe



Kali ni, aku nak cerita tentang pengalaman ke Pesta Buku Antarabangsa 2016 (PBAKL 2016). Pesta buku kali ni pecah tradisi, sebab dijalankan di MAEPS, Serdang. Kebiasaannya, PBAKL dilangsungkan kat PWTC, Kuala Lumpur. Tahun 2016 ni beralih lokasi lah pulak... Best tak best lokasi baru ni, awaa pikir lah sendiri lepas membaca pengalaman aku ni ye.

Ok, aku pergi last day Pesta Buku iaitu 9 Mei 2016, Isnin. Dengan harapan orang tak ramai kat hujung-hujung event nih. Namun , harapan tinggal hope. Hahaha :) Pagi tu aku sempat masuk ofis, siapkan permohonan pelupusan barang kes dan isi borang cuti, hehehe (baru nak isi..) Gedebuk gedebak, aku sampai kat komuter Shah Alam dalam jam 10 am gitu, siput tak siput aku hari tu?

Seribu langkah ke PBAKL 2016. Kasut jogging baru beli kat Jualan Gudang Bata. First time pakai, selesa!


Sampai KL Sentral, aku ambil keputusan sarapan dulu. Sarapan roti canai dan teh ais mamak je. Lepas sarapan dan sembang-sembang dengan pakcik sebelah. Tak salah jadi peramah, jangan gedik sudah, ehhh... 

Flatlay tak berapa nak jadik :)


Lepas melantak roti canai liat dan teh ais cukup susu, aku bergerak ke kaunter untuk beli tiket KTM ke Serdang. Setakat ni alhamdulillah, urusan dimudahkan Allah. Sampai je ke platfrom kat bawah tanah tu, aku teringat! Adoiii...aku nak borong buku, tapi aku cuma bawa beg galas je. Aku berperang dengan perasaan sendiri (poyo!) sama ada nak naik balik beli beg beroda tu atau tidak. Memikirkan aku akan kepenatan membawa buku-buku yang berat tu, aku nekad naik atas balik untuk beli beg beroda. Aku pun naik ke tingkat atas satu lagi, jenguk booth booth yang ada. Sebab masa aku naik ETS ke Ipoh hari tu, aku memang ada nampak booth yang jual beg macam tu. Akhirnya, aku pun jumpa.... Tapi, harga macam tak berbaloi. Beg troli tu, dia buka harga RM90.00. Lepas tawar menawar, dia bagi RM55.00. Tapi aku tanya, ada lagi tak yang lebih murah, dia tunjuk satu beg, ala-ala macam beg bowling gitu, aku langsung tak berkenan, huhuhu...

Lepas tu, aku kata aku fikir dulu, ucap terima kasih dan blah. Aku naik turun naik escalator KL Sentral tu dua tiga kali. Lepas tu aku ambil keputusan beli tiket LRT ke Masjid Jamek, pegi Mydin dan beli beg. Syukur, beg dengan saiz yang aku nak ada di sana dan harganya cuma RM29.90. Fuhhhh...lega dapat beg yang diidamkan dan aku sempat cuci mata tengok mamat hensem, sabar lah korang dengan statement aku!

Aku tengok jam, dah hampir jam 12.00 tengahari, huhuhu.. Aku bergegas balik ke KL Sentral, dan akhirnya sampai ke stesyen Serdang jam 1.10 petang. Keluar je dari stesyen Serdang, aku mencari-cari bas yang diwar-warkan untuk membawa pengunjung yang nak ke PBAKL 2016 kat MAEPS. Aku tak jumpa, wei..! Cuaca amatlah panas terik, shawl yang aku pakai dan lencun di bahagian belakang baju dan muka. Berpeluh sakan aku masa tu. Terkejar-kejar sejak usaha mencari beg sampailah usaha mencari bas ke MAEPS. Dalam berpikir-pikir mana peginya bas tu, aku tergerak menengok ke arah seberang jalan. Dari jauh, aku lihat ada tiga buah bas ekspress parking di bus stop jalan seberang. Aku ni rabun. Serious rabun.. Sebab kerabunan aku ni lah, aku tak berani join apa jua operasi menembak yang jabatan buat. Kang tertembak benda lain, naya aku masuk penjara. Eh..cerita tersimpang lah pulak.

Alhamdulillah, Allah gerakkan hati aku untuk melihat ke seberang, dan aku nampak bas. Aku nekad, naik jejantas untuk ke seberang. Dari kejauhan aku memang tak nampak arah tuju bas tu nak ke mana, tapi makin aku dekat ke bas tu, aku nampak dengan jelas ada sticker PBAKL 2016 pada badan bas. Alhamdulillah, ucapku penuh syukur. Aku tengok bas tu macam nak gerak dah. Aku sempat naik dan aku kata, 
"Assalamualaikum, Encik. Saya nak ke pesta buku. Nak bayar berapa ye?"
Aku tahu tiada bayaran dikenakan, atas makluman penganjur (PBAKL) tapi aku ada baca dalam post FB orang yang dah pegi, pacik bas kenakan bayaran tiket. Biarlah dia nak cas, aku tak kisah.

"Waalaikumsalam. Bas ni tak pegi pesta buku, dik. Bas ni nak ke Putrajaya"

Erkk...aku dah gubra sedikit. Then aku tanya macam mana nak naik bas ke pesta buku.
Katanya, tengok signborad kat depan bas. Lepas ucapkan terima kasih, aku pun turun balik.
Lepas tu, aku tengok bas yang kedua. Aku tengok ada signboard PBAKL 2016 kat depan bas. Aku pun bergegas ke arah bas tu. Hampir je dengan bas tu, ada sorang mamat comel (hensem jugak le) yang laung "Pesta Buku.. Pesta Buku..!" kat aku. Then dia kata, "Nak ke pesta buku ke dik?" Aku angguk, bagi senyuman manis madu kat mamat tu. Hah, terkedu ko dik, kah kah kah!

Aku naik, tanya berapa tambang. Pakcik bas kata singgit. Aku bagi, dan cari seat kosong dan duduk. ALHAMDULILLAH...!

Sepanjang perjalanan, aku dapati agak jauh jugak PBAKL 2016 kali ni. Aku merasakan kalau hati tak kental macam aku ni, tak payah berangan nak lone ranger nak ke PBAKL. Ceh, ayat riakkk.. :p 
Sepanjang aku dari Shah Alam - KL Sentral - Masjid Jamek - KL Sentral - Serdang - MAEPS ni, aku sentiasa update kat Big Boss. Dia macam biasa, kalau tak sinis, tak sah..kah kah kah :) Konon tak suka pegi pesta buk bagai, tapi sampai je aku kat rumah, dia orang pertama rembat buku yang aku baru beli. Baca sambil sengih sorang-sorang... Ek eleh.

Sampai je kat MAEPS, kami diturunkan berhampiran dengan dewan D. Kat bawah dewan ni, ada food court. Aku singgah kejap, beli air mineral sejuk harga RM1.50. Aku minum dengan rakusnya...hahaha. Aku perasan, ada yang tengok aku sambil tersengih-sengih. Aku tak tahu la, dorang gelak tengok aku minum atau dorang tengok beg roda yang aku bawak. Aku perhati sekeliling...eh, aku sorang je ke bawak beg macam ni. Macam biasa, aku tak peduli. Lepas minum, aku bergegas naik. Sampai je tingkat atas, aku disambut dengan booth BSN. Aku ignore, sebab aku nak cari buku. Aku jalan terus, dan aku lihat ada khemah besar sepanjang jalan tu. Cuaca yang panas tidak terasa. Orang agak ramai tapi suasananya masih aku anggap selesa. Masa ni aku tak ambil gambar. Aku malas, haha. Sepanjang laluan khemah besar tu, ada artis-artis yang buat lukisan karikatur. Aku betul-betul nak singgah, minta dorang lukis muka aku. Tapi serious aku segan. Kalau ada geng sekepala, boleh singgah.

Antara reruai yang ada di PBAKL 2016

Di hujung jalan, aku berjumpa dengan dewan A. Sebelum tu, ada dewan B dan C. Aku ignore dulu, sebab nak ke dewan A. Sampai je dewan A, aku perhati sekeliling. Aku jalan sampai ke hujung dan jumpa reruai Kaki Novel. Aku teringat Noridah ada kirim novel Dia Semanis Honey. Sampai je aku blank.. Eh, apesal rak buku Kaki Novel ni banyak yang kosong? Mana pegi buku semua? Aku blank di situ sampailah ada suara macho menegur? Ehh..

"Cari ape? Nak saya tolong?"
Aku menoleh ke belakang... Ada dua tiga orang staf yang aku fikir staf Kaki Novel. Sorang tu tengah makan nasi bungkus. Yang dua lagi duduk-duduk. Berehat rasanya. Iyalah..dah tengahari pun, lunch time.
Aku pun tanya "Kenapa banyak rak kosong? Mana pegi buku semua?"
Korang boleh agak tak, soalan cepu cemas aku tu. Terkebil-kebil mamat tiga orang tu. Sambil senyum, yang sorang tu kata "Buku banyak dah habis semalam. Hari ni last day, kita tak tambah stok buku dah.."

Nampak tak rak-rak yang kosong tu? Begitu jugak lah hati akak, dik. Kosong dan tandus macam di Gurun Sahara. Ehh..

Aku mengeluh kecil dan menoleh ke arah bunting (ko baca bunting/banner. Bukan bunting pregnant tu dik..) Dia Semanis Honey yang tergantung tepi rak.
 "Buku ni ada lagi?" tanyaku
"Buku-buku yang masuk tv awal-awal lagi dah habis..." sahutnya.
Aku berhuhu di dalam hati. Kesian ko Noridah, buku ko takde.
"Banyak ke buku nak beli?" tanya sorang lagi.
"Banyak lah jugak nak borong, tapi sedey sebab rak dah nak kosong..Nape korang tak tambah..?" eh, apesal aku ni. Kemon Moiiii..jangan gedik wei.. kah!
Lepas sembang-sembang aku pun blah. Misi seterusnya, mencari reruai Dubook: LIAR & ANGKUH!

Banyak reruai yang aku nampak dan singgah. Aku yakin, walaupun aku tak beli, sekurang-kurangnya jika penulisnya ada di situ, aku rasa mesti dia gembira sekurang-kurangnya ada orang berhenti dan capai buku dia, even hanya baca sinopsis kat belakang buku dan belek-belek isi buku. Aku pun kalau ada rezeki buat buku sendiri, mungkin aku pun berperasaan yang sama. 

Tagline berkesan. Liar & Angkuh.

Akhirnya aku sampai ke reruai Dubook. Seperti yang dijangka, ramai orang kat reruai ni. Aku buat tak peduli, dan cari buku-buku yang aku dah target. Antaranya The Amran Fans, Aku Bukan Ustak Yutiub dan lain-lain lagi. Tapi buku The Amran Fans tiada kat rak. Aku tak puas hati.. Aku tau buku ni dah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Tapi atas rasa ingin tahu, aku mencari juga buku ni. Aku lihat ada dua tiga orang staf Dubook yang duduk kat meja tepi. Aku berjalan ke sana dan tunjuk skrin telefon aku. Aku suruh dia baca. Lepas tu dia kata
"Buku ni dah diharamkan lah kak.."
Aku bengang.. Lepas tu aku buat suara garang sambil cekak pinggang tak berapa nak kerengga ni "Habis tu buku ni takde langsung lah??"
Mungkin dia terkezut dengan kegaranganku..dan dia bisik "Ada kak, ada.. Akak beli kat kaunter".
Lepas sembang dua tiga patah, aku pun ke kaunter. Sambil tu, aku sempat capai buku lain. Masa nak bayar tu, aku bagitahu aku nak buku TAF. Dia bagi, aku bayar, isi borang cabutan bertuah dan aku blah dengan penuh gembira. Horey horey, hip hip horey..! Oh ya, kat Dubook masa ni, ada promosi. 3 buah buku, harga cuma RM50.00 sahaja. Sempat jugak mata aku melilau, dan aku ternampak buku Hafiz Hamidun perasan hensem tu. Buku selfie, syok sendiri (orang yang kata..aku tak kata taw). Ada juga komen kat fesbuk yang kata dalam banyak-banyak gambar, ada satu gambar tu nampak bulu hidung si Hafiz Hamidun ni. Aku tak dan laaaaa nak belek-belek buku tu nak tengok gambar bulu hidung dia. mau aku tak lalu makan sebulan, hu hu... Sorry Hafiz, bukan aku tak nak beli buku kau, tapi aku tak berapa minat la.. Sorry ek. Kita masih kawan, kan? Ehh.. :p

Bukan setakat buku selfie, katanya :)


Aku berjalan-jalan lagi, dan aku jumpa reruai Idea Kreatif. Kat sini banyak gila buku aku nak beli. Senarainya memang aku dah save dalam handphone aku siap-siap. Sampai je kat situ, orang tak ramai, tapi rak banyak yang dah nak kosong. Aku start cuak... Adakah insiden di Kaki Novel akan berulang kembali...huhu..
Aku tegur sorang staf, dan tanya novel-novel ni ada tak, sambil tunjuk skrin telefon. Dia dan staf yang lain pantas membantu aku dapatkan novel-novel yang ada dalam list tu. Tak sampai 1 minit, tadaaaaaa, buku idaman dah ada depan mata. Hehehe, happy happy happy! Aku bayar, masuk buku dalam beg roda, ucap terima kasih banyak dan jalan lagi mencari reruai In-Team. Staf kat Idea Kreatif sempat berguran, katanya :Besar bebenau beg akak ni. Nak beli boleh lagi, banyak lagi tak beli tu" 
Keh keh keh je aku :D

Masuk dalam dewan C, aku mencari reruai In Team. Berpusing mencari, aku dah mula rasa nak pening. Adoiii..ramai orang kat dalam dewan ni. Maybe sebab ada reruai Ana Muslim dan PTS kot. 

Diskaun kaw kaw kat reruai PTS

Antara yang best seller katanya

Aku terus berjalan dan terjumpa reruai Telaga Biru. Aku plan nak singgah, tapi tapi tapi...Masya Allah, ramainya abang sado lagi hensem kat Telaga Biru nih. Macam mana aku nak singgah belek buku, wu wu wuu.. Tak khusyuk aku wei.. Nak ambil gambar reruai pun dah segan, apatah lagi bersembang dan bertentang mata, kahh..! Aku berusaha menahan pandangan. Aku ni bukan boleh percaya sangat, keramahanku boleh mengundang skandal. Korang je yang tak tahu, hahaha. My Big Boss, don't worry ye, i love you olwez :D

Akhirnya selepas bersusah-payah mengharungi bermacam-macam jenis orang dan tak lupa reruai Grolier yang approach aku macam monster...aku jumpa jugak reruai In Team akhirnya. 

Antara buku yang ada di reruai In Team. Salah satu buku idaman ada dalam gambar ni :)

Di sini, aku sempat sambar tiga buah buku. Memang aku ke sini untuk buku-buku ni. Buku lain jangan sedih please... InsyaAllah ada rezeki, buku lain pun aku akan beli ye. Di sini, aku sempat bersembang dengan staf. Memang peramah semuanya, tapi tak sempat bergambar dan tanya nama. Sembang gitu-gitu je. Manis mulut orang kata. Masa ni ada tiga staf yang entertain aku. Korang jangan salah faham pulak dengan perkataan entertain tu. Kalau korang baca sambil sengih, sah le korang kaki clubbing. ha..

Buku dari reruai In Team.

Aku tak berlama-lama di PBAKL 2016 ni. Lepas dapat je semua buku idaman, aku terus turun ke food court. Aku tak dan nak cari food truck bagai, malas la... Aku bukan kaki makan style style macam ni, harga ok, sedap, perut kenyang sudah la.. Sampai je food court, aku singgah makan dan jumpa Sup Adudu. Hahahaha, nama sup tak boleh blah. Lepas tu beli air tembikai, harga boleh tahan, RM4.00. Hurmm...korang nilailah sendiri, berbaloi tak air tembikai tu dengan portion yang aku dapat (based on kuantiti ais dalam bekas tu).

Sup Adudu

Air Tembikai 4 hengget. Ko tengok ais dia banyak mana.. Air aku dah minum habis dah. Haus weii..penat tengok abang sado ramai sangat kat reruai Telaga Biru :)

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat aku nak ke PBAKL 2016 ni. Even aku lone ranger, naik turun komuter dan bas, akhirnya sampai jugak aku ke MAEPS ni, dan selamat sampai ke rumah. Big Boss tak nak pergi, it's okay for me. Last but not least, ni lah dia hasil rembatan aku. Setakat ni, masih ada yang aku belum habis baca. Baca perlahan-lahan tak apa, yang penting isinya sampai ke otak dan juga hati. Baca lah apa jua bahan bacaan, sebab bagi aku membaca tidak sesekali akan menjadikan kau lebih bodoh. Paling sikit, aku pasti akan ada satu point atau isi ilmu tu yang akan melekat kat minda dan hati kau. Percaya lah dik, akak dah rasa.

Perjalanan mencari ilmu sama ada susah atau mudah adalah rezeki masing-masing. Ya memang diakui lokasi PBAKL 2016 kali ni memang jauh. Dan banyak komentar negatif yang aku baca di Facebook mengenai lokasi baru ini. Aku tak menaruh harapan tinggi. Sebab aku berpendapat, pertama kali penganjuran program besar seperti ini di lokasi baru sudah tentu ada kepincangan di mana-mana.

Bagi yang datang dari jauh, tentu merasa perit. Tapi sabarlah dik, kakak, abang. Ini kali pertama PBAKL di MAEPS, kita bagi chance ye. Bagi cadangan penambah-baikan. Kalau next time masih ulang pincang yang sama, kita hambat penganjur, hehe :)

Cabaran yang aku hadapi mungkin sedikit, jika dibandingkan dengan mereka yang membawa anak atau rombongan besar. Jadikan lah ini satu panduan kepada diri masing-masing. Aku akui, ruang di MAEPS ini lebih selesa jika dibanding dengan ruang laluan di PWTC. Dan akses ke MAEPS juga renyah sedikit bagi yang tidak berkereta. Membaca luahan mereka yang menunggu bas ketika hujan lebat meninggalkan rasa sedih pada aku yang membaca. Mohon kepada penganjur fikirkan penyelesaian masalah ini. Ramai yang mengeluh kerana terdengar berita yang PBAKL akan dianjurkan selama lima tahun di lokasi baru ini. Ramai yang membantah (termasuk aku, hehe). Apa pun, kepada pihak penganjur fikirkan situasi menang-menang antara pengunjung-penerbit/pengkarya-penganjur. Bagi aku yang penting adalah pengunjung. Kalau pengunjung sikit, maka kuasa beli di PBAKL juga akan menurun. 

Budaya membaca di Malaysia masih belum menyamai budaya membaca di negara maju lain seperti Jepun dan Korea Selatan. Semoga dengan adanya program buku seperti ini, rakyat Malaysia lebih suka membaca, menjadi insan yang lebih berperibadi tinggi, berilmu dan berwawasan.

Seperti yang aku katakan tadi, bacalah apa jua bahan bacaan, yang penting kau membaca dik. Kalau selama ni kau selalu baca bahan bacaan berunsur blue, ko beralih la pada bacaan indie. Buat perubahan la derr.. Dah boring baca indie, kau bacalah cerita kanak-kanak. Jangan ambil serius sangat, jangan penting kau dapat isinya walau sedikit. Lepas kau dah boring baca semua tu, kau rasa nak baca novel cinta-cinta anak raja dan CEO kau bacalah novel pulak. Berlambak novel macam ni. Aku pun layan jugak. Ada je pengajaran yang aku dapat even ramai yang hentam novel cinta orang kaya orang miskin ni cliche. Anyway, ada aku kisah.. Lepas dah boring baca novel cinta, mungkin kau boleh beralih kepada yang sedikit serius. Ada je bahan bacaan yang macam ni. Antara penerbit aku sebut di sini (maaf pada yang aku tak sebut) PTS, In Team, Dubook Press, Fixi, Telaga Biru, Ana Muslim, Hijrah Indie, Kaki Novel, Idea Kreatif dan baaaanyak lagi wei. 

Hasil rembatan di PBAKL kali ni aku snap gambar ye. Ni mesti ada lah yang dok hentam aku, awat banyak novel cintun je. Mana bahan bacaan yang kononnya serius tu?
Bhaiii...buku yang kau nampak ni sikit jee. Buku lain saja aku tak ambil gambar.



Sekian, wassalam.

Renjer Jutawan