Wednesday, January 20, 2016

Get The Zoey!

Assalamualaikum wbt!

Haa, ada tanda seru lagi.. Happy sangat lettew...kikiki.
Hai, semua? Apa khabar? Dah makan?

Tadi idea nak menulis berpusu-pusu masuk.
Tapi sekarang dah blank!
Hahahaha!

Ok, nak cerita pasal The Apprentice. Sekarang ni saya kalau balik kerja, memang akan bukak tv dan tengok The Apprentice Asia. Rasanya rancangan ni dah lama, tapi baru tahun ni saya perasan dan dapat follow.

Sebagai orang yang menjalankan bisnes yakni Cantik Storage dan By Dhausi (even kecil-kecilan dan part time) saya amat suka dengan The Apprentice Asia ni. Kerana, banyak pelajaran tentang bisnes yang boleh diperolehi di sini. Apatah lagi, ianya memaparkan demografi, sosiologi dan cara hidup orang di Asia.

Sasaran pasarannya (target market) amat dikhususkan iaitu di Asia sahaja. Ini paling menarik perhatian saya, kerana saya ini di Malaysia. Malaysia berada di dalam Asia. Dan saya harus tahu perangai atau interest bakal pelanggan-pelanggan saya.

Melalui The Apprentice Asia, saya belajar bagaimana menjalankan satu-satu marketing untuk sesuatu servis atau produk. Cara kerjanya boleh dikatakan berlainan dengan The Apprentice yang diketuai oleh Donald Trump. Ini kerana, target market mereka yang berbeza. Iaitu di Asia, dan satu lagi di US.

Semalam, sekali lagi saya menonton satu episod The Apprentice Asia. Kali ini, tinggal 5 orang peserta sahaj, untuk merebut tempat ke Final Four. Tugasan kali ini, membuat rakaman iklan secara live di hadapan audience, wakil Volkswagen dan spy Tony Fernandes.

Saya perhatikan, dalam kesemua episod, setiap kumpulan menjalankan tugas berdasarkan beberapa perkara basic. Antaranya:
Siapa Pengurus Projek?
Apa USP produk/servis?
Harga?
Tawaran/Diskaun?
Konsep iklan/marketing?
Slogan/Tagline?

Pada episod kali ini, kedua-dua kumpulan ada seri dari segi idea dan persembahan. Namun begtu, yang membezakan mereka ialah slogan/tagline yang diutarakan. Wakil Volkswagen amat menyukai slogan kumpulan The Apex. Slogan mereka ialah "Get The Beetle".

Slogan ini amat catchy dan betul betul melekat kat kepala saya. Ini diakui sendiri oleh wakil Volkswagen tersebut. Oleh yang demikian, saya memutuskan untuk mencipta satu slogan, untuk setiap produk yang dikeluarkan oleh Cantik Storage dan By Dhausi.

Dan kali ini, untuk Zoey Long Top, saya umumkan slogan/tagline rasmi kami:

"GET THE ZOEY!"

Sekian, wassalam.

Renjer Jutawan