Friday, December 16, 2016

Susah ke Menjaga Hati?

Hurm...tajuk post kali ni kan... Menjentik kalbu, hahaha.

Di umur 30-an ni, dah bersuami dan anak-anak, aku tak rasa aku nak attract mana-mana guys lagi. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku suami yang super baik. Anak-anak, keluarga, keluarga mertua, kawan-kawan, semuanya baik-baik, alhamdulillah.

Cuma, bila kau rasa kau ok, dan kau ok dengan semua orang, ada orang yang tersilap letakkan perasaannya. Kesilapan yang jika disambut, aku rasa kau akan jadi manusia yang paling tidak bersyukur di muka bumi ini. Kenapa ya tiba-tiba aku tulis macam ni? Sebab aku rasa aku nak meluah. Penat menghadap perasan orang yang sengaja membiarkan dirinya melorong ke jalan yang kabur, tapi hakikatnya ianya jalan yang salah.. Hurm, pusing habis ayat aku. Haha

Korang, aku pernah bertanyakan satu soalan pada kawan sekerja aku. Dia ni pangkat pakcik lah pada aku. Seorang senior yang dah lama kerja dan banyak pengalaman hidup. Aku tanyakan padanya:

"Encik Man, apa kita nak buat kalau ada orang suka kat kita?"
Dia bertanya "Suka yang macam mana?"

Aku terjeda seketika... "Suka yang macam suka. Bukan suka sebab bersahabat. Lebih dari tu"

Senang sahaja jawapan Encik Man. Mungkin dia nak senangkan hati aku, hahaha. Dia jawab:

"Kalau ada orang sukakan kita, biar je lah. Itu perasaan dia. Kita tak boleh halang. Tapi hati kita kena tengok balik. Apa kita nak buat? Nak terima atau tolak? Semua terpulang pada pihak kedua jugak. Skandal takkan terjadi kalau setakat satu pihak"

Padu jawapan dia. Betul kata senior aku ni. Biarlah orang tu suka kat kau. Sebab dia memang jenis tak faham bahasa punya orang. Hahaha. Kalau perasaan suka tu jenis yang tak boleh disambut, jangan lah terima. Tetapkan hati kau, dik. Jangan terima! 

Pesanan buat orang tu.

>> Awak nak suka orang tu, awak punya pasal. Tapi orang tu, bolayan awak. Awak carilah yang lain. Yang available dan yang penting, single! Dunia ni luas, wak. Bunga banyak sangat-sangat. Janganlah pilih bunga berduri. Jari awak terluka, kelopak bunga turut terburai sebab awak paksa juga nak petik.

Sekian luahan hati

:)
(p/s: buat pembaca blog, jangan pernah sukakan bunga di taman larangan)

Monday, September 26, 2016

Aku Rindu Arwah..

Ya Allah...tiba-tiba rasa sebak. 
Sedih sangat-sangat, nak menangis. Tapi sebab sekarang ni aku kat ofis, dikelilingi kawan-kawan, aku cuba tahan air mata.

Pagi ni sekali lagi aku teringat kat arwah. Sejak dua hari lepas lagi, lepas baca post FB Nadia, aku dah start sebak. Dalam post tu, ada gambar ni... Dad ~ Calling



Allah, aku rindu arwah bapak... Malam tadi masa bagi Husna tidur, aku nangis. Tapi aku tak nangis kuat sangat, tak nak Big Boss dengar. Big Boss bukan boleh tengok aku nangis, cuaknya menjulang sampai ke pokok akasia. Husna yang nampak aku nangis dalam diam, pun sebak sama. Sayang Husna..

Arwah meninggal tiba-tiba. Tak ada tanda apa-apa. Arwah meninggal dalam kereta, lepas agihkan kad kahwin Andui. Ahhh...tak nak cerita lebih-lebih, mata aku dah start banjir. Lagipun aku pernah cerita pasal ni dalam post terdahulu..

Dulu arwah selalu call. Boleh kata hampir setiap minggu. Sekarang? I'm totally empty. Kalau bukan sebab mak, rasanya aku dah down. Aku masih ada mak. Masih ada Big Boss. Masih ada Husna dan Huda. Masih ada adik-beradik. Masih ada keluarga mertua yang baik hati. Dibandingkan dengan orang lain yang nasibnya yatim piatu, tiada sesiapa... Nikmat Allah yang mana harus aku dustakan lagi..?

Sebagai anak yang sulung, aku selalu tunjuk dekat mak, aku macam tak rasa apa-apa... Tapi soul aku, Allah je yang tahu. Among kami adik-beradik, aku yang paling kurang sebut pasal arwah. Paling kurang (maybe tiada) repost gambar-gambar arwah, and tak pernah langsung tulis dalam wall FB. Luahan aku pada Big Boss? Tak pernah. Yup, tak pernah. So mungkin sebab ni Big Boss ingat aku ok. 

Pak, semoga tenang di sana.. Semoga Allah memberikan bapak ganjaran syurga, atas kebaikan bapak memelihara kita sekeluarga, dan atas kebaikan hati bapak yang selalu membantu tidak pernah mengenal darjat sesama insan mahupun apa jua. Semoga bapak dijauhkan dari seksa kubur dan dijauhkan dari seksaan api neraka. Semoga kubur bapak sentiasa luas, bercahaya, dan harum sementelah menunggu tibanya hari pembalasan. 

Terima kasih, pak.. Membesarkan kami tanpa sebarang rungut kata. Tanpa sebarang kekesalan. Membesarkan kami sebaik ini dan menerima balasan kebaikan itu seadanya kerana kami anak yang alpa. Kadang teringat, kerap terlupa. Tiada lagi suara garau bapak. Tiada lagi tangan insan bergelar ayah yang boleh aku salam. Tiada lagi gurau tawa bapak. Semoga segala amal baik bapak diterima Allah. Semoga doa kami adik beradik diterima sebagai doa anak yang soleh. Semoga tenang di sana, pak..







Salam sayang,
Sharinah Binti Abdul Lahit
Shah Alam,
Selangor.
~ selamanya anak bapak..dari Sandakan


Tuesday, September 20, 2016

Surat daripada Ketua Pengarah

Alhamdulillah. Pagi ni masih diberi kesempatan untuk menulis di blog yang tak seberapa ni.

Pagi ni masuk kerja, ofis agak sunyi (teramat sunyi sebenarnya, huhu..).
Kawan-kawan ramai yang masuk hutan, kursus PTM, dan kerja luar kawalan hidupan liar.
Aku? Jadi penunggu ofis la gamaknya, kikiki. Tinggal aku berdua je ngan Justin. Hurm, tak semangat aku nak tengok muka albino Justin. Kah kah kahhh. 



Rutin biasa aku lepas on komputer, aku akan check emel rasmi. Rutin ni dah bertahun aku amalkan selepas hadir kursus anjuran NPC (sekarang dikenali sebagai Malaysian Productivity Corporation, MPC). Dan aku akan login ke dalam emel rasmi aku ni lebih banyak daripada aku login dalam facebook. Ah, poyooo...

Login je dalam emel jabatan, ada dua emel baru aku terima. Satu daripada Bos, arahan untuk bantu siasat dan rakam percakapan OKT. OKT ni aku dah trace sejak bulai Julai lagi. Tapi batang hidung dia memang tak nampak-nampak. Aku dah plan nak pasang khemah depan rumah dia tunggu dia keluar tunjuk muka. Ini lah cabaran seorang Renjer. Bukan kera je yang kau kena jaga. Orang perangai serupa kera pun kau kena ambil perhatian tau. Nampak gayanya, arahan Bos kali ni serius. Baik, Bos. SYMP. Tapi OT dan elaun saya jangan potong ye Bos. Saya buat kerja betul-betul ni, bukan cobaan. Saya tak ngulor, Bos... saya baik orangnye. Arghhhhh, poyo poyo. Depan bos je tunjuk rajin. Siapa yang tunjuk rajin depan bos tu Moi? Kau lah. Kau yang tengah baca blog ni, siapa lagi? hahaha

Emel ke-2, ialah emel dari Ibu Pejabat. Tajuk dia je dah buat aku tertanya-tanya dan perasaan nak baca sangat tu timbul. Eager to read kata omputih. 

Surat Pekeliling Ketua Pengarah Bilangan 1/2016

Ha, apa kau rasa bila baca tajuk macam tu? Untuk makluman awaa, ni surat pertama daripada KP yang baru. KP lama dah pencen. KP baru ni boleh dikatakan muda dan beliau bermula dari bawah. Maksud aku, dia masuk kerja dalam Perhilitan sebagai pegawai biasa. Dan dia buat semua kerja even kerja rencam. Setakat kau masuk hutan sekali dua, lepas tu kau nak sembang kat dia kata dalam hutan tu ada rimau besar gua , sekian trek ni, kau tak payah nak eksen la bhai. Tertelan tenuk kau nanti. 

Selesai sahaja aku baca surat ni, apa yang aku fikir selama ni memang betul. KP baru ni akan bawa Jabatan Perhilitan lebih maju ke hadapan. Dengan perancangan beliau, aku bersemangat semula untuk kerja. Pergh....macam mula-mula masuk kerja lah pulok, haha.

Antara intipati surat ialah:
  1. Integriti ~ hah, siapa kaki makan rasuah tu ha? 
  2. Kecergasan fizikal ~ setiap staf perlu capai BMI yang telah ditetapkan. Salah satu kriteria kenaikan pangkat ialah BMI. Pergh...
  3. Kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris ~ ini kacang, bhai... ahahahaha
  4. Menguasai lain-lain bahasa ~ ini terbaik! Wo ai ni. Sarangheyo. Je t'aime. Ich liebe dich. Mahal na mahal kita. Ahahahaha, apasal cakap cintan cintun je ni.
  5. Seni mempertahankan diri ~ masa baca ni, aku tiba-tiba macam lost. haha
  6. Menggalakkan inovasi 
  7. Menggalakkan penulisan saintifik ~ Ya Allah...! Gembira betul aku bila sampai part ni. Selama aku menulis sikit-sikit pasal isu penguatkuasaan dan perlesenan, nampaknya berguna juga segala catatan tu. 
Banyak lagi intipati surat, tapi tak perlu lah aku nyatakan semuanya di sini. Kang tak ada pulak istilah P&C. 

Eh, tetibe ada pulak soalan:"Sayam, ape tu P&C?"
Aku pun jawab, "Abam, P&C tue.... Private & Confidential. Bukannye Pikat & Curi hatinyee.
Ahhh, gedik la kau.

Nah, sayam belanja satu gambar time bujang dulu. Maaf, sayam malu nak tengok kamera. 

Acah-acah baca paper. Taboleblaaa :p


Sekian dulu. Nanti kita sembang lagi ye.
Assalamualaikum.





Tuesday, September 13, 2016

Site Visit Kajang Perdana 2

Alhamdulillah.

Baru-baru ni berkesempatan buat satu site visit sebijik rumah flat di Kajang Perdana 2. Ejen aku yakni Ejen Aliff berusaha sebaik mungkin untuk carikan aku rumah, selepas rumah pertama di Sri Muda dulu tidak mencapai standard rumah patut dimiliki. Cerita NGERI pasal site visit rumah di Sri Muda aku tak cerita lagi rupanya kan? Lain kali lah ye, InsyaAllah, ehehe.

Ejen Aliff forward beberapa keping gambar berkenaan flat di Kajang Perdana 2 tu. Berdasarkan pemerhatian mata enggang aku, (uiiiiihhh...enggang? tak padan ngan rabun granular) aku dapati rumah ni agak OK. Tapi tak boleh lawan tengok dengan mata sendiri secara direct.

Sehari selepas dapat gambar, aku dan Big Boss setuju untuk ke Kajang. Boleh tahan jauh jugak ye nak ke sana, tapi mungkin sebab kami lalu jalan jauh (SKVE). Kalau lalu Federal rupanya tak jauh pun, siap lalu HQ Perhilitan pulak tu. Hurmm..takpe jauh perjalanan luas pemandangan. Padahal bermula tol SKVE je aku dah zzZzzZ. Hahahaha. Aku terjaga masa siput gendeng kami lalu Sate Willy. Pandai kan aku, lalu port makan best aku terjaga. Malang sebab bukan rezeki Big Boss aku dapat makan sate willy hari tu sebab urusan di Kajang Perdana 2 lebih penting. Lepas tu mata aku celik-celik ayam. Aku tengok banyak jugak flat di kawasan tu. Dari sini aku buat penilaian kasar. Kawasan Kajang ni kawasan HOT. Hah korang, ape terkebil-kebil. Ko ingat istilah HOT tu untuk aweks je ke... :p

Tapi dalam banyak-banyak tempat, tiba-tiba mata aku tertancap pada bangunan UniKL. Weehuuuu....budak amin muka senyum beriman study kat sini rupanya.... Mata bersinar sekejap, kikiki.

Akhirnya, sampai lah kami ke kawasan Kajang Perdana 2. Perghh, area tu aku ibaratkan satu kawasan baru naik. Bukan baru nak naik ye, tapi memang dah naik dan sedang naik lagi. Tanda aras utama yang tak boleh diambil mudah ialah:
  1. Ada Mc Donald
  2. Ada kedai runcit baaaaanyakkkk
  3. Ada 99 Speedmart
  4. Laluan highway
  5. Dikelilingi rumah orang kaya kayap
  6. Rumah berciri flat di kawasan tu hanya ada dua iaitu Kajang Perdana 2 dan Vista Perdana.
  7. Kawasan padat
  8. Jarak nak ke HQ cuma 15 minit. So, kalau lah aku tiba-tiba transfer ke HQ, aku tak payah dah risau pasal rumah.
  9. Dekat dengan budak amin muka senyum beriman (ok, ini bukan reason, tapi gedik)

Kami sampai awal dari masa yang dijanjikan. Ini mesti woo, sebab aku nak riki-riki dulu kawasan tu sendirian. Tapi aku hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Sampai je aku ke bawah flat tu, rupanya Ejen Aliff dah sampai. Dowh....awalnya brader sampai. Efisien dan efektif betul ejen aku nih.

Kami berhai hai dan bertegur sapa. Lepas tu aku dan Big Boss terus di bawa berjumpa owner rumah. Alhamdulillah, site visit berjalan lancar. Owner pun baik dan lembut je air muka. Tapi luaran bukanlah pengukur peribadi seseorang. Akak ni muka je lembut, soft spoken, tapi bab harga, dia bagi diskaun RM 1 ribu je. Mulanya ku target dapat diskaun dalam 10 ribu. Sekali dapat 1 ribu je der.... ahahaha. Akak memang lucu :p 
Aku cuba nasib kot-kot owner nak bagi free gift, sebab aku tengok katil, tilam, almari dan mini sofa dia macam cantik jeee :) Ejen Aliff aku ni memang jenis tak pandai pujuk. Adoi la brader, aku rasa macam nak deal sendiri je. Takpe, sebab aku baik, aku bagi can. (baik lah sangad..)

Setakat ni semua urusan ok dan lancar. Mudah-mudahan langkah pertama kami ni membawa hasil. Korang cuci mata lah tengok gambar ye. Aku memang tak snap gambar perempuan. Korang jangan hampa sangat. Kalau nak sangat, nanti aku upload gambar Mak Mah.

Ruang tamu. Kau boleh lihat rumah ni dah siap pasang tiles. Satu point di sini.

Rumah menghadap jalan besar aka highway. Depan rumah ni lapang, so suasana berangin dan mata kau tak semak tengok orang jemur spenda kat ampaian.

Keadaan dalam tandas pertama. Ni pun kau mesti tengok. Check tandas sumabt ke, flush rosak ke.

Keadaan dapur yang so so. Takde renovation sangat. Takde kitchen cabinet. Tapi still ok buat aku.

Ni dalam bilik tidur kedua. Aku segan sebenarnya masuk bilik orang ni. Aku berdiri kat pintu je. Ejen Aliff yang banyak snao gambar.

Yang ni bilik tidur utama. Lagi lahhh aku segan nak masuk bilik orang. Korang tak tahu, aku ni memang pemalu ..... krik krik krikk

Tiba-tiba ada gambar aku, Big Boss dan tuan rumah. Encik Ejen nak kena babap nih...amik gambar dari belakang pulak.. 


Sekian, Assalamualaikum wbt.

Dari aku, Renjer Jutawan.
~ berguru dengan Abang Ensem, memang tak rugi.






Friday, September 9, 2016

Meeting Pegawai Penyiasat (IO)

Adoooiiii....
Hari ni setelah sekian lama (almost 4 months) akhirnya Jabatan buat meeting IO. Adus, masa aku dapat e-mel panggilan mesyuarat ni, aku terkedu dan tiba-tiba muncul plan ngok dalam kepala aku supaya ambik MC masa hari mesyuarat tu. Ahahaha, pandai sangat.

Malangnya plan tu aku terkantoi depan Timbalan, bilamana aku TERsebut plan MC tu depan beliau. Beliau yang biasanya ayu-ayu manja terus terjegil dan warning kami semua IO IO supaya attend meeting tu, termasuk Azrin yang nak pergi Portugal untuk Interpol program. Kah kah kahhh! Aye aye, Puan! Kami Yang Menurut Perintah.

Untuk makluman, setakat ni aku dah terima 13 Fail Kes. Yang dah selesai ialah 8 FK. Lagi 5 lah maksudnya tak selesai-selesai lagi, hihihi.

Actually fail kes aku ada yang dah boleh rujuk pada Penasihat Undang-Undang (PUU). Tapi tiap kali aku tanya PUU untuk arrange tarikh nak jumpa, PUU akan kata next time Moi, sebab ada kes lain. Aku ok je, nanti dalam meeting aku sebut macam tu je.

Tadi aku call Timbalan untuk confirmkan masa meeting hari ini (yakni Jumaat, 9 Sept 2016) tepat jam 9 pagi atau ditunda sikit ke jam yang lain. Bukan apa, sebab aku nak makan dulu. Lapar lah pulak hujan-hujan ni. Sekali Timbalan kata proceed daaa....tepat kul 9 pagi meeting start. Timbalan kemudiannya minta tolong supaya set LCD projector. Masa tengah cari benda alah tu, tetiba Timbalan tunjuk aku tiga buah Fail Kes. Rupanya fail warisan dari En. Saidu yang dah bersara. Aku berdegup dag dug dag mengenang siapalah yang akan mewarisi FL yang susah nak setel tu. Sekali Timbalan sebut, fail tu dia nak bagi En. Halid. Aku bantai gelak, hahahaha... Menangislah pakcik tu nanti. Dan terselamat lah aku, alhamdulillah syukuuurrr.

Setakat ni kan, fail kes aku yang 5 tu, ada yang aku siasat sampai ke Ipoh. 

Fail kes yang Ipoh ni, disebabkan Jabatan tak cukup bajet untuk minyak dan claim segala, aku decide untuk naik train ETS je dari KL Sentral. Pengarah aku bukan main gembira dengar plan aku. Jimat duit Jabatan katanya. Hurm...bos jangan lupa bagi APC ea.. Hahahaha

Sampai Ipoh, aku call incas Taufik. Aku bagitahu aku naik teksi je la pegi ofis Ipoh. Dia kata jangan, teksi cas tinggi lagi-lagi kalau orang luar. Ye ke...? Aku pun ok je la, dah orang tu sungguh-sungguh nak tolong ambil, kan. Dah smpai station Ipoh tu kan, aku pun berjalan-jalan lah melihat alam. Aku baca signboard. Aku sembang dengan uncle teksi. Aku tengok jadual train. Aku pergi toilet. Aku beli jambu batu dan ngap. Tiba-tiba...aku rasa lain macam kat kaki aku, atau lebih tepatnya kasut aku. Aku tengok kasut. Ya Allah....punyalah terkezut aku masa tu. Boleh pulak kasut aku buat hal masa aku acah-acah backpackers hari tu. Kasut aku dah serupa mulut buaya. Menganga je kat depan. Entah macam mana boleh jadi gitu, sayang pun tak tahu dear...

Nasib baik staf Ipoh yang jemput aku pastu baik hati orangnya. Dia bawa aku ke kedai kasut paling murah di bandar Ipoh. Dengan berkaki ayam, aku turun dari kereta dan masuk ke kedai. Sampai kedai, tawkeh bagi aku pakai selipar dia, hahaha. Baik betul aunty. Muah ciked. Lepas beli kasut, kami pun bergegas pegi ke ofis Ipoh...

Sampai ofis lepas say hai hai pada semua staf yang tengok aku semacam, aku terus jumpa Taufik. Taufik tanya, dah jumpa Pengarah belom? Errkkk, aku tanya balik, perlu ke? Haha. Takde protokol betul aku ni kan. Dah masuk ofis orang, pinjam bilik, pinjam mesin faks segala bagai, tapi tak jumpa Pengarah dia lapor apa-apa.

Taufik dengan selamba bawak aku jumpa Pengarah. Adoi la...siapalah aku ni kan, nak jumpa big boss? Sampai je bilik bos, aku terkejut.. Eh eh.. Encik Aliff ke Pengarah Ipoh? Kalau dia, aku gelak-gelak langsuir pun boleh, kah kah kah. Lepas berbual-bual ala kadar, En. Aliff puji tindkan aku yang sanggup naik train datang Ipoh. Save duit jabatan katanya. Aku pun dengan rendah diri berkata, alah takde benda pun Encik.. Orang lain, mdapat arahan masuk hutan hulu mana pun, kalau takde kenderaan boleh hantar, dorang sanggup je naik turun bas atau komuter, asal sampai. Pengorbanan dorang tu lagi bermakna dari apa yang aku buat ni. Lek brader...Shah Alam - Ipoh, apa ada hal... Bukan aku yang drive pun kan, hehehe. Dalam train tu pun aku banyak berkhayal je :)

Eh ehhh...punyalah lama aku menulis. Aku dah terlambat masuk meeting!!! Aaargggghhhh...aku dah lewat 26 minit! Aarrrghhhhhhh..!! 


Aku stop dulu.


Wednesday, September 7, 2016

KEKAS 2016 - Part 3 (Di Sini Bermula..)

Assalamualaikum sayangs (miahahaha, gediks beno)

Agak malu sebenarnya nak update cerita pasal KeKAS 2016 ni. Sebab kawan-kawan siap bahan isu muffin dan seksi tang punggung tu. Aku sampai angkat white flag, hahaha. Tak tahan wei, korang kalau dapat peluang nak bahan aku memang korang pulun cukup-cukup ea... Naughty naughty nak kena babap ni :)

Frankly speaking, apa yang aku tulis itulah yang ada di hati. Secara tak sengaja aku tengah train diri untuk menulis macam ni, sebab plan nak keluar buku sendiri kan, hehehe. Kalau Amran Fans boleh keluar buku yang isinya cuma post FB Page dia, dan Hafiz Hamidun keluar buku nampak bulu hidung dia, aku pun mesti boleh keluar buku, kannnn? Please sedapkan hati aku, ahaha :D

Ok sayangs, kita sambung KeKAS Part 3.

Di hari yang ketiga, adalah aktiviti utama kursus KeKAS nih. Iaitu mendaki Gunung Nuang. Nasib baik dia tak tulis Menawan Gunung Nuang. Kalau kau tulis perkataan menawan tu dik, siaplah kau akak stapler kat pokok. 

Pintu masuk nak ke Gunung Nuang. Credit picture: Mr. Googs


Malam sebelum mendaki tu kan, aku memang tak boleh nak tido... Jam dah pukul 1 pagi, tapi aku masih terkebil-kebil. Adoi la...macam mana aku nak tido ni bhaii.. Aku off aircond...kot-kot lah aku tak boleh tido sebab sejuk beku dalam bilik kan. Rupanya tak jalan juga... Lepas tu aku duduk. Aku perati je roommate aku. Semua dah tido, berdengkur lagi... Aku dengki dowh.. Lastly aku ambil handphone, buka folder Play Books. Pilih punya pilih, akhirnya aku decide baca Di Bawah Lindungan Ka'bah, tulisan Hamka. Ajaib sungguh, tiba-tiba masa baca tu, aku tak sedar pun aku dah tido! Hahaha, choi betul statement ni. Bacaan islamik macam tu aku buat ubat tido... Astaghfirullah... :)

Sampailah saat yang ditunggu-tunggu. Aku singkatkan ok, kita terus ke cerita mula bergerak dari pintu masuk ke Gunung Nuang ye. Aku ni berjalan la perlahan-lahan. Awal perjalanan, kami masih gerak dalam satu kumpulan. Adam, Azlan, Nazmi, Mohammad, Zaimi, Durra dan aku. Tapi sebab ni aku jalan macam kura-kura, lastly hanya tinggal aku, Durra, Mohammad dan Zaimi. Sampailah kami ke pondok yang pertama. Kau tahu bhai...dari pintu masuk nak ke pondok pertama pun sebenarnya aku dah rasa lain macam. Bukan perasaan surrender, tapi something la..aku pun tak reti nak elaborate macam mana. Boleh kata aku rasa masa tu ada je orang perati. Hurmmm....statement perasan cantik dari Amoi Eton. Mohon share gambar muntah, plisss..

Ok, aku cerita bab pondok pertama dulu ye.

Masa tengah rehat kat pondok pertama ni, aku terdengat perbualan antara Ismail (Guide) dengan somebody via walkie-talkie. Memang clear aku dengar dorang cakap "Sape sape tak larat jangan bagi proceed. Terus hantar balik. Bawak keluar.." Mak aih...seriusnya arahan tu. Macam askar dah aku rasa.

Kau tahu bhai....masa Ismail dengar arahan tu, mata dia tepat memandang aku. Aku mengeluh dalam hati... Nape pandang kat aku, Mael? Kau tak percaya aku ke.... Sedihnya masa ni. Huhuhu.... Aku tengok Mohammad, aku tengok Zaimi. Pastu aku cakap dengan Mohammad, "Jum Mad, kita gerak.." Aku memang tak bagi chance langsung kat Mael untuk approach aku, tanya sama ada aku nak balik ke tak. Aku tak pikir panjang, aku jalan je. Guide yang lain follow dari belakang. Aku sempat jeling Mael, bagi signal aku tak puas hati kat dia. Mael, aku benci kaw...

Huk aloh... Korang mesti ingat ada something antara aku dengan Ismail ni kan? Korang bergosip lah ye. Tak kan ada sebarang pengakuan dari kami, miahahaha

Credit picture to Baju Biru, kikikiki. Eh, ada budak UniKL muka senyum beriman di situ... Budak pompuan tu pulak, sweet je senyuman dia kan. Ai is jeles :p

Jalan punya jalan sampai lah ke pondok yang kedua. Setakat ni, perjalanan dari pintu masuk hingga ke pondok yang kedua ni kau jangan cakaplah... Naik turun, naik turun, aku macam nak acah-acah pengsan je kat situ. Tapi sebab nak jugak tengok track Gunung Nuang dan air sungai, aku teruskan even lambat.

Dari pintu masuk nak ke Kem Lolo, dia punya azab berjalan kaki tu kan, aku boleh kata suruh harimau makan durian lagi senang. Beg aku yang beratnya cuma 2% daripada haversack yang aku biasa bawak masa masuk inventori kat hutan, kau tau sapa yang bawak? Thanks to Mohammad. Aku betul punya mengada, bhai... Beg kecik macam tu sampai si Mohammad tolong bawakan. Kau tahu siapa lagi yang support aku masa tu? Thanks to Zaimi. Dia lah yang guide kat depan tu jalan landai ke, kat depan tu naik bukit sikit ke, kat depan tu pondok ke. Tu baru sikit pertolongan yang dorang bagi kat aku. Aku tak cerita habis lagi. Aku cerita pelan-pelan ye :)



Aku tak ingat berapa jam yang aku ambil untuk sampai ke Kem Lolo. Sepanjang perjalanan kami lalu banyak pondok, kebun orang dan jalan yang mendaki dan turun. Tapi percayalah, jalan mendaki lagi banyak daripada kau menurun. Aku tak malu nak mengaku, ada certain track, Mohammad suruh aku berpaut pada beg Zaimi, Zaimi tarik aku guna beg dia dan Mohammad tolak aku dari belakang. Tapi cara Mohammad tu tolak belakang aku tu, ada lapik lah bhai... Ko jangan... Jangan pikir dalam sangat bhai... Beg aku kan ada, beg tu yang Mohammad guna untuk tolak belakang aku. Let say Mohammad pegang aku direct macam tu je, kau ingat aku nak bagi chance? Silap-silap terlipat tiga, Tok Penghulu kita ni, hahahaha :D

Sepanjang aku kerja masuk keluar hutan, tak pernah lagi aku seteruk ini. Aku dah macam newbie pula. Dalam hati, memang malu teramat, tapi itulah salah satu bantuan dari kawan-kawan yang supportive. Ya Allah, dorang ni aku baru je kenal, tapi rupa-rupanya dorang ni memang jenis lelaki yang kau boleh buat suami eh..kawan. Oh ye, untuk makluman, Mohammad dah kahwin ye, tapi ada 3 lagi kuota. Zaimi pula, single & available young man, dia ada 4 kuota. Hahaha. Aku tukang rekemen je. Orang lama dalam Perhilitan selalu sebut, kalau nak kenal hati budi manusia tu, kau bawak dia masuk hutan. Ini memang betul, pakcik. Saya setuju dengan pesanan pakcik :)


Sampai je Kem Lolo, aku nampak ada sungai.... Wahhhh, sungaiii! Siapa tak suka sungai, dia kawan kambing, hahaha. Kami berehat-rehat dan isi air dalam botol. Sedapnya air sungai.... Pastu Zaimi kata, kat Pacat ada punca air. Rasa dia lagi sedap. Masa aku dengar tu, wahhh tiba-tiba semangat pulak nak naik sampai atas, hehehe. Lepas tu, Guide bagi taklimat pasal laluan nak ke Dataran Pacat. Guide muka garang dalam hati ada taman tu kata, laluan memang mencanak je. Takde landai-landai...

Kem Lolo. Sorry la, gambar-gambar ni aku tak tahu nak credit kepada siapa. Aku save dari group wasap. Apa pun, macehh :)

Masa ni aku dah terkedu. Aku berfikir, boleh ke aku sampai ke Pacat.. Secara tak sengaja, aku menoleh tengok muka Mohammad yang berdiri berhampiran. Mohammad macam faham je apa aku tengah fikir.. Aku kata kat dia "Boleh ke, Mad..." Suara aku pun memang kedengaran macam takde harapan... Mohammad dengan confident kata "Boleh. Aku tolong" Adoi la Mad....masa ni kau memang HERO. Terserlah sifat keTokPenghuluan kau masa cakap macam tu. Ada lagi beberapa perbualan antara aku, Mohammad dan Zaimi masa tu, dan finally aku decide untuk naik sampai ke Pacat. Salah satu reasonnya ialah aku nak tengok punca air tu. Aku tak pernah lagi minum air gunung. So, ini lah peluang aku. Kemon amoi..kemon!

Lepas tu, baru 10 minit naik, aku dah tersandar berehat. Hahahaha, tak boleh blah. Masa ni aku dah ketawa dalam hati. Tengah sengih-sengih kepenatan tu, Ismail lalu tepi aku. Wak, I still remember what did you say at that moment. I still remember, Mael. Once again aku nak tulis, kenapa dengan kau? Aku tak nak lah tulis kat sini skrip kau tu. Kang orang kata ni couple tak jadi je..cis :p

Ok, kita lupakan Mael.
Aku rasalah kan, aku ambil masa 4 jam untuk sampai ke Pacat. Aku rasa je lah...sebab aku pun tak ingat jam berapa kami start mendaki tu. Kami sampai ke Dataran Pacat dalam jam 1.20 petang macam tu, still aku pun tak sure exactly jam berapa kami sampai. Sepanjang pendakian, aku memang banyak berhenti. Asal berhenti, mesti aku teguk air. Aku dah langgar tips yang Pak Long bagi, katanya minum hanya satu sip (penutup) botol. Aku bantai 3 teguk. Gila tak kembung perut aku minum air. 

Apa pun aku bersyukur sangat sebab Mohammad dan Zaimi banyak bantu aku. Aku pun tak tahu nak ucap terima kasih macam mana. Apa yang aku tulis kat WhatsApp dan personally hantar kat korang berdua, itulah yang aku rasa dari hati. Terima kasih, kawan. I owe you guys a BUDI. Mohammad memang banyak bersabar dengan aku. Dia tak merungut sekali pun. Ada certain tempat, yang dia rasa aku still boleh melangkah lagi, dia akan push aku supaya jangan stop, jalan sikit je lagi. Ada certain tempat yang aku rasa aku nak baring, dia tak bagi. Jangan baring, nanti cramp, katanya. Masa ni aku rasa macam nak menangis sebab tak boleh baring...uu uuuu..penat oo. Kalau dia bagi can untuk aku tidur, memang aku hentam je tidur kat tengah-tengah track tu. Ada satu kali, aku rasa aku memang tak boleh nak jalan, Zaimi berhenti dan bukak beg. Then dia bagi aku asam boi. Ya Allah...makan asam boi masa penat macam tu, I feel like heaven... Hahaha, propa sangadd. Maceh Zaimi. Awak baek sangad. Tapi awak tak boleh jadi adik ipar saya. Tapi awak boleh jadi suami Durra. Ehhh?

Ada certain tempat yang aku rasa macam nak jatuh, aku akan stop dan peluk pokok. Masa ni nasib baik aku masih waras dan tak memeluk Tok Penghulu tu. Kalau lah terpeluk, gulppp....mau gugur janggut Tok Penghulu kita, kan awak...kah kah kahh. Tapi kan, aku ada pengalaman pelik masa peluk pokok-pokok kat Gunung Nuang ni. Sebab semua pokok yang aku peluk, pokok tu memang sejuk sangat-sangat. Kulit pokok tu pulak licin berkilat. Cantik je pokok ni. Tumbuh kat tengah-tengah laluan pulak tu. Terdetik juga kat hati nurani aku, pokok ni ada penjaga ke? Tapi aku takde pun niat nak toreh-toreh pokok tu, so any benda halus (kalau ada) pun sure tak kacau aku kan? Itu lah salah satu buah pikiran newbie naik gunung yang korang jangan follow. Heh..

Ada satu tempat tu kan, rupanya ada banyak pokok durian. Masa tu aku duduk berehat. Tengah lepak-lepak tu, aku nampak Zaimi angkat sebiji buah durian dan lempar ke tanah. Acah-acah nak belah nak makan durian lah tu. Aku nampak je durian tu, aku hidu pulak sekeliling aku. Ada bau durian, bhai! Aku perhati tanah sekeliling, aku nampak baaaanyak kulit durian. Aku tengok atas, cuak giler aku masa tu..! Aku pusing kepala cari Mohammad. Belum sempat aku kata apa-apa, Mohammad dah push suruh aku bangun. Dia pun aku tengok kelam kabut blah dari situ. Nasib baik takde durian jatuh atas kami. Kalau tak....aku jadi durian bersiong.

Aku kat mana? Aku kat mana?

Guide kata dah dekat nak sampai dah. Aku masa ni tak percaya dah apa yang pakcik guide ni cakap. Dari tadi dia kata lagi setengah jam sampai, lagi setengah jam sampai. Berpuluh kali juga aku tengok jam, kami tak sampai-sampai pun. Sampailah Mohammad berkata "Aku terbau nasi ayam, Moi. Hah, dekat dah tu.." penuh yakin dia bagi aku semangat. Yang peliknya aku tak bau apa-apa pun. Nampak sangat Tok dah lapar, hahahaha. Lapar ye Tok? Sabaq naa..sat lagi kita makan :)

Azzyati dan Durra posing atas banis Liana. Dorang sampai awal masa ni. Aku tak dan, penat...

Jalan punya jalan, akhirnya sampai jugak aku ke Dataran Pacat. Ya Allah, aku ucap syukur dalam hati. Lantak lah kalau orang tengok aku antara yang terakhir sampai. At least aku jejak Pacat. Boleh cerita kat anak cucu, kan. Sampai je, aku terus peluk pokok. Dan dan aku nampak hammock. Dengan muka tak malu, aku tunjuk hammock tu sungguh-sungguh. Guide yang tengah baring atas hammock tu mungkin kesian kat aku, dia bagi aku stay kat hammock dia. Siap bagi aku minum teh o. Hurm, macey awak. Tapi aku still tak boleh baring, dorang tak bagi... uuu uuu uuuu... Sambil lepak atas hammock orang, aku nampak Mael. Tanjat aku... Aku turun dan duduk je atas tanah. Sembang-sembang ngan Durra. Pastu aku tanya Zaimi pasal punca air gunung yang dia janji nak tunjuk. Zaimi kata ada, nak tengok ke? Ofkos lah Mi...penat aku naik, tapi tak tengok, huhuhu nanti. Kami tiga orang pun jalan lah ke sana, sambil bawak botol kosong.

Sampai je punca air tu, giler teruja beb.. Kawasan sungai tu kecil je, tapi kau masih boleh mandi manda lah jugak. Aku minum air gunung (for the first time ever). Dia punya nyaman....sampai ke perut, hahaha. Kita orang sembang-sembang. Pasal Indon la, pasal sulfur la, pasal hiking la. Pastu Zaimi suruh kita orang rendam kaki. Aku mulanya malas sebab leceh nak buka stokin kasut bagai. Mohammad rendam kaki dia dulu. Lepas dia rendam je, dia punya teruja tu... Kalau kau kenal Mohammad, kau boleh imagine apa yang aku tulis ni. Sebab keterujaan Encik Mohammad kita ni, aku pantas bukak stokin bukak kasut. Gulung seluar takut basah (nasib baik pakai lengging). Cari port best, duduk, rendam kaki. Ya Allah.....heaven bhai! Memang sedap kaki masa tu, penat naik gunung terus hilang. Kalau lah aku takde rasa malu masa tu, memang aku dah mandi. Tapi kalau aku mandi, aku takut janggut sejemput Mohammad dan Zaimi gugur melayang, hahahaha!

Oppss.. Jangan nakal, moi....

Lepas dah puas main dan minum air, kami pun naik balik ke tempat berkumpul. Sampai je, rupanya dorang tengah bergambar-gambar. Aisemen....kelam kabut kami masuk posing sekali. Lepas tu, pakcik guide bagitahu, tak jadi untuk terus ke Pengasih dan puncak Gunung Nuang, sebab masa dah suntuk. Aku memang dah pikir, kalau dorang proceed untuk naik, aku stay je kat Pacat. Penat lah, awak.... Kita tak larat :) Yang buat aku rasa sengal, masa pakcik kata kita tak boleh naik ke puncak, dia cakap sambil tengok aku. Pakcik, hati den ibarat disimbah sebaldi gula. Macey pakcik...saya terima seadanya, hehehe.


Orait sayangs sayangs...untuk part 4, aku cerita bab turun gunung pulak ye. Cerita ni pun best, sebab ada something wow aku nak tulis kat situ.

Wassalam,
~dulu terkenal dengan nama Amoi Eton. Muah ciked!

Monday, September 5, 2016

Kem Kesedaran Alam Sekitar Negeri Selangor (KEKAS) 2016 - Part 2

Assalamualaikum wbt, & Hai hai hai sayang semua.
Muah pipi sikit, ehehehe :D

Kali ni nak sambung Part 2. Part 1, mohon baca previous post ye.

Ok sayang, kali ni nak cerita aktiviti-aktiviti untuk hari ke 2 sepanjang program KeKAS 2016 ni. Hari nan indah itu dimulakan dengan riadah yang tak serupa riadah sebab dah lewat sangat urusetia dan pesertanya berkumpul. Aku, Pn. Nurul, Pn. Khadijah dan Azzyati paling awal turun. Alam pun masih gelap lagi. Sebab masih gelap, aku ambil peluang baring-baring atas bangku dan tengok langit. Aaahhhhh....best betul tengok langit. Subuh tu, bintang tak nampak sangat, mungkin kerana keadaan yang berawan dan berkabus. Takpe, ambil mood baring-baring tengok langit pun aku dah happy sangat-sangat.

Makin siang makin ramai yang datang untuk riadah. Lepas dah kira anak buah masing-masing, fasi bawak kami ke tanah lapang atas bukit yang semalamnya kami main program Night Walk. Semput giler aku naik bukit pendek tu. Dalam hati aku, aku memang kena kuruskan balik badan lepas ni. Kena buat apa je work out, untuk naikkan balik stamina. 

Sampai atas, kami panaskan badan beramai-ramai. Dalam hati aku, patutnya panaskan badan sebelum naik bukit, takde lah ramai yang semput pagi-pagi macam ni. Ek eleh...padahal yang semput tu aku sorang je kot, ahahaha :D

Habis je panaskan badan, fasi ajak main game. Main sepak bulu tangkis. Pergh...kau terror main tak benda ni? Kalau tanya kat aku, memang aku tak reti main. Aku memang suka cuba new thing, tapi untuk game ni, aku segan nak main sebab ramai mata yang menengok kau timang-timang bulu tangkis tu. Aku request Durra untuk jadi wakil perempuan dari Group Tanah, hahahaha. Cian Durra aku buat :p

Lepas je main timang-timang bulu tangkis tu, kami disuruh turun balik untuk breakfast kat kantin. Aku ngan Durra antara yang last turun, sebab Durra plan nak panjat pokok rambutan sebenarnya. Aku pun memang nak join panjat sekali. Tapi plan kami kantoi dan urusetia tak bagi panjat, takut kami jatuh ke abam oi? Ini Amoi ngan Durra la....setakat panjat pokok renek macam cendawan tu, apa ada hal nak jatuh... Kih kih kih, riak sungguh kau, Amoi ton! :p

On the way turun tu, aku ngan Durra sempat capai buah rambutan kat pokok-pokok lain. Sempat juga ambil gambar. Cantik betul gambar tu, nanti aku upload ye. Urusetia pun tak lepas peluang, minta kami snapkan gambar dorang. Nasib baik gambar yang aku snap tu cantik, boleh jual :)

Ok, next program ialah wall climbing dan flying fox!

Program asal is paintball, tapi dibatalkan atas sebab yang tak diketahui, aku pun malas nak tanya, takut dicop sebok jew oleh urusetia.

Ok, aku tak tahu kenapa di Typing ada kat hujung sinun. Penghulu, penghulu,,,awak nakal sungguh :p

Sedap betul ambil gambar guna kamera orang kan. Cecantiks pulak tu gambar yang dorang snap, ahahaha :D

Untuk program wall climbing tu, Mohammad volunteer untuk jadi model abah-abah. Hahaha :D Lucu pulak statement abah-abah aku ni, memandai je bagi nama. Actually kami ditunjukkan cara yang betul untuk pakai peralatan nak berwall climbing tu. Yang lucunya, urusetia kiut tu siap kata, ala macam pakai spender. Kah kah kah!!! Besarnya spender ko dik :D ok, disebabkan kami ramai, maka lepas je Mohammad pakai benda alah tu, kami kena suruh pegi flying fox. Tinggallah si Mad sorang kat situ. 

Sampai je kat port flying fox, kami diterangkan pasal safety segala, dan pakai siap-siap. Lepas tu, mendaki sikit untuk ke post permulaan flying fox. Kat situ ada sorang urusetia dah tunggu, nama dia Amin, budak UniKL. Hensemmm...dowh :p muka dia ada senyuman penuh beriman, hehehe

aku tak boleh blah la bila nengok muka Azlan ngan Zaimi nih. Macam budak dapat ribena je gamaknya

Ni gambar Pn. Khadijah. Saje aku upload sebab ada gambar si Amin UniKL kat situ. Hiks!

Masa berflying fox ni, aku tak lah teruja sangat...sebab aku dah biasa main. Masa jadi komander dulu, abseiling, flying fox, cycling, paragliding dah jadi mainan dah (ok, ada bunyi kerek di situ, abaikan). Dah masuk kerja, baru start main hutan. Ok, di sini aku sebut HUTAN ye, bukan GUNUNG. So, kalau hutan, maksudnya kami boleh pilih suka-suka hati track mana yang kami nak lalu, nak senang atau susah. Tapi kalau GUNUNG, takdenya kau nak pilih-pilih track. Itu je track yang ada. Melainkan kau ada kemahiran membina track baru ke puncak Gunung Nuang, mohon roger aku. Aku nak tahu. Kenapa beb, aku tiba-tiba tulis pasal HUTAN dan GUNUNG ni? Haaaa, ada ceritanya. Tungguuu :)

Habis je program flying fox, kami terus ke port wall climbing. Ok, di sini memang aku fail giler-giler... Aku cuba yang belah kiri, tak dapat nak even separuh dinding. Aku pindah ke sebelah pulak, sama jugak, and more even worst, hahahaha. Aku cuma dapat capai batu ke empat je. Hampeh betul! Aku fade up, aku pun surrender le. Bila aku tengok Durra ngan Adam panjat wall tu, perghhhh bukan main bergayanye dorang dapat sampai atas. I salute you, Durra & Adam. Korang nampak seksi sangat kat atas wall tu....hahahaha. Seksi tang mana, Moi? Seksi tang punggung! Korang patut kenal ngan Adam... Dia kerja kat Forestry, SUK. Muffin dia...gebu wei... Aku nak tunjuk kat Bel. Hahahahaha :D adoi, tergelak-gelak aku masa taip post nih. Jangan lah kawan ofis kata aku gila.

Ok dear, habis je kedua-dua aktiviti ni, kami minum petang. Pastu pada sebelah malam ada taklimat pasal hiking untuk esok hari. Taklimat diberikan oleh Pak Long. Ha, yang ni nama dia Pak Long eaa.. Yang hari pertama tu Pak Uda. Pak Long ni, kira consultant untuk program outdoor ni lah. Banyak yang dia cerita malam tu. Antaranya safety. Then yang paling aku ingat dia pesan "Don't fight the nature". Bagi aku mkasud dia, jangan naik kalau tak boleh naik. Ahahahaaha, aku physically sekarang ni memang tak boleh naik gunung. Tapi aku degil. Ditambah pulak dengan bantuan dan support dari Mad dan Zaimi, lagi lah aku degil nak naik. Dalam taklimat tu, kami dikenalkan dengan beberapa Guide lain yakni anak didik Pak Long juga. Antara yang aku memang ingat malam tu ialah Guide bernama ISMAIL. Aku dah rasa semacam....aku tengok Ismail. Aku memang perasan dia sejak program siang tadi, tapi masa tu aku tak tahu pun namanya. So bila dapat tahu nama mamat tu masa taklimat hiking malam tu, aku dah tak sedap hati. Adoiiiiii...kenapalah nama kau ISMAIL?

Kenapa???


Ok, bersambung ke next Part ye.


Wassalam,
Renjer Jutawan
~ Dulu tak tahu. Sekarang dah tahu. Dah tahu, terus tak mahu. Apakah ia?


Friday, September 2, 2016

Kem Kesedaran Alam Sekitar Negeri Selangor (KEKAS) 2016 - Part 1

Alhamdulillah syukur...

Dapat jugak aku konvo kursus KEKAS 2016 ni. Konvo? Hahahaha :D

Satu program anjuran Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan SUK. Program ni bermula 27 Ogos 2016 hingga 30 Ogos 2016, yakni 4 hari 3 malam. Dan berlangsung di Nur Lembah Pangsun (NLP). Tempat yang aman damai namun tak mengujakan aku, mungkin sebab aku dah biasa dengan persekitaran hijau sebegitu, al maklum...kerja renjer khennn... hahaha :D. Tapi tapi tapi, aku start teruja dengan NLP bila.... Nanti aku sambung cerita tang itu.

Dari hujung (hujung mana, ko teka sendiri, haha) Pn. Nurul, Azzyati, Amoi Kihut, dan Pn. Khadijah

Aku dan kawan-kawan pejabat gerak ke SUK jam 9 pagi macam tu. Sampai je SUK Dewan Annex, kami sign-sign macam artis (uhuk) then dijemput untuk sarapan. Sarapan mee goreng dan air kotak. Aku tak berapa gemar makan mee minyak awal pagi, tapi takpe takde masalah kalau itu yang dihidangkan. Aku makan sikit buat alas perut.

Tunggu punya tunggu akhirnya kami naik bas ramai-ramai dan bergerak ke Nur Lembah Pangsun. 

Tentatif program sepanjang Kekas 2016. Patutnya ada paint ball, tapi ditukar kepada wall climbing. What the dot dot dot

Korang boleh tengok ye dalam jadual kursus tu, aktiviti memang pack tapi percayalah, pengisian program tidak mengecewakan. Thumbs up juta juta aku bagi pada Urusetia dan penganjur program. Pada asalnya juga, ada program paint ball. Dan aku akui, program ini lah yang betul-betul menjadi penyebab kenapa aku sudi join kursus Kekas ni even perkataan mendaki Gunung Nuang agak mengerikan aku. Tapi di saat akhir, paint ball ditukar kepada wall climbing. What the dot dot dot sekali lagi...


Program dimulakan dengan Ice Breaking dan sedikit LDK. Kali ni ada seorang pakcik yang introduce diri dia sebagai Pak Uda. Sumpah..! Pak Uda memang sempoi. Dari mula program sampai ke petang, aku memang tak kering gusi. Ketawa sakan macam dah gila, lepas tu sebelah malam pandai pulak aku sakit kepala plus nak muntah. Choiii...ngengade!


Sebelah malam, ada program Night Walk. Aku ni masa baca nama aktiviti night walk ni, aku imagine kami dibawa berjalan-jalan di waktu malam dan mneghayati bunyi fauna atau haiwan-hawain nocturnal. Masa ni aku memang dah lembik sikit sebab nak muntah tak keluar-keluar, sakit kepala mencucuk-cucuk. Sakit kepala tu nasib baik dah kurang sebab makan panadol Durra bagi.

Masa taklimat program ni, kami diberitahu oleh urusetia, setiap orang akan dilepaskan one by one. Di setiap hentian akan ada urusetia yang dah ready tunggu kat situ. Sampailah giliran aku. Aku bantai jalan je sampai tak sedar aku dah terlajak rupanya. Kah kah kah! Urusetia tu pun satu...ko dah pakai baju gelap, duduk kat kawasan gelap, apa kau expect dari aku yang rabun ni dik oii... Urusetia tu jerit panggil aku... "Kak, sini kak..!" Laju je aku brek kaki, patah balik. Laaah, ada orang rupenye. Hehehe.

Dia bawa aku ke satu kawasan dan bagitahu suruh aku pegang je tali tu. Dalam hati aku...laaa, ini macam program yang kami biasa buat masa PPBD. Adoi la, dalam pening-pening tu, aku follow je la tali tu. Memandangkan aku sorang-sorang je masa tu, aku jalan slow-slow je sambil lihat sekeliling. Aku perhati tanah, ada something yang seakan glow in the dark. Mulanya aku sangka itu kunang-kunang or kelip-kelip. Tapi benda tu tak terbang lepas aku kuis-kuis dengan kaki. Nak kata paku bumi, tak juga, sebab paku bumi jenis melata atas tanah dan banyak. Hurmm... aku terus jalan. Sampai lah aku rasa penat dan aku berhenti sekejap. 

Sambil tangan sebelah pegang tali, aku lepak kat satu pokok ni sambil menyandar. Aku pejam mata dan fokuskan pada pendengaran je. Aku dapat dengar bunyi orang bercakap kat sebelah atas. So aku assume kat atas aku tu lah tanah lapang, as mentioned by urusetia sebelum ni. Aku buka mata dan tengok sekeliling aku. Thanks Allah...aku tak nampak hantu masa aku mengada-ngada tengok keliling masa tu. Kui kui kui :) Masa aku tengah rilek-rilek tu lah, aku tiba-tiba rasa ada sesuatu berjalan dengan pantasnya menuju ke arah aku! Tali yang aku pegang bergegar-gegar! Ada ada bunyi rumput kering bergeseran!

Rupa-rupanya group member daaa..... Hahahaha! Punyalah laju dia jalan dari bawah tu, cepat benor ko sampai, Azlan! Nampak sangat takut ngan gelap, hahahaha :)

Aktiviti malam tu berakhir dengan cemerlang. Agak lama kami stay kat tanah lapang atas bukit tu. Aku ngan Durra asyik bersembang sampai aku lupa nak baring-baring tengok langit, tengok bintang. Sesuatu yang aku dah lama idam nak buat, namun dah bertahun tak tertunai. Boleh kata suasana malam tu baik sekali. Boleh kata aku ralat sedikit. Tapi tak apa, sembang dengan Durra pun best jugak. Best best!

Porgram hari ke-2, aku sambung di entry seterusnya. Kali ni aku nak cerita pasal group member aku pulak. 
  • Muhammad aka Tok Penghulu ~~ yang ni, korang wajib baca, sebab ini antara yang special
  • Durra
  • Zaimi MDKL
  • Azlan MBSA
  • Adam Perhutanan
  • Nazmi LUAS (kot, aku lupa lah pulak, kikiki. Sorry Ayin)

Peserta KeKAS 2016. Semuanya super ohsem!


Wassalam,

Renjer Jutawan




Wednesday, August 10, 2016

Temuduga Program Pertukaran Belia Ke Korea 2016

Assalamualaikum wbt & Hi, rakan-rakan.

Alhamdulillah, pagi ni ada kesempatan untuk update blog Renjer Jutawan ni ha. Kali ni aku nak cerita tentang pengalaman aku ditemuduga untuk program pertukaran belia Malaysia ke Korea untuk tahun ini, iaitu 2016. Oh ye, masa aku start tulis ni jam menunjukkan sekarang ni jam 8.40 pagi. Kita tengok nanti jam berapa aku habis tulis. Hahaha

Haa, korang semua yang dok google keyword interview program pertukaran belia korea tu mesti nak tahu pasal soalan-soalan masa temuduga, kan? Jangan nak kata tidak...wa tau maksud lu, miahaha :p

Ok, masa mohon program ni secara online hari tu, memang tak menaruh harapan sangat untuk berjaya dipanggil temuduga, even syarat-syarat minimum tu aku yakin aku dah lepas. Sebab iye lah kan, mana lah tahu tetibe ada kriteria lain pulak yang JPA tetapkan semasa menapis calon-calon untuk temuduga tu.

Pada 02 Ogos 2016 tu, aku dapat sms dari nombor 15888. Biasanya kalau nombor 5 angka macam ni aku malas nak baca, sebab banyak iklan kasino online je. Tapi last-last baca lah juga. Lepas baca tu excited sungguh, sebab rupanya itu sms dari JPA untuk maklumkan calon yang dipanggil temuduga boleh semak keputusan masing-masing mulai 01 Ogos 2016 hingga 05 Ogos 2016.

Aku pun apalagas, terus huru-hara buka laman web JPA dan cari info pasal tu. Jumpa link berkaitan, klik sana klik sini, key in IC segala, lepas tu aku tengok aku BERJAYA untuk temuduga tu. Alhamdulillah, happy nya aku masa tu. Kawan aku yang sorang lagi yang mohon sama-sama dengan aku, pun berjaya jugak. Dalam surat tu ada sebut kami kena sediakan salinan buku servis dan bawa sijil-sijil aktiviti luar.


Aku dan kawan aku memang cuak. Kami ada tempoh lebih kurang seminggu untuk prepare apa yang patut, sebab interview tu dibuat pada 09 Ogos 2016. Kawan aku tu aku tengok memang buat ulang kaji, google maklumat tentang Korea dan soalan dalam temuduga based on pengalaman orang lain sebelum-sebelum ni. Dan aku? Sepanjang minggu sebelum temuduga tu, kerja aku melambak-lambak. Banyak report kena siapkan. Dan perlu dihantar ke Ibu Pejabat sekian sekian tarikh pulak tu. Aku hanya dapat menelaah pada 8 Ogos, iaitu sehari sebelum interview. Tapi sebenarnya selepas aku submit permohonan bulan Mei hari tu, aku ada study sikit-sikit pasal Korea dan aku ada juga terjumpa blog-blog yang tulis pasal interview ni. So, ada sedikit lah maklumat yang melekat kat kepala ni ha.

Google punya google, aku jumpa satu blog ni, www.hazirharon.blogspot.my . Aku baca keseluruhan post dan lepas tu aku baca komen-komen kat bawah. Aku pun hantar komen dan tulis something. Lepas tu kan, tup tup owner blog pun tulis komen dan tulis nombor telefon dia. Aku like....what... Aku save nombor dia, pastu aku wasap. Pantas beb, tindakan kena pantas. Tak pantas, haruslah kau tertinggal, kikiki.

Apa yang aku wasap kan pada tuan punya blog biarlah menjadi rahsia. Apa yang boleh aku katakan, aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat Illahi sebab bantuan yang aku terima dari En. Hazir ni amat-amat membantu. Beliau sangat supportive dan menjawab apa jua kemusykilan yang aku kemukakan. Korang kalau bersungguh nak hadir ke interview ke Korea ni, contact lah beliau. 

Baik lah, aku cerita kan pulak hari kejadian ye (hari interview). Aku dan kawan aku sampai agak lewat dan kami pun memang cuak sebab kelewatan 16 minit tu. Sampai je, kami serahkan salinan buku servis dan fail sijil pada urusetia, sain kehadiran dan kami masuk ke dalam bilik menunggu.

Apa yang aku lihat, ada yang duduk di meja bulat dan study (aku rasa dorang tengah study pasal Korea lah kan). Ada yang berbual sesama sendiri. Ada yang lone ranger. Namun satu benda yang aku boleh pastikan ialah, di tangan masing-masing ada nota atau handphone. Masing-masing aku tengok khusyuk menelaah atau online. Aku masuk dan duduk. Aku bukak beg dan ambil nota. Aku bukak handphone, on wifi dan cari pasal maklumat Rumah Hijau sebab malam sebelum tu tak sempat google.

Kawan aku pun aku tengok memang study, sambil tu kami sembang-sembang dengan kawan-kawan sekeliling. Lama-lama, aku stress pulak, wakakaka. Pening dah aku dok menghafal apa yang patut. Lepas tu kan, jam 9.10 am ada orang JPA yang bagi taklimat ringkas. Hurmm.. hensem orangnya. Kah kah kah :D Segak bersut lengkap. Macho lah awak, Encik JPA :) ngeeeeee

Habis je taklimat, aku ambil handphone dan tengok eh, ada wasap baru le.. Rupa-rupanya En. Hazir. Dia tanya dah sampai ke belum kat JPA? Pastu dia siap gelak, katanya eh dia gelabah macam dia pulak yang interview. Kikiki. Kami sembang ringkas sekejap. Pastu aku dok termenung tunggu giliran sambil usap perut sebab tak sempat sarapan. Hehehe. Oh ye, aku interview kat JPA, Kompleks C3, Aras 4. Sesi pagi. Kat aras 1 tu, ada kantin tau. Tapi nak turun makan kat situ, cuak sebab takut nama kena panggil untuk masuk bilik interview.

Lepas panel semua dah bersedia, satu demi satu kumpulan dipanggil. Ada 5 bilik temuduga. Setiap bilik ada 2 panel penemuduga, sorang dari JPA dan sorang lagi ialah Alumni, iaitu peserta yang dapat pergi ke Korea sebelum-sebelum ni. Seramai 5 orang di dalam setiap kumpulan untuk setiap bilik dipanggil pada masa ni.

Akhirnya sampai lah giliran aku.. Ada 3 orang dalam group aku. Tiga-tiga perempuan. Aku salam dan berkenalan ringkas sebelum kami masuk ke bilik temuduga. Kami dapat bilik nombor 3. Aku ketuk pintu, bagi salam dan buka kan pintu untuk kawan-kawan masuk. Aku tutup pintu dan aku tengok kerusi kat tengah-tengah dikosongkan, so aku duduk lah kat tengah-tengah. Aku tengok panel, sorang pompuan (Alumni) sorang lelaki (JPA). Panel lelaki tu black black sweet hensem orangnya. Wakakaka!! Aku cakap dalam hati, apasal staf-staf JPA ni semuanya hensem-hensem? :D Panel wanita tu aku tengok lembut air mukanya, dan sentiasa tersenyum, sejuk hati dan mata aku... Alhamdulillah.

Ok, lepas briefing daripada Panel, kami pun start interview tu. Panel JPA tu minta kami kenalkan diri. Dia berbahasa Melayu masa tu. Orang di kiri aku mulakan sesi introduction. Sampai giliran aku, aku tarik nafas dan ingat pesanan En. Hazir. Aku perkenalkan diri dalam bahasa Inggeris. Kenapa dalam English? Sebab ada extra mark di situ. Tips ni aku dapat dari En. Hazir yang baik hati. Walaupun English aku mungkin agak ke laut, berjaya jugak aku habiskan sesi berkenalan tu. Huhu.. Yang penting usaha beb, usaha..

Soalan aku yang kedua ialah kenapa awak nak ke Korea? Kenapa Korea? Hah...ni rasanya soalan wajib kot. Sebab peserta tahun-tahun sebelum ni pun ada tulis soalan yang sama kat blog masing-masing. Jawapan aku, aku kaitkan dengan kerja yang aku buat sekarang. Jawapan orang kat kiri, sebab budaya dan dia nak jalan-jalan. Jawapan orang kat kanan, sebab kerja dia ada kena-mengena dengan integriti, dia nak tengok betul ke orang Korea ni berintegriti, menepati waktu dan tekun bekerja. Dia nak tengok sikap integriti orang Korea. Yang ni Panel suruh kita orang jawab dalam bahasa Inggeris.

Soalan aku yang ketiga ialah pasal time management. Hambik aku... Soalan yang aku tak jangka langsung. Ini bukan soalan, tapi Panel create satu situasi tentang masa, bagaimana aku bercakap dengan orang Korea tu tentang masa. Bayangkan Panel tu orang Korea, aku Malaysian. Yang ni jawab dalam bahasa Inggeris jugak.

Soalan aku yang keempat, juga harus dijawab dalam bahasa Inggeris, pasal corruption. Panel tanya pada aku, aku setuju atau tidak Malaysia ni negara yang tinggi ambil rasuah? Aku masa tu dalam hati...what the kaki? Gila mencabar soalan dia. Aku harap korang set lah jawapan terbaik korang siap-siap. Sebab untuk soalan ni aku memang tak jangka langsung.

Actually banyak juga soalan-soalan berbentuk situasi, pendapat dan fakta yang Panel kemukakan. Ada sesetengah soalan, aku ambil sedikit masa dalam 5-6 saat gitu sebelum jawab. Aku bagitahu Panel, tunggu sekejap Encik, sebab saya blank (huhu sangat, kan?) Dapat soalan yang tak dijangka,macam soalan rasuah tadi, for sure lah blank kan...hadoi..

Lepas menjawab beberapa soalan dalam bahasa Inggeris, kami mula berbahasa Melayu. Alhamdulillah, perbincangan kami semakin rancak, dan kawan-kawan kumpulan aku amat-amat sporting! 

Akhirnya sampai ke soalan berkenaan apa yang awak nak tunjuk kat orang Korea nanti? Panel awal-awal dah sebut tak boleh buat acah-acah memasak, sebab kat bilik temuduga tu takde dapur katanya (dia bergurau dan kami gelak ngeh ngeh, hehe). Panel black black sweet hensem tu hanya bagi dua pilihan, sama ada menari atau menyanyi. Adoiiiii...yang ni takde dalam senarai jawapan aku. Masa bincang dengan En. Hazir malam sebelum tu, aku tak jangka langsung aku takde pilihan selain menari dan menyanyi ni. Sebab dulu En. Hazir tunjukkan bakat bermain permainan tradisional.

Panel Alumni suruh nyanyi lagu yang ada ciri-ciri Malaysia. Kalau orang Korea dengar, dia boleh tahu itu lagu tentang Malaysia. Kawan kat kanan aku nyanyi lagu Sehati Sejiwa, sempena kemerdekaan akan datang katanya. Dia berdiri (sempoi + sporting dia ni, aku memang salute lah) dan menyanyi. Mak aihh..suara dia memang sedap. Habis je dia nyanyi, aku dan yang lain-lain bagi support, tepuk tangan ramai-ramai.

Then sampailah giliran aku. Aku sempat cakap, sebenarnya aku expect benda lain tapi tak ada pilihan selain menyanyi. Begini lah lebih kurang perbualan aku ngan Panel lepas tu...kikiki

Aku: Saya sebenarnya memang boleh menari, boleh nyanyi. Kalau dah keje renjer tapi tak reti karaoke, memang tak sah lah, Encik.

Panel gelak pastu tanya aku nak nyanyi lagu apa.

Aku: Encik, saya ingat saya nak nyanyi lagu yang tengah in sekarang la, boleh tak Encik?

Panel: Ha, boleh boleh! Apa lagu tu?

Aku: Saya nak nyanyi lagu Hang Pi Mana.

Aku pun nyanyi la.... Sambil nyanyi aku angkat tangan kanan macam Karam Singh Walia. Lirik lagu yang aku dok nyanyi hanyalah 'Hang pi mana pi mana pi mana pi mana pi mana pim mana pi manaaaaa...' sambil tangan aku tak reti-reti nak stop terawang-awang. Baris kedua selepas lirik tu, dan part chorus aku tak nyanyi langsung, gabra katak.

Lepas tu aku kata: Tu je , Encik.

Ya Allah, kitaorang gelak ramai-ramai masa tu. Panel-panel tu sampai tutup-tutup muka sebab gelak. Aku rasa masa ni mesti orang kat luar boleh dengar kami gelak macam tengah tengok Maharaja Lawak Mega. Gila tak lawak, aku menyanyi dah ke laut cina selatan kot! :D

Ada beberapa soalan lagi selepas tu. Kemudian Panel kata beginilah interview nak ke Korea. Kita fun fun, ketawa ketawa. Tak serius pun katanya. Memang betul kata Panel JPA black black sweet hensem tu. Aku rasa kami memang banyak sangat gelak. Memang gugup aku hilang melayang. Macam tengah sembang dengan kawan-kawan je rasanya. Plus, kawan sekumpulan yang aku memang respek sangat-sangat. Kerjasama terbaik dorang ni bagi. Takdenya nak pulun jawab soalan tu sorang-sorang.

Akhir kata, Panel ucap terima kasih. Ada rezeki, dapatlah korang ke Korea katanya, sambil dia senyum-senyum. Senyummmm je Encik JPA ni, dah le hensem, senyuman dia pun memang aduh duh duh.

Aku sempat bergurau lepas tu. Aku kata, kami pun terima kasih sangat sebab sudi interview kami, sudi bagi peluang untuk datang ambil pengalaman. Dan kalau boleh, kami tiga-tiga nak dapat peluang dapat pegi ke Korea tu. Kami bertiga satu group pakat iye iye angguk kepala dan senyum-senyum. Panel senyum lebar dan kata InsyaAllah....!!

Selepas ucap salam dan terima kasih, kami pun keluar. Kami bertiga bersalam-salaman dan masing-masing mengucapkan good luck sesama sendiri.

Oh ye, soalan-soalan yang aku dah aim contohnya:
- apa perbezaan ketara Korea - Malaysia?
- apa masakan Malaysia nak bawa ke Korea?
- apa sikap orang Korea?
- apa budaya orang Korea?
- teknologi yang ada di Korea?

dan banyak lagi soalan berbentuk fakta, memang tak ditanya langsung. Aku tak sure Panel di bilik-bilik yang lain dorang soal macam mana. Sebab peserta kat bilik-bilik lain, lepas habis interview je, kebanyakannya menonong keluar cepat-cepat. Mungkin sebab dorang rasa insecure kot duduk situ lama-lama, takut peserta yang masih belum masuk tu tanya soalan macam-macam.

Aku pun like, hurm... Jangan lah kedekut informasi sis & bhaii. Sharing is caring. Aku keluar je dari bilik Panel, aku cerita kat kawan-kawan apa yang disoal. Bagi aku, ini memang satu persaingan. Tapi tak salah berkongsi maklumat, apatah lagi sebelum dipanggil masuk bilik tu, kami ramai-ramai sembang pasal GTP, NKRA, kadar jenayah, isu semasa kakitangan awam. dan sebagainya. 

Secara peribadi, aku puas hati dengan sesi temuduga aku. Namun aku tak lah berharap sangat, aku sudah berusaha sebaiknya. Ada rezeki, dapat lah aku ke Korea dengan gembiranya. Takde rezeki, aku anggap ini salah satu pengalaman berharga dalam hidup dan aku gembira berkongsi semua ni di dalam blog Renjer Jutawan.

Apa-apa pun, awak awak awak yang tengah cari info pasal ni, yang penting yakin diri, happy happy, jangan sombong dan jangan jadi lone ranger ntah apa apa. Ringankan mulut berkenalan bersembang ngan peserta lain. Tak rugi berkawan. 

InsyaAllah, aku akan update status terkini aku sama ada berjaya atau tidak ke Korea tu.
You all, stay tune ok :)

Muah ciked! :p


Wassalam,

Renjer Jutawan.
~ post ini habis ditulis tepat jam 1.02 petang :)


UPDATE STATUS TEMUDUGA:
Aku tak berjaya. Tapi tak apa, aku cuba lagi tahun depan, 2017.

UPDATE CERITA INTERVIEW KE KOREA TAHUN 2017 ADA KAT SINI 💖💖💖

Monday, July 25, 2016

NEXT PROJECT FROM CANTIK STORAGE

Assalamualaikum wbt & Hi, everyone.

Today I'm trying my best to write in English. So today the content will be short, clean and clear, kikiki.

As the world know, right now our latest collections are Zoey & Mika Long Top. And the response just so..so.. I'm try to think that maybe it's because of lack of advertising from my side, (I admit it).

Last month, my husband and I went to Kuala Lumpur and meet this one guy named Haji Ishak. He is one of biggest supplier in textiles especially in shawls and clothing purpose. Nice soft spoken guy, and ready ti give help and advice anytime to anyone. And when I reach home, I know that I have to start over my shawls business!

That's all today. As I said earlier this time my post will be short, hahaha.

Meet you again, InsyaAllah.


Farhanna Semi Instant Shawl ~ one of best seller In Cantik Storage. Hundred pieces sold in it's First Batch.


Wassalam,
Renjer Jutawan

Monday, July 18, 2016

Produk Apa Paling Laku?

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya 2016, Maaf Zahir & Batin buat pembaca-pembaca Renjer Jutawan :)

Ini post pertama selepas Raya dan Ramadhan.
Kali ni saya nak tulis pasal produk apa paling laku di Cantik Storage.
Setakat ni Cantik Storage dah jual/produce skirt, long cardigan, dress, tudung ala Fa***da, shawl, tudung/shawl labuh, basic jubah dan yang terbaru long top aka tunic.

Dalam banyak-banyak produk, long top ni paling susah nak jual.
Saya confident long top yang Cantik Storage hasilkan menepati kehendak pasaran. Cantik Storage dah produce sejak Nov/Disember 2015. Sehingga hari ini, Julai 2016, stok ni masih bertapa dalam almari, hahaha.

Kenapa jadi macam ni? Ok, biar saya ceritakan kenapa.
Pertama: kebetulan semakin banyak kerja pejabat yang bertambah di bahu nan dua ini. Dan saya sentiasa beringat, jangan combine urusan bisnes dalam waktu kerja, supaya gaji yang saya dapat ada keberkatan di dalamnya, amin amin amin. Tapi kadang-kadang terbabas jugak, dik. Urusan pos dan reply whatsaap customer paling banyak.

Kedua: Oleh kerana kekangan masa, amat sedikit aktiviti marketing yang saya jalankan untuk produk ni. Boost post amat jarang saya buat, apatah lagi marketing untuk tambah Like di page FB Cantik Storage.

Ketiga: Takde masa nak post something kat FB Page dan Instagram Cantik Storage. Kekangan masa, masa dan masa. Kuota untuk Latergram pun dah habis.

Huhuhu, banyaknya alasan untuk orang yang malas kan? Saya lah tu, kikikiki. Mohon jangan kecam. Laptop saya dah berbulan kiok. Nak repair kena tambah around RM600 macam tu untuk tukar part yang rosak dan sebagainya.

Gajet yang ada sekarang cuma handphone dan komputer di pejabat. Apalah gambar yang saya boleh edit guna handphone ni dik... Selama ni guna Adobe Photoshop dalam laptop. Laptop dah kong, saya install satu app ni (apa nama ntah...tak ingat) kat handphone. Last-last handphone hang dan saya terpaksa delete app tu.

Nak edit-edit bahan iklan dalam komputer pejabat, rasa bersalah sangat-sangat sebab guna masa kerja. Adoiiii.

Oleh itu, saya renung balik database. Kenapa long top ni tak habis jual lagi. Based on database, baru lah saya tahu, kebanyakan produk yang laku keras di Cantik Storage ialah shawl dan tudung.

Saya nekad, habis je stok long top ni, duit jualan tu saya akan fokus tudung dan shawl sahaja. Saya akan pelbagaikan pilihan warna dan saiz bermula dari saiz L. Hasil kajian berbulan-bulan, saya dapati pelanggan Cantik Storage lebih prefer untuk beli tudung berbanding baju atau jubah.

Tahun lepas masa raya 2015, memang Cantik Storage produce jubah. Syukur alhamdulillah, jubah tu habis jual, sebab kebetulan jubah masih in trend dan saya pun bubuh dalam Zalora juga. Alhamdulillah, masa tu walapun untung tak nampak sangat sebab dah tolak komisyen yang Zalora ambil, saya masih bersyukur sebab stok tak terperam lama-lama dalam almari macam yang long top saya hadapi sekarang ni.

Ya Allah, saya bermohon kepada-Mu, habiskanlah stok long top dalam almari tu secepat yang mungkin. Buka lah pintu hati orang-orang di dunia ni untuk membeli di Cantik Storage. Semoga perancangan si amoi ni untuk fokus kepada tudung dan shawl selepas ini dimudahkan oleh Mu Ya Allah. Amin amin amin... Alhamdulillah, ramai yang membaca doa ini. Mudah-mudahan makbul doa kalian, hehehe :)

Fokus utama di sini, kalau nak tahu produk apa paling laku yang kau dah jual, semak balik database. Kira one by one. Berapa dah customer korang yang beli tudung. Saiz apa? Berapa pulak customer yang beli baju? Berapa lama boleh sold out? Produk apa yang terperap dalam almari lebih dari 3 minggu? Database ini memang penting giler wa cakap lu. Ada peniaga yang tak reti buat database. Saya bersyukur dapat masuk Zalora, sebab dari Seller Centre tu, saya boleh tarik database customer, dan saya boeh tahu apa isi kandungan database yang berkualiti. Guna excel je pun rupanya... Basic yang perlu ada, nama, alamat, nombor telefon, produk yang dibeli, kaedah pembayaran dan berapa kali dia membeli dari kau.

Jangan terkejut, ada peniaga yang sanggup beli tapak asas untuk database ni. Even perkara ni senang dan basic, percayalah, saya pun baru setahun ni kumpul database pelanggan based on contoh yang saya dapat di Zalora. Bayangkan dik, saya mula berniaga sejak 2010. Dan saya mesti rajin untuk taip balik one by one data customer tu. MESTI RAJIN wa cakap lu. Sebab apa, lebih mudah dan murah kos menjual pada pelanggan lama berbanding kau keluarkan kos marketing untuk mencari pelanggan baru.,

Kalau info kali ni bermanfaat, jemput share link blog ni dalam FB atau blog masing-masing.
Saya izinkan siap-siap.

Kalau niat nak blame Cantik Storage, mohon jangan lah dik ooiii. Huhuhu

Jumpa lagi di lain post, InsyaAllah.

Wassalam,
Renjer Jutawan