Tuesday, February 23, 2016

VIRALKAN POST

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal post-post yang viral kat facebook, isntagran, dan sebagainya.
Secara teorinya, saya berpendapat anda-anda yang membaca ni tentu follow beberapa page atau group yang famous amos kan? Contohnya page Amran Fans, Siakap Keli, Jep Oh Jep, dan lain-lain lagi.

Saya sendiri, teringin mempunyai satu page famous macam tu dan setiap kali post di wall, netizen akan Like, Share and Comment.
Tentu saja, reach akan meningkat naik, dan bila sudah ada Tribe, ini tentu mendatangkan wang.
Ya...money money money.
Selain populariti, pemilik Page atau Akaun dengan mudah memperolehi wang tepi jika membuat Paid Review dan sebagainya.

Ok, macam mana nak famouskan page yang tak seberapa ni?
Alhamdulillah, saya terserempak dengan satu software yang saya lihat berkesan.
Saya masih belum membelinya, namun saya akan bagi review selepas aplikasikan software tersebut di page Cantik Storae dan satu page khas seperti Meran. Hurmmm...nak bagi nama apa ye page baru ni? Senah Fans? Miahaha..

Saya berikan sedikit gambaran tentang software itu ye.
Seantero dunia, masih belum ramai yang menggunakan software ini.
Kita ada berbillion manusia, namun yang menggunakannya baru 9000++ orang.
Sebagai antara yang terawal mengetahui dan menggunakan software ini, bukan kah ianya mendatangkan satu kelebihan?

Nah, tengok gambar ni ye.
Saja saya blurkan, miahaha...
Ingat senang nak share?
Nak tahu, calling calling ai.. :)

Wassalam,
Sharinah Abdul Lahit

Monday, February 22, 2016

PEMERGIAN BAPAK...

Assalamualaikum.

28 JANUARI 2016, KHAMIS

Digagahkan hati ini untuk menulis.
Meluahkan segala rasa..saat baris kedua ini ditaip, air mata mula menitis.
Namun cepat-cepat aku sapu agar tak kelihatan pada kawan-kawan di ofis.

Tanggal 28 Januari 2016, jam 10.40 pagi macam tu, aku dapat berita bapak sudah tiada.
Makluman lewat whatsap group kami sekeluarga, aku baca...dan blank akalku.
Sebelum tu dimaklumkan bapak dimasukkan ke hospital either icu or kecemasan.
Then Inur call bgtahu suruh kitaorang balik sebab pihak hospital tak mahu maklumkan apa-apa via phone.
Then andui maklumkan dalam whatsap group tentang keadaan bapak...
Serious aku blank..  Blank..

Kami adik beradik berhubungan melalui whatsap dan kadang-kadang call.
Berbincang tentang itu.
Aku masih tak percaya bapak sudah tiada..

Di Sandakan, pastinya mama suda menangis, bersedih dan susah hati.
Hati kami adik-beradik yang ada di Semananjung tentu juga sedih dan risau.
Maka bergegaslah kami mengatur tiket untuk terbang balik ke Sandakan..

Allah SWT itu Maha Kuasa, Maha Besar, Maha Mengetahu, Maha Mengatur segalanya.
Kebetulan kami adik-beradik memang sudah ada tiket balik ke Sandakan, sebab Andui akan kahwin dalam masa terdekat tu.
Aku, Asok dan Inur menggunakan tiket waran.
Andui tiket yang dibeli sendiri sedari awal, sebab rancangannya balik Ke Sandakan pada 31 Jan 2016 untuk persediaan majlis nikahnya.

Allah...
Allah..
Rasa nak menangis lagi sekarang, tapi ditahan..dan perasaan menahan air mata ni sangat menyakitkan dada...
Aduh..teringat kata-kata Bel, aku ni kuat orangnya. Ya Bel, kalau tak mengenangkan kata-katamu tu, sudah pasti wall di Facebook ku penuh dengan luahan kesedihan sahabat mu ini..

Tarikh 28 Januari tu, riuhlah kami adik-beradik mengatur tiket agar dapat pulang secepat mungkin ke Sandakan.
Namun kuasa Allah, kami hanya dapat balik pada 29 Jan, penerbangan jam 6.20 pagi dari KLIA 2, Air Asia.
Dona yang beli tiket ke Kota Kinabalu terkandas di KK sebab tertinggal flight ke Sandakan pada malam 28 Januari tu.
Tak apalah..kami bersabar sehari untuk balik ke Sandakan. Andai kaim bertegas balik melalui KK, sure kami terkandas macam Dona..dan akan lebih susah hati.. Silap-silap Asok berjalan kaki balik ke Sandakan malam tu...

Andui menghubungi aku..bertanyakan pendapat ku tentang urusan mengkebumikan bapak..
Orang di Sandakan terutamanya keluarga sebelah Mama bertegas untuk kebumikan bapak pada hari 28 Januri tu jugak.
Mendengar pertanyaan Andui...aku terus menangis.. Aku kata jangan kubur bapak dulu...aku mau cium bapak..
Ya Allah..aku menangis lagi sekarang.. Biarlah..biarlah air mata ni turun, biarlah orang ofis nampak...

Andui kata mulanya dia dan Inur reda, bapak sudah tiada dan akan dikebumikan pada hari 28 Januari tu juga. Tapi lepas Andui call aku dan dengar aku menangis, dia pun menangis sama... Sedihnya aku masa tu..
Lepas dia call aku, dia call mama pulak, bagitahu aku tak suruh kubur. Minta tunggu kami adik-beradik sampai ke Sandakan dulu.

Di Sandakan masa tu, ada dua pendapat. Akhirnya keputusan dicapai...bapak akan dikebumikan pada esoknya. Allah bantu. Allah tahu kami mau tengok bapak buat kali terakhir. Aku tahu, bapak akan terseksa sebab lambat dikebumikan. Tapi aku akan rasa lebih ralat dan kecewa kalau tak sempat jumpa bapak..

Jam 11 pagi..aku masih di pejabat.. Aku tengah sedih tapi orang pejabat tak tahu susahnya hatiku masa tu..
Aku sembunyikan dan hanya bagitahu suami. Suami terkejut dan minta aku pulang ke rumah berehat.
Aku blank lagi..aku tak tahu apa perlu aku buat. Lepas call suami, aku uruskan tiket.
Lepas dah ok, aku setelkan kerja-kerja tertunggak.
Segala fail berkaitan renew permit Zoo Sunway aku letakkan atas meja Azrin dan whatsap dia.
Lepas tu setelkan order customer kat Zalora.
Lepas dah setel packing, aku call suami. Masa ni dah pukul 1 petang.
Suami datang dan kami ke Gdex untuk hantar parcel.
Lepas tu aku call Haji Rahim bagitahu aku half day... dab bagitahu tentang bapak.
Then aku Whatsap Pengarah..

Sampai rumah, aku packing baju sambil susah hati, dan masih tak percaya tentang bapak..
Betul ka semua ni...?
Suami macam risau tengok aku.
Aku suruh dia pegi kerja, tapi dia kata nak basuh baju kat dobi, senang katanya sebab boleh terus keringkan. Aku kata aku malas nak keluar...suami risau nak tinggal aku sorang-sorang.. Dia paksa aku ikut.
Aku ikut. Sempat juga aku ambil buku Surah Yasin. Sambil menunggu baju siap dibasuh, aku baca surah Yasin, niat sedekah untuk bapak. Sambil baca, sambil menangis..
Aku dah tak pedulikan pandangan orang di sekeliling...
Aku seolah-olah tenggelam dan rasa sebak dan bacaan Yasin tu.
Ya Allah...bapak...


29 JANUARI 2016, JUMAAT, SEBELUM SOLAT JUMAAT

Jam sudah pukul 2 pagi. Aku baru habis packing baju, dan tak boleh tidur..
Aku teringat bapak, mama..dan family yang lain.
Sepanjang hari, aku teringin sangat call mama. Tapi mama tak angkat then aku decide tak apa..mungkin mama tengah sedih dan tak sempat tengok telefon..
Aku pegi airport jam 3.30 pagi. Dah janji dengan Cyril untuk hantar kami ke airport. Petang tu Pengarah ada call..offer supaya Affan hantar kami tapi aku tolak dengan baik. Aku katakan dah ada orang yang tolong hantarkan.
Cyril dah tunggu kat bawah jam 3.30 pagi tu.
Aku terlambat sedikit...
Alhamdulillah sampai airport jam 4.30 pagi. Jalan raya lengang.

Sampai airport, kami check in.
Lepas tu terus ke pintu J17. Hujung....
Sampai je, ternampak Andui, Inur dan suami dan anak-anaknya. Aku bersalam dengan Inur dan Andui..dan kami menangis di situ...
Lepas duduk dan berbual...Asok datang. Aku jumpa Asok dan kami menangis.. Kuat Asok nangis..dia sedih betul. Masa Andui bagitahu pasal bapak kat Asok, Andui kata Asok menjerit tak percaya.. Kesian Asok...dia memang sedih sebab banyak benda yang dia masih nak buat dengan Bapak.. Dia anak lelaki bongsu..dan bapak yang dicarinya kalau dia dalam susah.. Aku peluk Asok..kata sabar ya Sok.. sudah nasib kita begini..

Lepas tu aku duduk balik dan tunggu call untuk masuk dalam kapal terbang.
Seharusnya sampai di Sandakan jam 9.15 pagi.
Awal penerbangan, ada turbulance sikit. Aku dah risau, sebab takut flight lewat sampai kalau ada gangguan cuaca.
Aku teruskan bacaan Yasin dan sepanjang perjalanan tu, aku menangis.. Ok sekejap sebab layan anak. Makanan dihidangkan dan aku makan. Sebab aku tau kat Sandakan nanti sure aku tak makan.
Sampai di Sandakan lebih awal dari yang dijangkakan. Syukur Syukur Syukur Ya Allah..!
Sampai jam 9 pagi. Lepas ambil bagasi, aku blank sekejap. Mencari-cari bapak.. Ya Allah, aku lupa pasal keadaan bapak. Dari jauh aku nampak Kak Ann. Baru lah aku sedar, bapak tiada..
Andui dan Asok sudah keluar lagi awal. Dorang terus bergegas ke masjid. Inur naik kereta Kak Ann. Aku naik kereta Yaya. Aku punyalah blank, sampai Yaya pun aku tak kenal... Allah..

Sampai kawasan masjid, aku tengok kereta sudah penuh. Masjid ramai orang. Aku yang mulanya laju turun dari kereta, terus slow slow berjalan ke dalam masjid, aku macam nda boleh terima kenapa aku ada di situ... Aku tengok ramai orang berhimpun di satu bahagian masjid... Aku nampak dari jauh, bapak terbaring di situ. Siap dikafankan. Ada kapas disumbat di hidung bapak.. Aku mula menangis. Menangis bertalu-talu. Barulah aku yakin bapak sudah tiada... Aku nampak bapak baring, di sebelah kanan bapak ada si Inur dan Andui. Di kiri bapak ada sorang lelaki, aku tak kenal.. Dia nampak aku dan suruh lap air mata. Aku lap.. Tapi air mata masih turun nda habis-habis.. Kak Mamai datang bagi tisu. Dorang kata jangan kasi kena kulit bapak dengan air mata. Aku bawa bertenang... Aku tengok sekeliling dan tarik nafas. Aku cuba cari Mama tapi tak nampak.. Aku tengok balik bapak. Aku sudah boleh kawal air mata. Lepas tu aku duduk di sebelah kepala bapak. Aku cium dahi bapak.. Terasa sejuk, tapi kulit bapak masih lembut.. Ya Allah..sejuknya kulit bapak.. Aku peluk bapak, aku kata, bapak pergi lah dengan aman.. Kami di sini akan ikut kemudian. Bapak jangan risau, segala amal kebaikan bapak, dan doa-doa dari anak-anak bapak akan iringi bapak ke sana. Bapak jangan risau ya... Aku menangis masa cium bapak dan berbisik..tapi air mata aku tahan supaya nda keluar. Alhamdulillah aku sempat jumpa bapak.. Kain kafan bapak diikat semula. Dan Haji Amirbak memohon kepada Imam supaya solat jenazah dibuat sekali lagi. Aku bersyukur..ketiga-tiga lelaki anak bapak dan dua menantu lelakinya diberi peluang menunaikan solat jenazah untuk bapak.

Selesai solat jenazah, bapak diangkat ke dalam van. Aku yang mulanya tak mahu ikut, terus berubah fikiran dan ikut ke kubur. Itupun selepas suami izinkan. Suami dan anak-anak tak ikut, mereka balik ke rumah. Sampai kubur, aku tengok Andui, Ading dan Asok dah masuk ke dalam liang lahad untuk sambut bapa. Aku cari mama.. Mama duduh agak jauh cuma memerhatikan urusan pengkebumian. Kesian mama... Mukanya nampak macam ok, tapi dalam hatinya Allah saja yang tahu.

Aku sebak tengok anak-anak bapak di dalam liang lahad.... Dorang sambut bapak dan baringkan bapak elok-elok. Aku tak tahu apa yang dorang buat, aku duduk jauh sedikit. Lepas tu aku dengar azan.. Rupanya Andui azan. Terus suasana jadi hening..senyap sunyi.. Hanya azan, bunyi daun pokok dan angin..
Allah...
Aku perhatikan keadaan sekeliling.. Aku lihat ramai orang. Tapi ramai yang aku tak kenal. Ada jiran, ada keluarga sebelah mama dan bapak, ada orang lain yang aku yakin kawan-kawan bapak. Aku tengok kawan-kawan bapak menangis. Masing-masing bersedih, kerana mereka pernah katakan pada Asok, bapak adalah kawan yang terbaik. Yang selalu tolong orang dan tak berkira. Aku sebagai anak memang mengakui perkara ni. Bapak memang suka tolong orang. Kalau ada orang eksiden, bapak akan berhenti dan tolong orang tu. Tak kisah bangsa apa, bapak akan tolong. Pernah sekali, Mileh cerita, bapak datang ke rumahnya dengan baju penuh berlumuran darah. Mileh terkejut, sangkanya bapak kemalangan atau apa. Bapak kata, dia tolong sorang Cina eksiden tadi. Bapak tak balik ke rumah kami sebab bapak takut mama seriau tengok darah penuh satu baju. Bapak memang baik orangnya. Bapak jaga kami satu keluarga cukup segalanya. Bapak sekolahkan kami adik-beradik.
Banyak yang bapak korbankan. Bapak cari rezeki sejak muda lagi. Bapak dah hidup susah sejak kecil lagi.
Ya Allah, jauhkan ayahku daripada seksa api neraka dan azab kubur. Lapangkan lah kubur ayahku Ya Allah..

Selepas urusan di kubur selesai, kami beransur balik. Aku menoleh ke kuburan bapak, sekali lagi dadaku sakit menahan sebak. Tinggal lah pak. Kami pergi dulu. Jangan risau..doa kami senitasa ada untuk bapak..


29 JANUARI 2016, JUMAAT, DI RUMAH
Sampai sahaja di rumah, aku melihat ada kanopi dipasang di depan rumah. Di rumah, sudah ada ahli keluarga yang menguruskan makan minum tetamu. Aku lihat anak-anak dan suamiku di halaman rumah. Selepas bertegur dengan suami, aku terus bersihkan diri.

Mengikut adat sebelah keluarga bapak, akan dibuat beberapa kali tahlil. Ada makan 3, makan 7, makan 20, makan 40 dan yang terakhir makan 44. Suamiku yang asal Semenanjung agak hairan dengan adat ini. Aku katakan ini biasa kalau di Sabah.

Sejak dari masjid lagi, aku melihat ramai orang yang menghulukan sumbangan kepada kami sekeluarga.
Di masjid hari tu, pegawai polis lengkap beruniform dari Balai Polis Sandakan yang mendakwa kawan kepada bapak, datang berjumpaku dan bertanyakan di mana mama. Aku panggil mama. Rupanya orang tu pegawai... Dia berikan sumbangan dan menawarkan bantuan berupa van jenazah dan canopy. Mama kata van dan kanopi dah ada. Pegawai tu kata tak apa, kalau ada apa-apa yang boleh dibantu, bagitahu saja kerana Unit Kabajikan akan tolong. Tambahan pula, anak bapa ada dua orang yang kerja polis.
Allah...banyak bantuan yang kami terima selepas pemergian bapak.
Allah bantu kami.
Allah senangkan urusan bapak.

Di rumah, aku tengok ramai yang hantar bantuan dan sumbangan.
Yang tidak dijangka-jangka, bantuan dari segi kewangan dan makanan untuk tahlil. Ada yang kata dia kawan sekolah rendah bapak, dan sekarang tinggal di Lahad Datu. Dia berikan sumbangan berupa beras, gula, susu dan kordial. Kata mama, memang ramai yang bagi sumbangan. Malah ada orang yang potong rumput di rumah kami dan tak minta bayaran. Allah..
Ya Allah, aku bersyukur kepada kasih sayangmu.
Pandanglah kedua ibu bapaku dengan penuh kasih sayang Ya Allah.
Rahmatilah mereka-mereka yang telah membantu kami.


Sebetulnya sampai hari ini, aku masih tak percaya..bapak sudah tiada.
Saban hari mama berkata dia amat merindui bapak. Mama tentunya lebih terkesan dengan pemergian bapak.
Apatah lagi pemergian ini tidak terjangka.

Namun, aku masih bersyukur.
Walaupun bapak pergi dengan tiba-tiba, ramai yang mencemburui cara Illahi memanggil bapak pulang.
Bapak meninggal hari Khamis, dan dikebumikan pada hari Jumaat, sebelum solat Jumaat.
Bapak tidak sedarkan diri ketika berada di dalam kereta. Dan keadaan itu disedari oleh kawan-kawannya yang melalui jalan tersebut.
Bapak dibawa segera ke hospital oleh Pakcik Bungga.
Pakcik Bungga menceritakan kembali detik itu kepada kami sambil nenangis. Dia katakan bahawa mereka berdua sudah merancang untuk pencen bersama tahun ini, namun sudah takdir bapak pergi dulu..
Kami sekeluarga redha, sebab bapak pergi dengan tenang. Tanpa sakit terlantar berbulan-bulan. Dan bapak tak sedarkan diri ketika berada di dalam kereta. Tak dapat kami bayangkan jika bapak pengsan ketika memandu, tentu sahaja berlaku kemalangan dan bapak tentunya cedera di mana-mana.
Allah bantu bapak. Allah bantu kami sekeluarga. Bapak tinggalkan rumah yang lengkap sempurna. Rumah yang suidah direnovate dan berpagar. Bapak ketika masih hidup belikan mama aircond. Kata bapak, supaya mama selesa ketika solat dan tidak panas. Ya Allah, kebaikan bapak ada di mana-mana..

Aku kini berada di Shah Alam. Meneruskan hidup namun bapak tetap diingati setiap hari. Kasih sayang bapak tak akan aku lupakan. Kasih sayangnya kepada keluarga, cucu, adik beradiknya, kawan-kawannya malah kepada haiwan peliharaannya. Aku yakin, amal jariah itulah yang bapak bawa ke sana.

Pergilah bapak dengan aman, kami di sini akan menyusul.
Anak-anak bapak akan sentiasa mengingati bapak.
Semoga bapak tenang di sana.
Semoga bapak dikurniakan syurga oleh Allah SWT.
Semoga bapak diajuhkan daripada seksa api neraka.
Semoga bapak dijauhkan dari seksa kubur.
Semoga bapak diberikan keluasan dan kelapangan di dalam kubur.
Semoga bapak sentiasa berada di dalam nur nikmat kasih sayang Allah.
Semoga Allah memandang bapak dengan penuuh kasih sayang sepertimana bapak memandang kami dengan penuh kasih.

Amin amin amin, Ya Rabbal Alamin..

Salam Sayang,
Sharinah Binti Abdul Lahit.