Thursday, September 18, 2014

Website By Dhausi Di Hack Lagi..!

Assalamualaikum.

Mood pagi terganggu lagi.
Apa la nasibku... Website By Dhausi di hack lagi..! :( :( :(
Sedeyy..sedeyy..

Tadi pagi dapat call dari Asiahost.. Panggilan buat kedua kalinya amat menggetarkan jantungku.
Katanya, websiteku kena hack lagi buat kali kedua...
Adoyai...macam mana security korang ni ha..?
Ni dah dua kali..
First time dulu hackers dari Dubai... Yang ni hackers dari Indon la pulak..

Ya Allah, kuatkanlah kesabaran hamba-Mu ini.

Bukan senang nak upload gambar dan files bagai ke dalam website ye cik puan semua. Kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan, apatah lagi jika awak guna celcom berukbeng sahaja sebagai sandaran wi-fi bisnesmu. Lain lah kalau awak guna unifi ke, streamyx ke.. Tapi daku hanya peniaga kecil-kecilan...dan mana mampu daku membayar ratusan hengget utk jalur lebar unlimited dan pantas itu..

Oh Tuhan, bantu lah daku...

amoi eton
cantik storage
by dhausi
...
...
...
..
.
.
.

Wednesday, April 30, 2014

Perkembangan Bisnes Cantik Storage dan By Dhausi

Assalamualaikum.

Ni nak cerita pasal bisnes I pulak, kikiki =)
Sabtu ni, ada photoshoot kat Dak Teropong.
Modelnya Pah, hahaha!
MUA nye nama Idayu Ideris..

Kos studio: RM 300 (Minimum)
Kos MUA: RM 200
Kos model: RM 200
Total Kasar: RM 700.00

Tapi aku dah ready RM 1000.00 untuk photoshoot nih. Sebab mungkin akan ada editing utk certain gambar. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar kali ni.. Mudah-mudahan orang akan lebih tertarik untuk shopping di Cantik Storage dan By Dhausi.

Oh ya, Cantik Storage tu focus tudung biasa-biasa je, labuh biasa, design biasa.
By Dhausi pulak aku ingat nak buat eksklusif sikit..design labuh-labuh je.

Ada peningkatan jugak lah aku tengok bisnes aku ni.
Bermula dari 2010 jual shawls biasa beli kat tepi MUAZ, sekarang dah terpikir nak ada design sendiri. Cumanya idea macam ni datang lambat. Sebab dah tak sempat hantar ke tailor. Dan tak sempat jugak nak cari kain. Sebab tailor busy dengan persiapan nak raya, kan..?

Takpelah, lepas ni, stok yang ada proceed je.
Dapat pusing modal balik dan dapat untung, aku akan proceed dengan plan tertangguh tu.

Hmm, banyak nak buat ni.. Name card, marketing, design, dan banyak lagi lah.
Selau baca blog orang lain, pasal kejayaan dorang, kesibukan dorang melayan customers... jelesnya aku.... Tapi itu bukan sebarang jeles, itu jeles pemangkin semangat! Hahaha..!!!

Semoga Cantik Storage dan By Dhausi BERJAYA DENGAN JAYANYA, CEMERLANG DAN TERBILANG SEANTERO DUNIA!

Hoh, semangat betullah! Sebab terhidu bau Mc D si noridah kot..hahaha (aku tengah lapar sebenarnya..)


Tuesday, March 25, 2014

Husna Batuk, Huda Pun Batuk

Assalamualaikum wbt and very gud tengahari =)

Tadi pagi masuk opis lambat, sebab bawak Huda pegi klinik Adek kat Seksyen 9 tu.
Kesian Huda, batuk dah 4 hari, tapi tak cair-cair kahaknya dan kadang-kadang hidungnya macam tersumbat.
Sabar ye dik..Ibu doakan adik dan kakak cepat sembuh, Aamiinnn!!!

Pagi tadi dalam kereta..

Suami: Sayang nak sarapan dulu ke?
I: Sayang nak beratur depan klinik tu. Nak jadi orang pertama.
Suami: Laa, ingatkan nak makan dulu...
I: Uik, kan dah cakap pagi tadi, sayang nak tunggu depan klinik?
Suami: Ye ke? Huh, cakap cam *r#*6-=*. Konpius abang..

Aku dikata *r#*6-=*?
Ayoyooo

I love you abang pedasss!