Friday, June 22, 2018

Raya 2018 Yang Terlantar.. Part 1

Alhamdulillah...
Masih hidup dan semakin sihat walafiat, berbanding beberapa hari lepas.

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin aku ucapkan. Setakat ni, ucapan raya dari mulut aku baru berapa kerat orang je yang aku wish.
Bukan apa, keadaan tak mengizinkan aku meraikan hari bermakna ni, pada 1 Syawal baru ni. Aku terlantar sakit, bebbb...uuu uuu uuu...

Alkisah..8 haribulan Jun tu aku berkursus Kataloging di IBD, Lanchang. Lama jugak lah, start 8hb hingga 13hb Jun 2018. Raya jatuh pada 15hb Jun. Ko ghaseee??? Masa dapat surat panggilan kursus tu, aku punyalah kelam kabut sediakan persiapan raya, sebelum bertolak ke IBD. Nasib baik baju raya, langsir raya mak aku, semua sempat aku sediakan. Dah siap semua baru lah aku lega sikit nak kursus. Lega sikit je lah, sebab rupanya Allah ada perancangan lain untuk aku. Mari aku cerita..

Masa kat IBD, semua benda berjalan macam biasa. Kursus, buat kerja, sahur, sungkai, petang rilek, pagi ngan malam buat kerja. Sehinggalah suatu hari, aku rasa nafas aku macam panas sikit, tekak tak berapa nak sedap, tapi badan still ok, boleh jalan and buat kerja. Masa tu hari Isnin, yakni 11hb Jun. Hari Selasa tu still sama, nafas rasa panas semacam. Aku rilek lagi..

Pagi sahur hari Rabu, 13hb Jun, last day dah ni kat IBD. Siang tu ada majlis penangguhan, dan terima sijil. Alhamdulillah aku dapat kategori Cemerlang untuk exam aku. Syukur Ya Allah, adalah jugak peningkatan dalam diri ini berkait pasal katak. Banyak-banyak katak, rupanya ada katak yang sado :p. puii, mengarut tetiba. Masa majlis penangguhan ni, kitaorang buat kat lobi IBD tu je, Takde buat kat dalam bilik mesyuarat atau dewan macam sebelum ni. So, semua orang berdiri santai-santai. Tetibe aku rasa seram sejuk macam nak pitam pun ada. Sijil aku tu aku pass kat Mike, minta dia jagakan kejap. Then aku jalan slow slow ke tandas. Sampai je tandas aku terus duduk atas lantai. Masa tu Ya Allah, aku punyalah tetiba menggigil, badan seram sejuk, tapi berpeluh-peluh. Pastu rasa macam nak muntah, loya semacam. Aduiiii...aku jarang sakit macam ni. Boleh kata dah bertahun dah aku tak jatuh sakit. Lain macam menggigil aku ni. Masa sahur tadi pun, aku dah rasa lain macam. Pastu aku minta panadol kat Amin. Dapatlah sepapan, makan lah aku dua bijik panadol masa sahur tu. Alih alih jam 10 pagi aku dah terduduk kat lantai tandas IBD lah pulak. What happen?

Dah beberapa minit lepas duduk tu, aku ok sikit. So aku pun bangun dan keluar semula untuk join majlis. Lepas tu ambil gambar ramai-ramai dan bersiap untuk balik. Masa nak tunggu Gilmoore tu, aku duduk menepek je kat tangga chalet tu. Berpeluh-peluh, tapi badan menggigil sejuk. Aku tak buang masa, aku bangun dan menapak naik ke atas, cari bilik Mike. Aku tau dia ada kat bilik ngan geng dia. Aku ketuk pintu, masuk and nasib baik ada dorang semua dalam tu berkumpul. Aku minta buah asam jeruk kat Joel. aku tau dia ada benda tu sebab pagi tu dia acah-acah nak bagi aku jeruk even dia tau aku puasa. Saja je ko kan Joel, haha. Dapat je buah asam jeruk tu, aku blah. Aku duduk balik kat bawah, menggigil sejuk tapi happy sebab nak balik rumah, nak balik Bota beraya makan lemang. Tapi Allah jua yang punya segalanya.....

Aku stop jap. Nanti aku sambung part 2. Aku ada appoinment nak buat carbon laser kat spa. Sat ye nnt balik aku sambung.


Thursday, June 7, 2018

Semenjak masuk hutan ni kan...

Semenjak start balik masuk hutan ni kan, aku yakin aku kurus sikit.
Ehek ehek ehekkk 😁
Lagi-lagi kalau program under HQ. Fuhh! Dia punya berpeluh tu, boleh perah baju kau tau.

Sebenarnya kali ni aku bukan lah nak sebut pasal masuk hutan kendian aku kurus. Bukann, bukan yang itu.
Aku nak cerita pasal efect kurus tu kepada aku.

Semenjak dah turun berkilo-kilo ni kan, aku rasa makin banyak pulak cobaan yang datang.
Cobaan apa? Korang baca je, nanti aku cerita kat bawah.

Dulu masa bujang pun aku kurus jugak weh, adalah dalam 50 kg macam tu berat badan aku.
Tapi masa tu aku tak melawa. Bedak muka pakai bedak talkum baby Johnson je.
Lipstik takde, pakat tonyoh lip balm je.
Kening? Lagi la togel je masa tu. Aku pun hairan macam mana husband aku masa tu boleh sangkut kat aku yg ugly tu, hihihi. Kalau tengok gambar mula masuk kerja dulu, Ya Allah, selekeh ya amat.
Hitam pun iye. Aku pun heran macam mana aku boleh jadi hitam masa datang Semenanjung ni.
Padahal aku Orang Sungai kot..

Lepas kahwin, beranak, and lepas tu lah berat badan naik bam bam bamm.
Lepas tu, ada trigger point kenapa aku nekad nak jaga pemakanan semula, exercise, yada yada yadaaa.

And semenjak kenal instagram ni, aku dah makin terdedah dengan dunia kecantikan minah-minah lawa dan tak berapa lawa kat luar sana. Kat instagram la aku kenal whitening drip, lukis-lukis kening, foundation glow lah matte lah, carbon laser lah, pressed on nails lah, eyelash perming lah, dan banyak lagi.
Wow, banyak cara rupanya nak jadi cantik ni ye. Aku je yang lambat tahu, kikikiki 😊 Bab whitening drip tu kan, aku akui aku pernah ambik.
Tapi aku ambil sekali je, sebab perasaan nak mencuba tu kuat sangat.
Lepas tu aku tak buat dah. Sebab apa? Sebab aku memang dah kulit cerah sejak azali.
Alhamdulillah untuk kelebihan yang itu.

Berkat pengaruh instagram dan semangat nak sihat semula, jadilah aku yang sekarang ni.
Yang kawan-kawan batch aku kata aku dah lain sekarang. Dah syantik dorang kata. Puiiii..haha.\
Seronok rasanya bila kau rasa badan dah ringan, and boleh pakai baju saiz M semula.
And seronok bila mana masa treking dalam hutan, ko boleh rasa stamina kau dah makin improve.
Tak sengsara macam masa aku naik Gunung Nuang hari tu. Kenangannn...

Bercakap pasal cobaan dan dugaan yang mendatang ni, meh la aku cerita serba sedikit walaupun tidak la detail.
Macam ni, senang cakap la sis, kau kalau dah kawin, badan agak slim, muka ada gaya, adalah yang datang nak try kau.

Serious weh, aku tak memain. Sebab aku sendiri dah alami peristiwa orang nak try tu.
Hurm...

Kadang-kadang rasa macam nak gemuk balik..
Nak bantai makan semua yang aku suka.
Rasa macam dah tak nak melawa dah..
Tapi kalau aku buat macam tu, aku rasa aku dah aniaya diri aku. Sakit pun dapat.

Aku suka diri aku yang sekarang ni. Cumanya aku kena pandai hadapi mereka-mereka yang sangap nak try bini orang ni.
Macam takde kerja lain korang ni kan?
Menyangap aje kerjanya.

Nanti nak sambung lagi.
Stop dulu eaaa.





Tuesday, May 8, 2018

Pesanan Dari Seorang Lelaki

Ada sorang lelaki ni kan, dia selalu bagi aku nasihat yang bagus-bagus.
Puas jugak la aku dengar semua nasihat-nasihat bagus tersebut.
Tapi kan, ada satu nasihat dia, aku paling ingat sampai sekarang. Dan nasihat tu aku nak kongsikan dengan kamu pompuan semua. Nasihat ni terguna pakai untuk semua perempuan, tak kisah janda atau perawan, bini orang atau anak dara.
Nasihat dia berbunyi macam ni..

"Orang lelaki ni, dia kalau ngorat-ngorat, cakap sweet sweet, concern terlebih isi periuk, korang yang pompuan jangan happy sangat"

"Kenapa pulak?" gigih aku bertanya.

"Orang lelaki ni, dia nak satu je dari pompuan. Dia dapat, dia suka lah" katanya pulak.

Ehhh..? dalam hati aku.. Belum sempat aku menyampuk, dia dah sambung.

"Orang lelaki ni, dia nak cipap je.." selamba badak dia sebut depan aku yg elegant nih. Cukup sebutan sabdu sabdunya sekali.

.
.
.
.
.
.
.


Terkedu aku beb...terkedu habis. Pastu dia pun sambung lah hujahan bernas dia tu. Katanya lagi, orang perempuan kena hati-hati, jaga pergaulan, jangan bebas sangat, jangan suka tengok cerita blue, jangan baca cerita blue, etc etc etc.

Amboihh ngko! Aku lempar sudu ke kepalanya (ok ni propa, haha).

Zaman sekarang ni Minah, Melah, Siti, Jenab, Rose, zaman soc med lah katakan. Orang pompuan kebanyakannya tak duduk rumah dah, semua dah pakat nak kerja jugak. Yang dah kawin, nak bantu suami. Ok semua tu, bagus niat memasing. Cumanya yelah kan, ada pulak jantan yang tunggu peluang. Lagi-lagi minah muka nerd suci murni macam aku ni.

Korang, aku ni muka je nerd, blur suci murni, tapi jangan ingat aku kosong weh. Masa belajar dulu, sempat lah aku menuntut silat sepanji walau tak khatam. Kalau setakat nak tumbuk padu muka kau, aku yakin aku boleh bagi lagi. Sempat jugak lah aku diperturunkan ilmu-ilmu membaca air muka dan maksud jari jemari. Sempat jugak la dormmate aku menaburkan berpuluh cd Maria Ozawa ke atas kepala kami sambil dia duduk bersila gagah di tingkat atas katil double decker asrama serupa hanat. Btw siapa Maria Ozawa tu?

Kebiasaannya, orang lelaki suka muka blur ni. Kata dorang, senang nak tabur umpan. Umpan kepala hotak korang. Nasihat berkaitan perkataan C.I.P.A.P. tu aku akan ingat sampai bila-bila...


Sekian coretan aku.
Mohon maaf, takde censored tulisan aku kali ni.




Thursday, January 18, 2018

Tahun Memberi Bunga

Alhamdulillah. Rajin pulak aku update blog hari ni ye, ahaha!

Tahun ni kan, aku gila bagi bunga. Bukan beli tau, tapi bagi bunga kat member. Setakat ni, dah 3 orang yang dapat. Sorang tu sebab bertukar kerja. Lagi dua tu sebab birthday. Ada lagi plan nak bagi ni, sebab member tu dapat naik pangkat. Yang ni soon to be. Hujung bulan ni nak bagi, insyaAllah.

Semuanya aku cari florist tu kat instagram je. Alhamdulillah, semua bunga sampai dengan jayanya. Bajet untuk setiap bunga tak lah mahal sangat. Sesuai dengan tujuan dan si penerima. Jap aku bagi korang tengok gambar-gambar munge semua tu ye.

Ok, yang first ni, bunga untuk Ida. Sempena birthday dia. Yang ni dekat je florist dia, kat Seksyen 7 Shah Alam. Bajet untuk bunga ni, RM 50 termasuk delivery. Ada instagram juga, sabby_b_florist_bridal. Phone number 019-6691297. Korang kalau nak, contact dia ye. Boleh adjust sesuai dengan your budjet. Ida punya ni, actually aku segan nak bagi depan-depan. Hahaha, sebab satu ofis kan. So, aku pilih timing baik punya. Aku minta florist tu hantar masa hari aku nak fly balik Sabah. Hah, nasib baik cun tarikh tu. Yang tak berapa cun, akak florist ni bagi wishcard tak berapa nak cantik. Pastu ejaan dia pun ala-ala budak wechat, hehe. Nama pengirim pun dia tak letak. Adoi, maybe silap aku jugak kot. Tak minta gambar sebelum hantar. Takpe-takpe, yang penting mesej kita sampai ye. Kesian Ida, memula tu dia hairan jugak siapa yang bagi dia bunga. Last tu aku mengaku aku yang bagi. Cuak pulak aku kalau laki Ida tetiba curious sapa bagi bunga kat bini dia kan. Ngam aku dah masuk dalam kapal terbang, dah pasang seat belt semua, aku whatsapp Ida sembang-sembang. Legaaaa. Aku set flight mode handphone aku lepas tu, sebab dah nak terbang kan?

Bunga untuk Ida :)


Pastu ada juga bunga untuk Durra, yang ni pun sempena birthday dia. Kaedah mencari florist still guna instagram. Harga RM 50 jugak termasuk delivery. Nama seller dalam instagram ialah littleangelsparty. Phone number dia 0102259330. Gambar bunga as below. Masa Durra dapat bunga ni kan, florist tu ada ambil gambar. Pastu dia whatsapp kat aku gambar tu. Aku tengok mata Durra dah merah, menangis ke beb? Hahaha. Tak lama pastu, Durra post kat fb. Pastu dia whatsapp, hehe. Terharu dia. Cian Durra.. 😊 Ha, tu aku baru bagi kau bunga, Cik Durra oi. Kalau aku bagi D5 kat engko, mau meraung kau kat tepi kaunter tu ha. Wakakaka.

Bunga untuk Durra :)


Pastu bunga yang ketiga ialah untuk member yang bertukar Jabatan. Dia masuk kerja sama dengan aku, tahun 2006. Tup tup November tahun lepas dia dapat offer dari JKR untuk jawatan lain. Member tu pun quit lah dari Jabatan Perhilitan, join JKR. 11 tahun dah kenal dia. Takpelah dia pindah Jabatan, aku doa yang terbaik untuk member ni. Aku bagi bunga sebab dia jaga aku dengan baik masa kami masuk hutan simpan Jerangau hari tu. Aku jatuh dia tolong. Aku menggigil lalu cerun bukit, dia tolong bawakkan haversack. Aku masak megi pedas arwah, dia tak komplen apa walaupun pagi lepas tu, semua orang sakit perut nak membuang. Mat Yo je ulang-alik tandas mau 5 kali. Tu belum orang lain..huhu, sorry korang. Aku tak tahu aku masak pedas sangat. So bunga ini untuk kau ye Mat Yo. Yang ni lain sikit designnya aku request. Roses in box bouquet orang sebut. Bukan apa, sebab dia ni lelaki, so aku rasa bunga dalam kotak macam ni paling sesuai dan senang orang lelaki nak handle, kalau compare dengan bouquet yang biasa kan. Kalau dia balik naik motor, pun senang nak bawak bunga ni. Letak je dalam raga motor. Takdelah kena kecam sangat tengok lelaki bawak bunga, haha. Florist ni cover area Kota Bharu. Nama kat instagram ombre.floristmy. Phone number 0162257622. Yang ni harga dia RM90 termasuk delivery rasanya. Hamboi harga, mentang-mentang bungkus dalam kotak, harga terus up ye, haha.

Bunga untuk Mat Yo

So, next memang ada plan nak bagi bunga jugak. Kat adik-adik aku, kat mak aku kat kampung, member-member rapat.

Mudah-mudahan hadiah kecil ini lebih mengeratkan hubungan persaudaraan dan persahabatan kita.

Bye korang. Aku nak makan beriyani jap. Perut aku dah bergegar kelaparan ni...

Asssalamualaikum semua.

Amoi Eton.