Thursday, July 13, 2017

Me as Personal Shopper For PBAKL 2017

Maigaddd...berabuk blog aku!
Meremang tulis tajuk post kali ni kan. Tetiba ber omputih aku, kau ghase? πŸ˜ 

Assalamualaikum sayang-sayang semua. Ramai ke yang baca blog aku nih. Kadang aku rasa krik krik je, hahahahaahahahahahahahah. Sedapnya syok sendiri kan?.

Ok, aku nak cerita pasal aku jdi Personal Shopper masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau ringkasnya PBAKL 2017 yang baru ni je buat kat PWTC. Last year je dorang ngengade tukar buat kat Maeps, Serdang. Berzaman aku melangkah nak ke sana last year 😜

Tahun ni, lepas aku daoat tahu PBAKL akan kembali ke PWTC, aku dah gembira sakan dah. Sebab aku baru je terjebak dengan pesta buku ni. Yakni sejak tahun lepas. Ahh poyo 😜 haha. Baru lah aku tahu, rupa-rupanya seronok giler pegi pesta buku. Orang yang datang, beribu...maybe beratus ribu. Ramai woo..

Maka, pada tahun ni aku cuba nasib jadi Personal Shopper untuk PBAKL 2017. Saja je cuba nasib, dapat customer maka dapatlah. Kalau tak ada yang order, maka takpe lah. Tapi..alhamdulillah ada jugak orang yang sudi percaya pada aku ni. Aku selit komen kat post Pesta Buku (Facebook dan instagram). Dan dari situ aku dapat customers. Syukur Ya Allah, cubaan pertama kali membuahkan hasil.

Lepas tu, ada satu publisher ni nama Lejen Press (kau cari dia kat facebook dan instagram). Dorang up post pasal sesiapa yang jadi Personal Shopper sebab dorang nak up satu post khas pasal PS nih. Aku ambil peluang dan alhamdulillah banyak dapat customer dari post Abang Lejen Press nih. Malahan, customer yang order buku dari booth Lejen Press ni pun turut order buku dari reruai yang lain. Alhamdulillah bertambah lagi rezeki kat situ.

Oh ye, konsep PS aku kali ni ialah UPAH SEIKHLAS HATI. Customer akan bank in bayaran penuh buku dan kos postage. Tapi dari segi upah aku untuk tolong beli buku-buku tu, terpulang pada pelanggan. Ada certain PS yang charge satu unit buku 3 ringgit. Ada yang charge 4 ringgit. Tapi aku tak kisah, akak nak bagi berapa pun takpe. Tak nak bagi pun takpe. Saya suka beli buku, ngeeeee 😁 

Ada dua kali jugak lah aku ke sana, sebab nak beli buku yang customer order. Paling hazab berebut buku kat booth Karya Seni. Maigadd...minah-minah yang kaki beli novel ni kalau kau tengok dia punya berebut buku tu, kau akan kengerian dik non.. Hahahaha. Aku pasrah je masa ni, berebut-berebut jugak, tapi takdelah hardcore macam dorang ni. Maybe dorang pun jadi PS jugak, sebab once buku ada kat rak, zupp 6 saat dah licin. Sepanjang aku beriktikaf kat booth Karya Seni ni, aku sempat berkenalan dengan pembeli yang datang khas dari Brunei dan Singapore. Wah gigih ko dik ambil flight datang Malaysia. Kipidap!

Post ni aku nak tulis ringkas je. Busy sikit minggu ni sebab nak masuk hutan lagi 17-26 Julai next week. Satu je aku nak tulis point penting sempena post Pesta Buku ni. Program ni memang boleh buat kau dapat duit. Kerja part time as a Persona πŸ˜„Personal Shopper pun kira masyuk, ko tahu.. Tapi next year kalau panjang umur aku plan nak buat lagi satu projek masa PBAKL ni.

Aku plan nak jual makanan time tu. Ngeee..

Wassalam.


No comments:

Post a Comment