Wednesday, August 10, 2016

Temuduga Program Pertukaran Belia Ke Korea 2016

Assalamualaikum wbt & Hi, rakan-rakan.

Alhamdulillah, pagi ni ada kesempatan untuk update blog Renjer Jutawan ni ha. Kali ni aku nak cerita tentang pengalaman aku ditemuduga untuk program pertukaran belia Malaysia ke Korea untuk tahun ini, iaitu 2016. Oh ye, masa aku start tulis ni jam menunjukkan sekarang ni jam 8.40 pagi. Kita tengok nanti jam berapa aku habis tulis. Hahaha

Haa, korang semua yang dok google keyword interview program pertukaran belia korea tu mesti nak tahu pasal soalan-soalan masa temuduga, kan? Jangan nak kata tidak...wa tau maksud lu, miahaha :p

Ok, masa mohon program ni secara online hari tu, memang tak menaruh harapan sangat untuk berjaya dipanggil temuduga, even syarat-syarat minimum tu aku yakin aku dah lepas. Sebab iye lah kan, mana lah tahu tetibe ada kriteria lain pulak yang JPA tetapkan semasa menapis calon-calon untuk temuduga tu.

Pada 02 Ogos 2016 tu, aku dapat sms dari nombor 15888. Biasanya kalau nombor 5 angka macam ni aku malas nak baca, sebab banyak iklan kasino online je. Tapi last-last baca lah juga. Lepas baca tu excited sungguh, sebab rupanya itu sms dari JPA untuk maklumkan calon yang dipanggil temuduga boleh semak keputusan masing-masing mulai 01 Ogos 2016 hingga 05 Ogos 2016.

Aku pun apalagas, terus huru-hara buka laman web JPA dan cari info pasal tu. Jumpa link berkaitan, klik sana klik sini, key in IC segala, lepas tu aku tengok aku BERJAYA untuk temuduga tu. Alhamdulillah, happy nya aku masa tu. Kawan aku yang sorang lagi yang mohon sama-sama dengan aku, pun berjaya jugak. Dalam surat tu ada sebut kami kena sediakan salinan buku servis dan bawa sijil-sijil aktiviti luar.


Aku dan kawan aku memang cuak. Kami ada tempoh lebih kurang seminggu untuk prepare apa yang patut, sebab interview tu dibuat pada 09 Ogos 2016. Kawan aku tu aku tengok memang buat ulang kaji, google maklumat tentang Korea dan soalan dalam temuduga based on pengalaman orang lain sebelum-sebelum ni. Dan aku? Sepanjang minggu sebelum temuduga tu, kerja aku melambak-lambak. Banyak report kena siapkan. Dan perlu dihantar ke Ibu Pejabat sekian sekian tarikh pulak tu. Aku hanya dapat menelaah pada 8 Ogos, iaitu sehari sebelum interview. Tapi sebenarnya selepas aku submit permohonan bulan Mei hari tu, aku ada study sikit-sikit pasal Korea dan aku ada juga terjumpa blog-blog yang tulis pasal interview ni. So, ada sedikit lah maklumat yang melekat kat kepala ni ha.

Google punya google, aku jumpa satu blog ni, www.hazirharon.blogspot.my . Aku baca keseluruhan post dan lepas tu aku baca komen-komen kat bawah. Aku pun hantar komen dan tulis something. Lepas tu kan, tup tup owner blog pun tulis komen dan tulis nombor telefon dia. Aku like....what... Aku save nombor dia, pastu aku wasap. Pantas beb, tindakan kena pantas. Tak pantas, haruslah kau tertinggal, kikiki.

Apa yang aku wasap kan pada tuan punya blog biarlah menjadi rahsia. Apa yang boleh aku katakan, aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat Illahi sebab bantuan yang aku terima dari En. Hazir ni amat-amat membantu. Beliau sangat supportive dan menjawab apa jua kemusykilan yang aku kemukakan. Korang kalau bersungguh nak hadir ke interview ke Korea ni, contact lah beliau. 

Baik lah, aku cerita kan pulak hari kejadian ye (hari interview). Aku dan kawan aku sampai agak lewat dan kami pun memang cuak sebab kelewatan 16 minit tu. Sampai je, kami serahkan salinan buku servis dan fail sijil pada urusetia, sain kehadiran dan kami masuk ke dalam bilik menunggu.

Apa yang aku lihat, ada yang duduk di meja bulat dan study (aku rasa dorang tengah study pasal Korea lah kan). Ada yang berbual sesama sendiri. Ada yang lone ranger. Namun satu benda yang aku boleh pastikan ialah, di tangan masing-masing ada nota atau handphone. Masing-masing aku tengok khusyuk menelaah atau online. Aku masuk dan duduk. Aku bukak beg dan ambil nota. Aku bukak handphone, on wifi dan cari pasal maklumat Rumah Hijau sebab malam sebelum tu tak sempat google.

Kawan aku pun aku tengok memang study, sambil tu kami sembang-sembang dengan kawan-kawan sekeliling. Lama-lama, aku stress pulak, wakakaka. Pening dah aku dok menghafal apa yang patut. Lepas tu kan, jam 9.10 am ada orang JPA yang bagi taklimat ringkas. Hurmm.. hensem orangnya. Kah kah kah :D Segak bersut lengkap. Macho lah awak, Encik JPA :) ngeeeeee

Habis je taklimat, aku ambil handphone dan tengok eh, ada wasap baru le.. Rupa-rupanya En. Hazir. Dia tanya dah sampai ke belum kat JPA? Pastu dia siap gelak, katanya eh dia gelabah macam dia pulak yang interview. Kikiki. Kami sembang ringkas sekejap. Pastu aku dok termenung tunggu giliran sambil usap perut sebab tak sempat sarapan. Hehehe. Oh ye, aku interview kat JPA, Kompleks C3, Aras 4. Sesi pagi. Kat aras 1 tu, ada kantin tau. Tapi nak turun makan kat situ, cuak sebab takut nama kena panggil untuk masuk bilik interview.

Lepas panel semua dah bersedia, satu demi satu kumpulan dipanggil. Ada 5 bilik temuduga. Setiap bilik ada 2 panel penemuduga, sorang dari JPA dan sorang lagi ialah Alumni, iaitu peserta yang dapat pergi ke Korea sebelum-sebelum ni. Seramai 5 orang di dalam setiap kumpulan untuk setiap bilik dipanggil pada masa ni.

Akhirnya sampai lah giliran aku.. Ada 3 orang dalam group aku. Tiga-tiga perempuan. Aku salam dan berkenalan ringkas sebelum kami masuk ke bilik temuduga. Kami dapat bilik nombor 3. Aku ketuk pintu, bagi salam dan buka kan pintu untuk kawan-kawan masuk. Aku tutup pintu dan aku tengok kerusi kat tengah-tengah dikosongkan, so aku duduk lah kat tengah-tengah. Aku tengok panel, sorang pompuan (Alumni) sorang lelaki (JPA). Panel lelaki tu black black sweet hensem orangnya. Wakakaka!! Aku cakap dalam hati, apasal staf-staf JPA ni semuanya hensem-hensem? :D Panel wanita tu aku tengok lembut air mukanya, dan sentiasa tersenyum, sejuk hati dan mata aku... Alhamdulillah.

Ok, lepas briefing daripada Panel, kami pun start interview tu. Panel JPA tu minta kami kenalkan diri. Dia berbahasa Melayu masa tu. Orang di kiri aku mulakan sesi introduction. Sampai giliran aku, aku tarik nafas dan ingat pesanan En. Hazir. Aku perkenalkan diri dalam bahasa Inggeris. Kenapa dalam English? Sebab ada extra mark di situ. Tips ni aku dapat dari En. Hazir yang baik hati. Walaupun English aku mungkin agak ke laut, berjaya jugak aku habiskan sesi berkenalan tu. Huhu.. Yang penting usaha beb, usaha..

Soalan aku yang kedua ialah kenapa awak nak ke Korea? Kenapa Korea? Hah...ni rasanya soalan wajib kot. Sebab peserta tahun-tahun sebelum ni pun ada tulis soalan yang sama kat blog masing-masing. Jawapan aku, aku kaitkan dengan kerja yang aku buat sekarang. Jawapan orang kat kiri, sebab budaya dan dia nak jalan-jalan. Jawapan orang kat kanan, sebab kerja dia ada kena-mengena dengan integriti, dia nak tengok betul ke orang Korea ni berintegriti, menepati waktu dan tekun bekerja. Dia nak tengok sikap integriti orang Korea. Yang ni Panel suruh kita orang jawab dalam bahasa Inggeris.

Soalan aku yang ketiga ialah pasal time management. Hambik aku... Soalan yang aku tak jangka langsung. Ini bukan soalan, tapi Panel create satu situasi tentang masa, bagaimana aku bercakap dengan orang Korea tu tentang masa. Bayangkan Panel tu orang Korea, aku Malaysian. Yang ni jawab dalam bahasa Inggeris jugak.

Soalan aku yang keempat, juga harus dijawab dalam bahasa Inggeris, pasal corruption. Panel tanya pada aku, aku setuju atau tidak Malaysia ni negara yang tinggi ambil rasuah? Aku masa tu dalam hati...what the kaki? Gila mencabar soalan dia. Aku harap korang set lah jawapan terbaik korang siap-siap. Sebab untuk soalan ni aku memang tak jangka langsung.

Actually banyak juga soalan-soalan berbentuk situasi, pendapat dan fakta yang Panel kemukakan. Ada sesetengah soalan, aku ambil sedikit masa dalam 5-6 saat gitu sebelum jawab. Aku bagitahu Panel, tunggu sekejap Encik, sebab saya blank (huhu sangat, kan?) Dapat soalan yang tak dijangka,macam soalan rasuah tadi, for sure lah blank kan...hadoi..

Lepas menjawab beberapa soalan dalam bahasa Inggeris, kami mula berbahasa Melayu. Alhamdulillah, perbincangan kami semakin rancak, dan kawan-kawan kumpulan aku amat-amat sporting! 

Akhirnya sampai ke soalan berkenaan apa yang awak nak tunjuk kat orang Korea nanti? Panel awal-awal dah sebut tak boleh buat acah-acah memasak, sebab kat bilik temuduga tu takde dapur katanya (dia bergurau dan kami gelak ngeh ngeh, hehe). Panel black black sweet hensem tu hanya bagi dua pilihan, sama ada menari atau menyanyi. Adoiiiii...yang ni takde dalam senarai jawapan aku. Masa bincang dengan En. Hazir malam sebelum tu, aku tak jangka langsung aku takde pilihan selain menari dan menyanyi ni. Sebab dulu En. Hazir tunjukkan bakat bermain permainan tradisional.

Panel Alumni suruh nyanyi lagu yang ada ciri-ciri Malaysia. Kalau orang Korea dengar, dia boleh tahu itu lagu tentang Malaysia. Kawan kat kanan aku nyanyi lagu Sehati Sejiwa, sempena kemerdekaan akan datang katanya. Dia berdiri (sempoi + sporting dia ni, aku memang salute lah) dan menyanyi. Mak aihh..suara dia memang sedap. Habis je dia nyanyi, aku dan yang lain-lain bagi support, tepuk tangan ramai-ramai.

Then sampailah giliran aku. Aku sempat cakap, sebenarnya aku expect benda lain tapi tak ada pilihan selain menyanyi. Begini lah lebih kurang perbualan aku ngan Panel lepas tu...kikiki

Aku: Saya sebenarnya memang boleh menari, boleh nyanyi. Kalau dah keje renjer tapi tak reti karaoke, memang tak sah lah, Encik.

Panel gelak pastu tanya aku nak nyanyi lagu apa.

Aku: Encik, saya ingat saya nak nyanyi lagu yang tengah in sekarang la, boleh tak Encik?

Panel: Ha, boleh boleh! Apa lagu tu?

Aku: Saya nak nyanyi lagu Hang Pi Mana.

Aku pun nyanyi la.... Sambil nyanyi aku angkat tangan kanan macam Karam Singh Walia. Lirik lagu yang aku dok nyanyi hanyalah 'Hang pi mana pi mana pi mana pi mana pi mana pim mana pi manaaaaa...' sambil tangan aku tak reti-reti nak stop terawang-awang. Baris kedua selepas lirik tu, dan part chorus aku tak nyanyi langsung, gabra katak.

Lepas tu aku kata: Tu je , Encik.

Ya Allah, kitaorang gelak ramai-ramai masa tu. Panel-panel tu sampai tutup-tutup muka sebab gelak. Aku rasa masa ni mesti orang kat luar boleh dengar kami gelak macam tengah tengok Maharaja Lawak Mega. Gila tak lawak, aku menyanyi dah ke laut cina selatan kot! :D

Ada beberapa soalan lagi selepas tu. Kemudian Panel kata beginilah interview nak ke Korea. Kita fun fun, ketawa ketawa. Tak serius pun katanya. Memang betul kata Panel JPA black black sweet hensem tu. Aku rasa kami memang banyak sangat gelak. Memang gugup aku hilang melayang. Macam tengah sembang dengan kawan-kawan je rasanya. Plus, kawan sekumpulan yang aku memang respek sangat-sangat. Kerjasama terbaik dorang ni bagi. Takdenya nak pulun jawab soalan tu sorang-sorang.

Akhir kata, Panel ucap terima kasih. Ada rezeki, dapatlah korang ke Korea katanya, sambil dia senyum-senyum. Senyummmm je Encik JPA ni, dah le hensem, senyuman dia pun memang aduh duh duh.

Aku sempat bergurau lepas tu. Aku kata, kami pun terima kasih sangat sebab sudi interview kami, sudi bagi peluang untuk datang ambil pengalaman. Dan kalau boleh, kami tiga-tiga nak dapat peluang dapat pegi ke Korea tu. Kami bertiga satu group pakat iye iye angguk kepala dan senyum-senyum. Panel senyum lebar dan kata InsyaAllah....!!

Selepas ucap salam dan terima kasih, kami pun keluar. Kami bertiga bersalam-salaman dan masing-masing mengucapkan good luck sesama sendiri.

Oh ye, soalan-soalan yang aku dah aim contohnya:
- apa perbezaan ketara Korea - Malaysia?
- apa masakan Malaysia nak bawa ke Korea?
- apa sikap orang Korea?
- apa budaya orang Korea?
- teknologi yang ada di Korea?

dan banyak lagi soalan berbentuk fakta, memang tak ditanya langsung. Aku tak sure Panel di bilik-bilik yang lain dorang soal macam mana. Sebab peserta kat bilik-bilik lain, lepas habis interview je, kebanyakannya menonong keluar cepat-cepat. Mungkin sebab dorang rasa insecure kot duduk situ lama-lama, takut peserta yang masih belum masuk tu tanya soalan macam-macam.

Aku pun like, hurm... Jangan lah kedekut informasi sis & bhaii. Sharing is caring. Aku keluar je dari bilik Panel, aku cerita kat kawan-kawan apa yang disoal. Bagi aku, ini memang satu persaingan. Tapi tak salah berkongsi maklumat, apatah lagi sebelum dipanggil masuk bilik tu, kami ramai-ramai sembang pasal GTP, NKRA, kadar jenayah, isu semasa kakitangan awam. dan sebagainya. 

Secara peribadi, aku puas hati dengan sesi temuduga aku. Namun aku tak lah berharap sangat, aku sudah berusaha sebaiknya. Ada rezeki, dapat lah aku ke Korea dengan gembiranya. Takde rezeki, aku anggap ini salah satu pengalaman berharga dalam hidup dan aku gembira berkongsi semua ni di dalam blog Renjer Jutawan.

Apa-apa pun, awak awak awak yang tengah cari info pasal ni, yang penting yakin diri, happy happy, jangan sombong dan jangan jadi lone ranger ntah apa apa. Ringankan mulut berkenalan bersembang ngan peserta lain. Tak rugi berkawan. 

InsyaAllah, aku akan update status terkini aku sama ada berjaya atau tidak ke Korea tu.
You all, stay tune ok :)

Muah ciked! :p


Wassalam,

Renjer Jutawan.
~ post ini habis ditulis tepat jam 1.02 petang :)


UPDATE STATUS TEMUDUGA:
Aku tak berjaya. Tapi tak apa, aku cuba lagi tahun depan, 2017.

UPDATE CERITA INTERVIEW KE KOREA TAHUN 2017 ADA KAT SINI 💖💖💖

18 comments:

  1. hi u, berjaya ke korea? i interview 8/8 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Sis Sha Honey. Mohon maaf sangat-sangat, tak perasan sis ada tinggal komen.
      Btw, saya tak berjaya dalam application ke Korea nun.
      Tapi saya tak kan stop utk apply sekali lagi untuk tahun 2017.
      Harap-harap, tahun ni pun ada juga kan :)

      Delete
    2. Hi.. Sy pn nak intview tahun ni.. 28/2.. Jumpa d sana haha....sronok baca info ni thanksss

      Delete
    3. Hi semua..masa interview ditanya pasal apa ya??boleh share x?

      Delete
    4. Hi, semua. Sorry lambat reply. Cerita lanjut ada kat link ni ye. Sebab saya tak berjaya masa interview 2016, so saya apply lagi untuk 2017. Jemput baca ye :) http://renjerjutawan.blogspot.my/2017/05/temuduga-program-pertukaran-belia-ke.html

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hi sis,
    saya dapat interview untuk mei ni. seram pulak rasanya. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gud luck, sis Hanina :) saya pun seram sejuk gak ni :)

      Delete
  4. hi sis,
    saya dapat interview untuk mei ni. seram pulak rasanya. hehe...

    ReplyDelete
  5. Assalam. Saya rasa kurang stress baca post ni. Sy akan interview minggu depan. Minta halalkan tips ya. Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, terima kasih jugak sudi baca blog Renjer Jutawan. Mudah-mudahan isinya bermanfaat :) Gud luck ye :)

      Delete
  6. Saya pun interview 8 Mei jugak. Sesi petang. Wahhh 😃

    ReplyDelete
  7. dude please bagi no contact...i interview esok pg...please...

    ReplyDelete
    Replies
    1. phone number saya senang je nak cari. kalau google pun boleh jumpa. best main risik-risik ni. macam James Bond dah kan :) keep reading my blog, dude. semua info ada kat situ, hehe.

      Delete