Monday, April 18, 2016

APABILA KAWAN MINTA DISKAUN ATAU FREE


Hari ni nak tulis post yang agak sentap. Sebagai orang yang berniaga, pernahkah anda mendapat pertanyaan atau request dari kawan-kawan, sedara mara, dan sebagainya untuk dapat barang secara murah atau lebih dashyat lagi, nak FREE je??

Kalau saya, saya jawab SELALU! 
Huhuhu... Apabila berhadapan dengan orang dan situasi begini, saya hanya boleh menangis dalam hari. Nak ditolak, serba salah. Nak diturutkan je, balik modal belum tentu. 

Dulu masa mula-mula berniaga tahun 2010 tu, aku mula menjual di pejabat. Pada mulanya aku memang tak mahu menjual di pejabat, tapi aku berubah pikiran lepas membaca tip-tips keusahawanan di google. Tapi nampak gayanya tips ini hanya memakan diri aku sendiri. 90% pembeli (yang merupakan staf pejabat aku) membeli dengan harga minta diskaun. Senang cakap, harga diskaun dorang tu ialah harga modal aku membeli di jalan TAR! Stress aku masa ni. Tambah pulak aku tak pandai say NO masa tu. Dorang tekan aku sampai aku rasa serba salah nak up harga. Please la orang-orang yang macam ni, support bisnes kawan kena dengan cara yang betul. Jangan ambil kesempatan ke atas kawan atau saudara sendiri. Selepas tu, cukup sekali aku menjual kat ofis. Aku hanya fokus jual kat Mudah dan website je.

Sering kali aku tengok kawan-kawan atau ahli keluarga yang bisnes, kalau aku rasa tak nak beli, aku tak akan tanya-tanya konon-konon nak beli. Tak perlu aku bagi harapan. Tapi kalau betul aku nak beli, aku tanya, aku beli. Aku takkan minta diskaun langsung. Bukan nak mendabik dada sendiri, tapi ini lah salah satu bentuk sokongan terhadap kawan atau ahli keluarga yang bisnes. Aku tak ambil kesempatan nak diskaun bagai, sebab aku boleh agak berapa sangat untung dia.

Kalau nak diikutkan, harga jualan yang ditetapkan oleh orang yang mula nak berniaga ni, murah je. Sebab dorang ni tak pandai lagi kira hidden cost. Dorang ni hanya kira harga modal je. Contoh kiraan aku tunjuk ye. Harga ni ialah harga yang aku pun sendiri tetapkan masa awal-awal meniaga dulu.

Harga kos sehelai tudung: RM 12.00
Harga sekodi: RM 12 x 20 helai = RM 240.00
Harga runcit (aku jual sama harga dengan Jalan TAR): RM 20.00
Untung kasar: RM 8/helai.

Tapi, aku terlupa nak kira kos minyak kereta/kos parking/kos tiket ktm + kos upah aku penat jalan kaki pusing habis satu Jalan TAr semata-mata nak cari tudung the best in town.
Kalau kau tak rasa lagi macam mana penatnya jalan kaki pusing habis Jalan TAR cari tudung nak buat bisnes, I challenge you, dik non. Try la sekali. Balik rumah kau tengok, kaki kau landing kat mana lepas tu...

So, kalau diikutkan untung RM 8 sehelai bukanlah amaun yang boleh dibanggakan. Sebab selepas aku jual kat rakan pejabat, dorang punya minta diskaun dari harga RM 20 tu, terus jadi RM 15 sehelai je. Cuba kau tolak dengan harga modal, dapat berapa?

Harga modal: RM 12
Harga jual: RM 15
Untung kasar: RM 3 ...!!

What the fish..?? Tu untung kasar je kak. Kalau aku tolak kos minyak kereta, tol, tiket KTM dan Monorail, upah kaki sakit, confirm habis dah untung RM 3 tu.

Ni kiraan aku. Lepas aku kira balik berapa untung yang aku dapat, memang tak le aku nak jual kat ofis lagi. Lebih-lebih lagi lepas dah tahu perangai orang kat ofis ni macam mana.. Bukan nak support bisnes, tapi ambil kesempatan je banyaknye. Nak murah, silakan beli sendiri kat Jalan TAR. Tu pun korang tak kan dapat harga murah macam tu melainkan korang beli borong kodi.

Sebagai peniaga part-time, sekarang ni memang aku akan kira segala hidden cost sebelum tetapkan harga jualan. Juga tak dilupa, aku juga tak akan sailang harga pasaran. Kalau harga pasaran dan RM 89, dan terbukti ramai orang sanggup bayar untuk harga ni, kau jangan lah gatal nak letak harga jualan ko RM 49, konon-konon nak bagi laku habis kau punya barang. Tak payah dik non...kau hanya akan untung jangka pendek. Jangka pendek ni berapa lama? Depends dengan berapa cepat barang kau habis. Sebab kalau ikut pengalaman aku, customer yang kau dapat memang ramai, tapi bukan jenis yang setia. Customer macam ni, akan sentiasa mencari yang murah, yang boleh penuhi permintaan diskaun mereka. Apabila dorang jumpa peniaga lain yang boleh bagi harga sailang yang dorang suka, dorang akan tinggalkan kau. Kitaran ini akan berterusan. Kau akan penat mencari pelanggan-pelanggan baru, sentiasa.

Berbalik kepada isu kawan minta diskaun tadi, kalau kau berat hati nak jual pada dorang, kau juallah sekali sahaja. Tapi kau sebut awal-awal, ni kau bagi diskaun untuk kali ni je. Lepas ni takde diskaun dah. Bagi dia kefahaman sikit. Kalau tak bagitahu awal-awal, nanti dia ingat dia akan sentiasa dapat diskaun.

Aku hargai kawan-kawan dan ahli keluarga yang bisnes. Aku tak akan sesekali minta diskaun kerana aku tahu jerih payah mereka mencari rezeki. Kita tak akan berbisnes kalau duit gaji kita cukup. Disebabkan kos taraf hidup yang semakin meningkat, sebab tu ramai orang yang berniaga sekarang ni. Kalau kau setakat kenal dia kat facebook, then kau PM dia konon macam dah kenal sejak zaman hingus meleleh, tak payah la nak minta diskaun bagai. Hargailah networking yang ada. 

Sekian dari Renjer Jutawan Cantik Storage yang pipi gebu macam pau.

Wassalam,

Renjer Jutawan Cantik Storage

No comments:

Post a Comment