Friday, December 16, 2016

Susah ke Menjaga Hati?

Hurm...tajuk post kali ni kan... Menjentik kalbu, hahaha.

Di umur 30-an ni, dah bersuami dan anak-anak, aku tak rasa aku nak attract mana-mana guys lagi. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku suami yang super baik. Anak-anak, keluarga, keluarga mertua, kawan-kawan, semuanya baik-baik, alhamdulillah.

Cuma, bila kau rasa kau ok, dan kau ok dengan semua orang, ada orang yang tersilap letakkan perasaannya. Kesilapan yang jika disambut, aku rasa kau akan jadi manusia yang paling tidak bersyukur di muka bumi ini. Kenapa ya tiba-tiba aku tulis macam ni? Sebab aku rasa aku nak meluah. Penat menghadap perasan orang yang sengaja membiarkan dirinya melorong ke jalan yang kabur, tapi hakikatnya ianya jalan yang salah.. Hurm, pusing habis ayat aku. Haha

Korang, aku pernah bertanyakan satu soalan pada kawan sekerja aku. Dia ni pangkat pakcik lah pada aku. Seorang senior yang dah lama kerja dan banyak pengalaman hidup. Aku tanyakan padanya:

"Encik Man, apa kita nak buat kalau ada orang suka kat kita?"
Dia bertanya "Suka yang macam mana?"

Aku terjeda seketika... "Suka yang macam suka. Bukan suka sebab bersahabat. Lebih dari tu"

Senang sahaja jawapan Encik Man. Mungkin dia nak senangkan hati aku, hahaha. Dia jawab:

"Kalau ada orang sukakan kita, biar je lah. Itu perasaan dia. Kita tak boleh halang. Tapi hati kita kena tengok balik. Apa kita nak buat? Nak terima atau tolak? Semua terpulang pada pihak kedua jugak. Skandal takkan terjadi kalau setakat satu pihak"

Padu jawapan dia. Betul kata senior aku ni. Biarlah orang tu suka kat kau. Sebab dia memang jenis tak faham bahasa punya orang. Hahaha. Kalau perasaan suka tu jenis yang tak boleh disambut, jangan lah terima. Tetapkan hati kau, dik. Jangan terima! 

Pesanan buat orang tu.

>> Awak nak suka orang tu, awak punya pasal. Tapi orang tu, bolayan awak. Awak carilah yang lain. Yang available dan yang penting, single! Dunia ni luas, wak. Bunga banyak sangat-sangat. Janganlah pilih bunga berduri. Jari awak terluka, kelopak bunga turut terburai sebab awak paksa juga nak petik.

Sekian luahan hati

:)
(p/s: buat pembaca blog, jangan pernah sukakan bunga di taman larangan)

No comments:

Post a Comment