Monday, September 26, 2016

Aku Rindu Arwah..

Ya Allah...tiba-tiba rasa sebak. 
Sedih sangat-sangat, nak menangis. Tapi sebab sekarang ni aku kat ofis, dikelilingi kawan-kawan, aku cuba tahan air mata.

Pagi ni sekali lagi aku teringat kat arwah. Sejak dua hari lepas lagi, lepas baca post FB Nadia, aku dah start sebak. Dalam post tu, ada gambar ni... Dad ~ Calling



Allah, aku rindu arwah bapak... Malam tadi masa bagi Husna tidur, aku nangis. Tapi aku tak nangis kuat sangat, tak nak Big Boss dengar. Big Boss bukan boleh tengok aku nangis, cuaknya menjulang sampai ke pokok akasia. Husna yang nampak aku nangis dalam diam, pun sebak sama. Sayang Husna..

Arwah meninggal tiba-tiba. Tak ada tanda apa-apa. Arwah meninggal dalam kereta, lepas agihkan kad kahwin Andui. Ahhh...tak nak cerita lebih-lebih, mata aku dah start banjir. Lagipun aku pernah cerita pasal ni dalam post terdahulu..

Dulu arwah selalu call. Boleh kata hampir setiap minggu. Sekarang? I'm totally empty. Kalau bukan sebab mak, rasanya aku dah down. Aku masih ada mak. Masih ada Big Boss. Masih ada Husna dan Huda. Masih ada adik-beradik. Masih ada keluarga mertua yang baik hati. Dibandingkan dengan orang lain yang nasibnya yatim piatu, tiada sesiapa... Nikmat Allah yang mana harus aku dustakan lagi..?

Sebagai anak yang sulung, aku selalu tunjuk dekat mak, aku macam tak rasa apa-apa... Tapi soul aku, Allah je yang tahu. Among kami adik-beradik, aku yang paling kurang sebut pasal arwah. Paling kurang (maybe tiada) repost gambar-gambar arwah, and tak pernah langsung tulis dalam wall FB. Luahan aku pada Big Boss? Tak pernah. Yup, tak pernah. So mungkin sebab ni Big Boss ingat aku ok. 

Pak, semoga tenang di sana.. Semoga Allah memberikan bapak ganjaran syurga, atas kebaikan bapak memelihara kita sekeluarga, dan atas kebaikan hati bapak yang selalu membantu tidak pernah mengenal darjat sesama insan mahupun apa jua. Semoga bapak dijauhkan dari seksa kubur dan dijauhkan dari seksaan api neraka. Semoga kubur bapak sentiasa luas, bercahaya, dan harum sementelah menunggu tibanya hari pembalasan. 

Terima kasih, pak.. Membesarkan kami tanpa sebarang rungut kata. Tanpa sebarang kekesalan. Membesarkan kami sebaik ini dan menerima balasan kebaikan itu seadanya kerana kami anak yang alpa. Kadang teringat, kerap terlupa. Tiada lagi suara garau bapak. Tiada lagi tangan insan bergelar ayah yang boleh aku salam. Tiada lagi gurau tawa bapak. Semoga segala amal baik bapak diterima Allah. Semoga doa kami adik beradik diterima sebagai doa anak yang soleh. Semoga tenang di sana, pak..







Salam sayang,
Sharinah Binti Abdul Lahit
Shah Alam,
Selangor.
~ selamanya anak bapak..dari Sandakan


No comments:

Post a Comment