Friday, September 9, 2016

Meeting Pegawai Penyiasat (IO)

Adoooiiii....
Hari ni setelah sekian lama (almost 4 months) akhirnya Jabatan buat meeting IO. Adus, masa aku dapat e-mel panggilan mesyuarat ni, aku terkedu dan tiba-tiba muncul plan ngok dalam kepala aku supaya ambik MC masa hari mesyuarat tu. Ahahaha, pandai sangat.

Malangnya plan tu aku terkantoi depan Timbalan, bilamana aku TERsebut plan MC tu depan beliau. Beliau yang biasanya ayu-ayu manja terus terjegil dan warning kami semua IO IO supaya attend meeting tu, termasuk Azrin yang nak pergi Portugal untuk Interpol program. Kah kah kahhh! Aye aye, Puan! Kami Yang Menurut Perintah.

Untuk makluman, setakat ni aku dah terima 13 Fail Kes. Yang dah selesai ialah 8 FK. Lagi 5 lah maksudnya tak selesai-selesai lagi, hihihi.

Actually fail kes aku ada yang dah boleh rujuk pada Penasihat Undang-Undang (PUU). Tapi tiap kali aku tanya PUU untuk arrange tarikh nak jumpa, PUU akan kata next time Moi, sebab ada kes lain. Aku ok je, nanti dalam meeting aku sebut macam tu je.

Tadi aku call Timbalan untuk confirmkan masa meeting hari ini (yakni Jumaat, 9 Sept 2016) tepat jam 9 pagi atau ditunda sikit ke jam yang lain. Bukan apa, sebab aku nak makan dulu. Lapar lah pulak hujan-hujan ni. Sekali Timbalan kata proceed daaa....tepat kul 9 pagi meeting start. Timbalan kemudiannya minta tolong supaya set LCD projector. Masa tengah cari benda alah tu, tetiba Timbalan tunjuk aku tiga buah Fail Kes. Rupanya fail warisan dari En. Saidu yang dah bersara. Aku berdegup dag dug dag mengenang siapalah yang akan mewarisi FL yang susah nak setel tu. Sekali Timbalan sebut, fail tu dia nak bagi En. Halid. Aku bantai gelak, hahahaha... Menangislah pakcik tu nanti. Dan terselamat lah aku, alhamdulillah syukuuurrr.

Setakat ni kan, fail kes aku yang 5 tu, ada yang aku siasat sampai ke Ipoh. 

Fail kes yang Ipoh ni, disebabkan Jabatan tak cukup bajet untuk minyak dan claim segala, aku decide untuk naik train ETS je dari KL Sentral. Pengarah aku bukan main gembira dengar plan aku. Jimat duit Jabatan katanya. Hurm...bos jangan lupa bagi APC ea.. Hahahaha

Sampai Ipoh, aku call incas Taufik. Aku bagitahu aku naik teksi je la pegi ofis Ipoh. Dia kata jangan, teksi cas tinggi lagi-lagi kalau orang luar. Ye ke...? Aku pun ok je la, dah orang tu sungguh-sungguh nak tolong ambil, kan. Dah smpai station Ipoh tu kan, aku pun berjalan-jalan lah melihat alam. Aku baca signboard. Aku sembang dengan uncle teksi. Aku tengok jadual train. Aku pergi toilet. Aku beli jambu batu dan ngap. Tiba-tiba...aku rasa lain macam kat kaki aku, atau lebih tepatnya kasut aku. Aku tengok kasut. Ya Allah....punyalah terkezut aku masa tu. Boleh pulak kasut aku buat hal masa aku acah-acah backpackers hari tu. Kasut aku dah serupa mulut buaya. Menganga je kat depan. Entah macam mana boleh jadi gitu, sayang pun tak tahu dear...

Nasib baik staf Ipoh yang jemput aku pastu baik hati orangnya. Dia bawa aku ke kedai kasut paling murah di bandar Ipoh. Dengan berkaki ayam, aku turun dari kereta dan masuk ke kedai. Sampai kedai, tawkeh bagi aku pakai selipar dia, hahaha. Baik betul aunty. Muah ciked. Lepas beli kasut, kami pun bergegas pegi ke ofis Ipoh...

Sampai ofis lepas say hai hai pada semua staf yang tengok aku semacam, aku terus jumpa Taufik. Taufik tanya, dah jumpa Pengarah belom? Errkkk, aku tanya balik, perlu ke? Haha. Takde protokol betul aku ni kan. Dah masuk ofis orang, pinjam bilik, pinjam mesin faks segala bagai, tapi tak jumpa Pengarah dia lapor apa-apa.

Taufik dengan selamba bawak aku jumpa Pengarah. Adoi la...siapalah aku ni kan, nak jumpa big boss? Sampai je bilik bos, aku terkejut.. Eh eh.. Encik Aliff ke Pengarah Ipoh? Kalau dia, aku gelak-gelak langsuir pun boleh, kah kah kah. Lepas berbual-bual ala kadar, En. Aliff puji tindkan aku yang sanggup naik train datang Ipoh. Save duit jabatan katanya. Aku pun dengan rendah diri berkata, alah takde benda pun Encik.. Orang lain, mdapat arahan masuk hutan hulu mana pun, kalau takde kenderaan boleh hantar, dorang sanggup je naik turun bas atau komuter, asal sampai. Pengorbanan dorang tu lagi bermakna dari apa yang aku buat ni. Lek brader...Shah Alam - Ipoh, apa ada hal... Bukan aku yang drive pun kan, hehehe. Dalam train tu pun aku banyak berkhayal je :)

Eh ehhh...punyalah lama aku menulis. Aku dah terlambat masuk meeting!!! Aaargggghhhh...aku dah lewat 26 minit! Aarrrghhhhhhh..!! 


Aku stop dulu.


No comments:

Post a Comment