Wednesday, September 7, 2016

KEKAS 2016 - Part 3 (Di Sini Bermula..)

Assalamualaikum sayangs (miahahaha, gediks beno)

Agak malu sebenarnya nak update cerita pasal KeKAS 2016 ni. Sebab kawan-kawan siap bahan isu muffin dan seksi tang punggung tu. Aku sampai angkat white flag, hahaha. Tak tahan wei, korang kalau dapat peluang nak bahan aku memang korang pulun cukup-cukup ea... Naughty naughty nak kena babap ni :)

Frankly speaking, apa yang aku tulis itulah yang ada di hati. Secara tak sengaja aku tengah train diri untuk menulis macam ni, sebab plan nak keluar buku sendiri kan, hehehe. Kalau Amran Fans boleh keluar buku yang isinya cuma post FB Page dia, dan Hafiz Hamidun keluar buku nampak bulu hidung dia, aku pun mesti boleh keluar buku, kannnn? Please sedapkan hati aku, ahaha :D

Ok sayangs, kita sambung KeKAS Part 3.

Di hari yang ketiga, adalah aktiviti utama kursus KeKAS nih. Iaitu mendaki Gunung Nuang. Nasib baik dia tak tulis Menawan Gunung Nuang. Kalau kau tulis perkataan menawan tu dik, siaplah kau akak stapler kat pokok. 

Pintu masuk nak ke Gunung Nuang. Credit picture: Mr. Googs


Malam sebelum mendaki tu kan, aku memang tak boleh nak tido... Jam dah pukul 1 pagi, tapi aku masih terkebil-kebil. Adoi la...macam mana aku nak tido ni bhaii.. Aku off aircond...kot-kot lah aku tak boleh tido sebab sejuk beku dalam bilik kan. Rupanya tak jalan juga... Lepas tu aku duduk. Aku perati je roommate aku. Semua dah tido, berdengkur lagi... Aku dengki dowh.. Lastly aku ambil handphone, buka folder Play Books. Pilih punya pilih, akhirnya aku decide baca Di Bawah Lindungan Ka'bah, tulisan Hamka. Ajaib sungguh, tiba-tiba masa baca tu, aku tak sedar pun aku dah tido! Hahaha, choi betul statement ni. Bacaan islamik macam tu aku buat ubat tido... Astaghfirullah... :)

Sampailah saat yang ditunggu-tunggu. Aku singkatkan ok, kita terus ke cerita mula bergerak dari pintu masuk ke Gunung Nuang ye. Aku ni berjalan la perlahan-lahan. Awal perjalanan, kami masih gerak dalam satu kumpulan. Adam, Azlan, Nazmi, Mohammad, Zaimi, Durra dan aku. Tapi sebab ni aku jalan macam kura-kura, lastly hanya tinggal aku, Durra, Mohammad dan Zaimi. Sampailah kami ke pondok yang pertama. Kau tahu bhai...dari pintu masuk nak ke pondok pertama pun sebenarnya aku dah rasa lain macam. Bukan perasaan surrender, tapi something la..aku pun tak reti nak elaborate macam mana. Boleh kata aku rasa masa tu ada je orang perati. Hurmmm....statement perasan cantik dari Amoi Eton. Mohon share gambar muntah, plisss..

Ok, aku cerita bab pondok pertama dulu ye.

Masa tengah rehat kat pondok pertama ni, aku terdengat perbualan antara Ismail (Guide) dengan somebody via walkie-talkie. Memang clear aku dengar dorang cakap "Sape sape tak larat jangan bagi proceed. Terus hantar balik. Bawak keluar.." Mak aih...seriusnya arahan tu. Macam askar dah aku rasa.

Kau tahu bhai....masa Ismail dengar arahan tu, mata dia tepat memandang aku. Aku mengeluh dalam hati... Nape pandang kat aku, Mael? Kau tak percaya aku ke.... Sedihnya masa ni. Huhuhu.... Aku tengok Mohammad, aku tengok Zaimi. Pastu aku cakap dengan Mohammad, "Jum Mad, kita gerak.." Aku memang tak bagi chance langsung kat Mael untuk approach aku, tanya sama ada aku nak balik ke tak. Aku tak pikir panjang, aku jalan je. Guide yang lain follow dari belakang. Aku sempat jeling Mael, bagi signal aku tak puas hati kat dia. Mael, aku benci kaw...

Huk aloh... Korang mesti ingat ada something antara aku dengan Ismail ni kan? Korang bergosip lah ye. Tak kan ada sebarang pengakuan dari kami, miahahaha

Credit picture to Baju Biru, kikikiki. Eh, ada budak UniKL muka senyum beriman di situ... Budak pompuan tu pulak, sweet je senyuman dia kan. Ai is jeles :p

Jalan punya jalan sampai lah ke pondok yang kedua. Setakat ni, perjalanan dari pintu masuk hingga ke pondok yang kedua ni kau jangan cakaplah... Naik turun, naik turun, aku macam nak acah-acah pengsan je kat situ. Tapi sebab nak jugak tengok track Gunung Nuang dan air sungai, aku teruskan even lambat.

Dari pintu masuk nak ke Kem Lolo, dia punya azab berjalan kaki tu kan, aku boleh kata suruh harimau makan durian lagi senang. Beg aku yang beratnya cuma 2% daripada haversack yang aku biasa bawak masa masuk inventori kat hutan, kau tau sapa yang bawak? Thanks to Mohammad. Aku betul punya mengada, bhai... Beg kecik macam tu sampai si Mohammad tolong bawakan. Kau tahu siapa lagi yang support aku masa tu? Thanks to Zaimi. Dia lah yang guide kat depan tu jalan landai ke, kat depan tu naik bukit sikit ke, kat depan tu pondok ke. Tu baru sikit pertolongan yang dorang bagi kat aku. Aku tak cerita habis lagi. Aku cerita pelan-pelan ye :)



Aku tak ingat berapa jam yang aku ambil untuk sampai ke Kem Lolo. Sepanjang perjalanan kami lalu banyak pondok, kebun orang dan jalan yang mendaki dan turun. Tapi percayalah, jalan mendaki lagi banyak daripada kau menurun. Aku tak malu nak mengaku, ada certain track, Mohammad suruh aku berpaut pada beg Zaimi, Zaimi tarik aku guna beg dia dan Mohammad tolak aku dari belakang. Tapi cara Mohammad tu tolak belakang aku tu, ada lapik lah bhai... Ko jangan... Jangan pikir dalam sangat bhai... Beg aku kan ada, beg tu yang Mohammad guna untuk tolak belakang aku. Let say Mohammad pegang aku direct macam tu je, kau ingat aku nak bagi chance? Silap-silap terlipat tiga, Tok Penghulu kita ni, hahahaha :D

Sepanjang aku kerja masuk keluar hutan, tak pernah lagi aku seteruk ini. Aku dah macam newbie pula. Dalam hati, memang malu teramat, tapi itulah salah satu bantuan dari kawan-kawan yang supportive. Ya Allah, dorang ni aku baru je kenal, tapi rupa-rupanya dorang ni memang jenis lelaki yang kau boleh buat suami eh..kawan. Oh ye, untuk makluman, Mohammad dah kahwin ye, tapi ada 3 lagi kuota. Zaimi pula, single & available young man, dia ada 4 kuota. Hahaha. Aku tukang rekemen je. Orang lama dalam Perhilitan selalu sebut, kalau nak kenal hati budi manusia tu, kau bawak dia masuk hutan. Ini memang betul, pakcik. Saya setuju dengan pesanan pakcik :)


Sampai je Kem Lolo, aku nampak ada sungai.... Wahhhh, sungaiii! Siapa tak suka sungai, dia kawan kambing, hahaha. Kami berehat-rehat dan isi air dalam botol. Sedapnya air sungai.... Pastu Zaimi kata, kat Pacat ada punca air. Rasa dia lagi sedap. Masa aku dengar tu, wahhh tiba-tiba semangat pulak nak naik sampai atas, hehehe. Lepas tu, Guide bagi taklimat pasal laluan nak ke Dataran Pacat. Guide muka garang dalam hati ada taman tu kata, laluan memang mencanak je. Takde landai-landai...

Kem Lolo. Sorry la, gambar-gambar ni aku tak tahu nak credit kepada siapa. Aku save dari group wasap. Apa pun, macehh :)

Masa ni aku dah terkedu. Aku berfikir, boleh ke aku sampai ke Pacat.. Secara tak sengaja, aku menoleh tengok muka Mohammad yang berdiri berhampiran. Mohammad macam faham je apa aku tengah fikir.. Aku kata kat dia "Boleh ke, Mad..." Suara aku pun memang kedengaran macam takde harapan... Mohammad dengan confident kata "Boleh. Aku tolong" Adoi la Mad....masa ni kau memang HERO. Terserlah sifat keTokPenghuluan kau masa cakap macam tu. Ada lagi beberapa perbualan antara aku, Mohammad dan Zaimi masa tu, dan finally aku decide untuk naik sampai ke Pacat. Salah satu reasonnya ialah aku nak tengok punca air tu. Aku tak pernah lagi minum air gunung. So, ini lah peluang aku. Kemon amoi..kemon!

Lepas tu, baru 10 minit naik, aku dah tersandar berehat. Hahahaha, tak boleh blah. Masa ni aku dah ketawa dalam hati. Tengah sengih-sengih kepenatan tu, Ismail lalu tepi aku. Wak, I still remember what did you say at that moment. I still remember, Mael. Once again aku nak tulis, kenapa dengan kau? Aku tak nak lah tulis kat sini skrip kau tu. Kang orang kata ni couple tak jadi je..cis :p

Ok, kita lupakan Mael.
Aku rasalah kan, aku ambil masa 4 jam untuk sampai ke Pacat. Aku rasa je lah...sebab aku pun tak ingat jam berapa kami start mendaki tu. Kami sampai ke Dataran Pacat dalam jam 1.20 petang macam tu, still aku pun tak sure exactly jam berapa kami sampai. Sepanjang pendakian, aku memang banyak berhenti. Asal berhenti, mesti aku teguk air. Aku dah langgar tips yang Pak Long bagi, katanya minum hanya satu sip (penutup) botol. Aku bantai 3 teguk. Gila tak kembung perut aku minum air. 

Apa pun aku bersyukur sangat sebab Mohammad dan Zaimi banyak bantu aku. Aku pun tak tahu nak ucap terima kasih macam mana. Apa yang aku tulis kat WhatsApp dan personally hantar kat korang berdua, itulah yang aku rasa dari hati. Terima kasih, kawan. I owe you guys a BUDI. Mohammad memang banyak bersabar dengan aku. Dia tak merungut sekali pun. Ada certain tempat, yang dia rasa aku still boleh melangkah lagi, dia akan push aku supaya jangan stop, jalan sikit je lagi. Ada certain tempat yang aku rasa aku nak baring, dia tak bagi. Jangan baring, nanti cramp, katanya. Masa ni aku rasa macam nak menangis sebab tak boleh baring...uu uuuu..penat oo. Kalau dia bagi can untuk aku tidur, memang aku hentam je tidur kat tengah-tengah track tu. Ada satu kali, aku rasa aku memang tak boleh nak jalan, Zaimi berhenti dan bukak beg. Then dia bagi aku asam boi. Ya Allah...makan asam boi masa penat macam tu, I feel like heaven... Hahaha, propa sangadd. Maceh Zaimi. Awak baek sangad. Tapi awak tak boleh jadi adik ipar saya. Tapi awak boleh jadi suami Durra. Ehhh?

Ada certain tempat yang aku rasa macam nak jatuh, aku akan stop dan peluk pokok. Masa ni nasib baik aku masih waras dan tak memeluk Tok Penghulu tu. Kalau lah terpeluk, gulppp....mau gugur janggut Tok Penghulu kita, kan awak...kah kah kahh. Tapi kan, aku ada pengalaman pelik masa peluk pokok-pokok kat Gunung Nuang ni. Sebab semua pokok yang aku peluk, pokok tu memang sejuk sangat-sangat. Kulit pokok tu pulak licin berkilat. Cantik je pokok ni. Tumbuh kat tengah-tengah laluan pulak tu. Terdetik juga kat hati nurani aku, pokok ni ada penjaga ke? Tapi aku takde pun niat nak toreh-toreh pokok tu, so any benda halus (kalau ada) pun sure tak kacau aku kan? Itu lah salah satu buah pikiran newbie naik gunung yang korang jangan follow. Heh..

Ada satu tempat tu kan, rupanya ada banyak pokok durian. Masa tu aku duduk berehat. Tengah lepak-lepak tu, aku nampak Zaimi angkat sebiji buah durian dan lempar ke tanah. Acah-acah nak belah nak makan durian lah tu. Aku nampak je durian tu, aku hidu pulak sekeliling aku. Ada bau durian, bhai! Aku perhati tanah sekeliling, aku nampak baaaanyak kulit durian. Aku tengok atas, cuak giler aku masa tu..! Aku pusing kepala cari Mohammad. Belum sempat aku kata apa-apa, Mohammad dah push suruh aku bangun. Dia pun aku tengok kelam kabut blah dari situ. Nasib baik takde durian jatuh atas kami. Kalau tak....aku jadi durian bersiong.

Aku kat mana? Aku kat mana?

Guide kata dah dekat nak sampai dah. Aku masa ni tak percaya dah apa yang pakcik guide ni cakap. Dari tadi dia kata lagi setengah jam sampai, lagi setengah jam sampai. Berpuluh kali juga aku tengok jam, kami tak sampai-sampai pun. Sampailah Mohammad berkata "Aku terbau nasi ayam, Moi. Hah, dekat dah tu.." penuh yakin dia bagi aku semangat. Yang peliknya aku tak bau apa-apa pun. Nampak sangat Tok dah lapar, hahahaha. Lapar ye Tok? Sabaq naa..sat lagi kita makan :)

Azzyati dan Durra posing atas banis Liana. Dorang sampai awal masa ni. Aku tak dan, penat...

Jalan punya jalan, akhirnya sampai jugak aku ke Dataran Pacat. Ya Allah, aku ucap syukur dalam hati. Lantak lah kalau orang tengok aku antara yang terakhir sampai. At least aku jejak Pacat. Boleh cerita kat anak cucu, kan. Sampai je, aku terus peluk pokok. Dan dan aku nampak hammock. Dengan muka tak malu, aku tunjuk hammock tu sungguh-sungguh. Guide yang tengah baring atas hammock tu mungkin kesian kat aku, dia bagi aku stay kat hammock dia. Siap bagi aku minum teh o. Hurm, macey awak. Tapi aku still tak boleh baring, dorang tak bagi... uuu uuu uuuu... Sambil lepak atas hammock orang, aku nampak Mael. Tanjat aku... Aku turun dan duduk je atas tanah. Sembang-sembang ngan Durra. Pastu aku tanya Zaimi pasal punca air gunung yang dia janji nak tunjuk. Zaimi kata ada, nak tengok ke? Ofkos lah Mi...penat aku naik, tapi tak tengok, huhuhu nanti. Kami tiga orang pun jalan lah ke sana, sambil bawak botol kosong.

Sampai je punca air tu, giler teruja beb.. Kawasan sungai tu kecil je, tapi kau masih boleh mandi manda lah jugak. Aku minum air gunung (for the first time ever). Dia punya nyaman....sampai ke perut, hahaha. Kita orang sembang-sembang. Pasal Indon la, pasal sulfur la, pasal hiking la. Pastu Zaimi suruh kita orang rendam kaki. Aku mulanya malas sebab leceh nak buka stokin kasut bagai. Mohammad rendam kaki dia dulu. Lepas dia rendam je, dia punya teruja tu... Kalau kau kenal Mohammad, kau boleh imagine apa yang aku tulis ni. Sebab keterujaan Encik Mohammad kita ni, aku pantas bukak stokin bukak kasut. Gulung seluar takut basah (nasib baik pakai lengging). Cari port best, duduk, rendam kaki. Ya Allah.....heaven bhai! Memang sedap kaki masa tu, penat naik gunung terus hilang. Kalau lah aku takde rasa malu masa tu, memang aku dah mandi. Tapi kalau aku mandi, aku takut janggut sejemput Mohammad dan Zaimi gugur melayang, hahahaha!

Oppss.. Jangan nakal, moi....

Lepas dah puas main dan minum air, kami pun naik balik ke tempat berkumpul. Sampai je, rupanya dorang tengah bergambar-gambar. Aisemen....kelam kabut kami masuk posing sekali. Lepas tu, pakcik guide bagitahu, tak jadi untuk terus ke Pengasih dan puncak Gunung Nuang, sebab masa dah suntuk. Aku memang dah pikir, kalau dorang proceed untuk naik, aku stay je kat Pacat. Penat lah, awak.... Kita tak larat :) Yang buat aku rasa sengal, masa pakcik kata kita tak boleh naik ke puncak, dia cakap sambil tengok aku. Pakcik, hati den ibarat disimbah sebaldi gula. Macey pakcik...saya terima seadanya, hehehe.


Orait sayangs sayangs...untuk part 4, aku cerita bab turun gunung pulak ye. Cerita ni pun best, sebab ada something wow aku nak tulis kat situ.

Wassalam,
~dulu terkenal dengan nama Amoi Eton. Muah ciked!

No comments:

Post a Comment